Pages

Monday, May 13, 2013

CRUSH

            “…sebab tulah aku suka dia sangat-sangat. Tapi dia dah ada girlfriend la. Tapi mamat yang sape tuh, yang masuk kelab Bahasa Melayu tu tapi tak pernah datang meeting tu, yang poyo sikit tu, sape, Alam, Amin, ke Amir…” Sara berhenti sekejap. Mata aku masih dekat buku di tangan, tengok balik apa yang Cikgu Maimon cakap pagi tadi.
         “Amar,” Lia yang tolong membetulkan. Aku langsung tak dengar apa minah tu cakap. Kadang-kadang tak penting pun dia membebel ni, cuma tahu nak bercakap je si Sara ni. Semua lelaki dekat sekolah ni dia minat agaknya.
        “Yes, him! Dia tu pun okay jugak kot. Semalam aku nampak dia bawak motor pergi sekolah. Cool! Kalau nasib baik mungkin aku boleh tumpang dia balik kadang-kadang. Seronok jugak kot!” Siapa? Motor? Amir? Aku berhenti sekejap, mata dah tak terarah dekat buku Jane Austen tu.
      “Siapa mamat Amir ni tadi? Dia bawak motor? Bukan sekolah dah buat rule yang tak boleh bawak motor masuk sekolah ke? Kau nampak dia dekat dalam kawasan sekolah kan? Berani mamat tu,”
      “Amar! Yes! Dia berani! Tu dia depan kau tu!” mata Sara dengan Lia dah spesifik ke depan. Aku pun sama memandang. Lelaki tu gelek motor dia ke tempat parking motor sekolah. Sekolah baru buat rule semalam pelajar kena park motor luar kawasan sekolah. Dan mamat tu, which aku tak pernah nampak langsung dalam sekolah ni, dan aku memang tak pernah kenal orang, tetiba dengan selamba melanggar rule sekolah. Dan aku pengawas! Kena jaga parking motor lagi!
     

    “Hurm, sorry, der! Tak boleh park motor dalam sekolah, cikgu beritahu kan masa announcement assembly pagi semalam.” Aku senyum sekadar nak beradab. Dalam hati, nak cakap, ‘typical mat rempit’! tak reti nak dengar arahan cikgu langsung! Ni nak menyusahkan aku lah ni! Huisyhh!
      “Eh, sorry! Semalam saya tak datang sekolah. Maaf, jadi nak kena park kat luar lah kan? Thanks,” gentle! Okay! Not typical rempit guy! Aku senyum segaris yang kesekelian kalinya. Dia pun undur motor dia dan bawak keluar dari sekolah. Bagus mamat ni! Dia tak ego macam sesetengah lelaki Melayu Islam! Baguslah!
       “Tengok motor dia tadi! Best kan? Aku selalu nak naik motor, tapi tak dapat,” Sara menyambung balik. Lia mendengar dengan khusyuk lagi. Aku pulak masih tergamam dengan betapa dia sangat gentleman tadi.
        “Nama dia Amar kan? Form berapa?”
       “Form five! Takkan kau tak kenal kot? Dia selalu datang lambat setiap pagi. Lagi, dia budak bola sampai daerah. Wing! Tak kenal ke?” Lia yang bash aku. Yelah! Kalau boleh kata ini penyakit, ya, aku memang ada penyakit tak pernah kenal orang selain daripada kawan sekelas aku. Itu pun masih ragu-ragu lagi betul ke mereka sekelas dengan aku!
        “Hai, dah berkenan ke?” Sara meneka, sambil sengih kambing.
       “Isy, tolonglah! Aku nak tahu siapa dia je, tu je! Sorry guys I kept you waiting. Cikgu Maimon ni pesan suruh check parking motor. Lepas ni kita terus pergi kelas ye!” Sengih!
                        ***
            Perhimpunan pagi Isnin tu boleh kata sangatlah membosankan. Kalau nak ikutkan hati macam pelajar normal, dah lama aku tidur kalau tak berbual dengan kawan sebelah pasal apa-apa sahaja daripada dengar Principal sekolah berucap. Believe me, it’s very long, long, long speech! Kaki yang kuat ni boleh jadi bengkok kot dek berdiri lama sangat. Dan percayalah! Cerita pasal tak sempat sarapan pagi itu pun boleh jadi cerita yang menarik nak dikongsi dengan orang sebelah masa ni.
        Tapi memandangkan aku nilah yang pengawas, Naib Ketua Disiplin pulak tu. Kena duduk depan dan pretend as if I’m the good listener of all. Huisyhh!
       Baik-baik je Pengetua tengah berucap tu, seorang budak lelaki masuk dalam dewan dengan termengah-mengah. Dengan tak sempat nak pakai tie dengan baik-baik! Dengan baju yang tak tuck in! tapi percaya tidak, tak ada seorang pengawas yang di bawah tu pun yang pergi pada pelajar lelaki tu. Salman dah pandang aku sekilas. Ketua Disiplin, pengawas. Head aku! Dia angkat kening, tuju mulut ke mamat tu. Tahu dah tu! Nak suruh aku pergilah tu, pastu ambil nama student tu! Ni yang aku malas nak turun dari pentas ni!
       Sungguh dari pentas ke tempat mamat tu terasa lama. Sebab ada banyak mata yang memandang. Yelah! Yang mana lagi terasa interesting! Seorang pengetua yang bercakap dekat depan kea tau seorang pengawas perempuan yang tengah berjalan depan semua pelajar lelaki semata-mata nak tegur pelajar yang lewat tu?
     “Kau, boleh keluar dewan jap? Nak cakap sikit,” pandang lelaki tu sekilas dan terus keluar dewan. Mamat tu menurut.
     “Kenapa lambat?” tangan aku dah masuk poket blazer. Mata pandang tepat ke mamat tu! Eh, bukan ke..
       “Sorry, saya accident pagi tadi dekat traffic light dengan motor lain. Kalau nak bukti, tengok ni.” Dia dah tarik lengan baju sampai ke atas. Ada calar dekat tangan dia, agak banyak.
      “So, kenapa tak pergi hospital? Mintak MC ke?” aku balas balik, agak risau. Mamat nilah yang hari tu! Amar!
      “Seriously? Awak rasa saya dapat MC dengan luka banyak ni? Tak akan lah. Anyway, tak apalah! Nak ambik nama saya ke? Amar, Kelas 5/1.” Aku terdiam sekejap. Tahu dah nama Amar..
            “Tak apalah kot. Lagipun dah bagitahu reason kan? Tapi lain kali, hati-hati sikit bawak motor, dan jangan lambat lagi!” aku masuk dalam balik. Dalam hati agak cuak sebenarnya, sebab aku tak pernah jumpa orang yang macam ni, yang, yang sopan kot.
                        ***
         “Dahlah mak aku dah cakap, dari minggu lepas lagi yang dia nak belikan aku jam tu, tapi dia tak belikan pon. Memanglah agak sikit pricey jam tu, tapi janji tetap janji kot. Ni yang aku malas sangat kalau ada mak ayah yang sibuk sangat dengan kerja. Eh, lepas sekolah nanti jom kita lepak lepak kat mall nak, shopping ke?” Sara memberi cadangan, lepas dia luahkan apa yang dia nak luahkan rehat tu.
          “I have to pass. Aku ada kerja Physic dengan Chem ni yang aku nak kena hantar esok. Sorry!” memang aku ada kerja dan aku malas sebenarnya nak keluar. Kalau hari minggu, aku boleh sangat lepak dengan mereka berdua. Lia pandang aku sekejap.
        “Fina, kau ada masalah ke? Nak share dengan kita orang? Aku dah bosan sebenarnya dengar Sara ni membebel. Joke! Dari minggu lepas aku nampak kau dah macam ada masalah. Sharing is caring right? We’re your besties right?” Lia senyum. Sara pun lepas dia hirup air dia.
       “Hurm, aku rasa lah kan, aku ni kan, tengah, tengah ada perasaan dekat seseorang. Tapi mungkin tak! Aku tak sure lagi dengan perasaan aku sekarang ni, sebab aku pun tak tahu pasal mamat tu. Dia suka ke tak kat aku, dia kenal aku ke tak, entahlah, crush je kot…” aku pandang mereka berdua, dan mereka dua-dua tergamam, terkedu. Entah! Tak tahu nak kata perasaan apa yang mereka berdua cuba nak sampaikan di situ.
      “Wow! Kau ni manusia lah. Aku ingat robot!” Sara! By the way, ignore the sarcasm. You’ll love it someday!
    “You know what? When YOU got this feeling towards someone, it sure is big deal! Well, congrats! Welcome to human world!” Lia lagi sarkastik. Tapi sungguh! Aku sayang mereka berdua ni. Mereka yang selalu bersama aku susah senang. Masa dulu yang aku kena boycott sebab pernah dicop mencari masalah dengan kakak senior sekolah ni sebab lelaki yang dia suka baik dengan aku, Sara dan Lia yang paling setia dengan aku, tahu macam mana aku luar dan dalam. Mereka tahu aku! Dan kawan yang semacam ni, aku tak akan biar pergi. Dan sebab tu aku agak skeptical dengan yang nama lelaki sebab lelaki ni sejak dari hari tu.
         “Urgh! Susah nak cakap sebab aku bukan orang yang macam ni. Korang tahu kan?”
       “Cut the crap! So, who’s this unlucky boy? Cer cakap! Meh aku tolong kau approach mamat tu!” Lia! Urgh, so sweet!
        “Nope, aku takkan cakap,”
      “Mamat yang aku cakap tu, yang paling hensem tu kan? Yang ada girlfriend tu kan? Meh aku tolong break dia dengan girlfriend dia?” Sara, another sarcasm! Kami berdua pandang dia tak ada perasaan.
        “Okay, okay! Tahu tak lawak,” kemudian kami gelak. Muka dia sangatlah kelakar!
        “Tak apa, siapa mamat tu biarlah rahsia. Yang penting, entah, aku bukan nak apa- apa pun. Aku cuma nak enjoy perasaan ni, tapi aku tak harap apa-apa. Dan aku tak akan bagi tahu siapa dia. Kalau korang boleh guess, good for ya two,” aku gelak lagi.
      “Eh, excuse me! You yang supposed to tell me about that morning assembly tu kan? Oh yes! Saya lupa nak cakap thank you sangat-sangat sebab dah tolong saya dan yang paling penting, faham situasi saya hari tu. And as a thank-you-gift, here’s doughnut for you.” Ter-ke-du! Yang lagi berdua tu pun, jangan cakaplah! Siapa yang sanggup tegur pengawas singa macam aku ni? Semua failed!
        “Huh? Doughnut? Saya? Oh, thank you.” Senyum segaris! Awk-ward!
       “Ye! Saya beli ni tadi sebab nak makan tapi tak habis. Awak ambiklah, makan masa nak balik ke nanti? Oklah! Saya chow dulu, thanks tau,” mamat tu pergi! Dua-dua minah depan aku ni pandang aku pelik!
        “Sejak bila..? And dia kan?” Lia dah meneka. Sara masih termangu.
       “And sejak bila orang nak terima kasih pakai donut? And sejak bila kau terima barang dari orang ni?” Sara menyambung. Tak nampak the obvious?
     “Oh,lame! I’m so gonna vomit with this feeling!” aku sambung balik makan, dan tangan aku secara tak sengaja pun capai donut tu dan makan. Dan aku suka donut! Kbye! Dua minah tu pandang aku lagi tak berkelip. Seriously, doughnut?
                        ***
            Perhimpunan pagi macam biasa! Dah seminggu lebih aku tak nampak mamat tu lepas yang donut haritu! Itu pun aku terngiang-ngiang lagi pasal betapa dia berani tegur aku dekat kantin depan minah berdua tu! Betapa berani dia!
            Dan hari ni, aku nampak dia dari atas pentas dekat barisan yang agak belakang. Dan dia tengah betul-betulkan jam yang dia pakai. Rosak ke jam G-shock tu? Oh ho! Jarang nak nampak budak lelaki sekolah ni yang masih pakai jam jenis tu! Biasa BUDAK lelaki sahaja yang pakai. Sungguh tak matang! Aku senyum seorang. Tak ada siapa yang tahu kenapa aku senyum masa tu, masa dengar ucapan pengetua pula tu! Sungguh tak matang!
            Dalam masa lepas tu, mata kami bertentang seketika. Secara tak sengaja! Tadi dia tak pandang aku! Lepas tu, segaris mamat tu senyum. Aku lari pandangan ke tempat lain. Kenapa dia senyum? Dia perasan ke aku pandang tadi? Oh, jangan! Mati aku macam ni! Sungguhlah perasaan ni macam nak membunuh aku!
                        ***
            Kami bertiga ketawa macam apa dah! Yang si Sara ni sekali lagi buat lawak, yang Lia pulak yang tolong sambung jadi makin hangatlah ketawa kami. Tapi baru nak masuk library tu, semua aku dah pastikan senyap. Sebab nanti nak kena sembur dengan pengawas perpustakaan suruh senyap. Bukan aku ni berdisiplin sangat pun! Buktinya, dah lebih sepuluh kali dah aku kena sound dengan seangkatan-seangkatan mereka ni suruh senyap! Ye, basically Sara yang paling banyak bercakap, tapi sebab aku semeja dengan dia, jadi aku pun dikira bersubahat lah! Nakalnya!
            “Oh, aku nak cari buku novel English tu, yang Miss Arina ada mention dalam kelas tu, yang siapa nama dia, Jane Austen ke apa entah, so aku pergi cari buku. Korang carilah meja mana-mana, aku okay je. Sekejap ya!” aku terus jalan ke ruangan buku English literature. Aku suka baca novel English ni, sebab banyak mana pun dia romantic, it doesn’t sound as one for me. Sebab aku tak suka cheesiness ni dan novel English tak bagi banyak impak dekat aku semacam mana novel Melayu buat aku banyak geli-geleman.
            “Hey, there! Jumpa lagi! Cari buku apa ni?” aku pandang ke depan. Ok! Sebab dia datang sini dulu, jadi dia bukan mengurat tapi nampak macam aku pulak yang datang mengendeng.
            “Hey! Nak cari buku ni, written by Jane Austen ke apa lupa, tajuk dia pun lupa, tapi mungkin kalau nampak tajuk dia mungkin ingat kot.” Tangan sudah mencari buku, tapi mind is somewhere else. Kenapa dia ada kat sini? Kenapa lately asyik jumpa mamat ni je? Bukan aku tak suka, tapi tak sanggup nak deal dengan feeling yang kucar-kacir dalam ni. Sungguh aku tak mengharap apa-apa dari dia.
            “Oh, Jane Austen. Kalau tak salah, ada banyak title books dia, ada Pride and Prejudice, ada Sense and Sensibility, Emma, Persuasion, Mansfield Park, yes, I love the most yang Pride and Prejudice tu. Ada movie buat film adaptation of this novel, tapi saya rasa baca novel dengan tengok movie feeling dia tak sama,” aku sengih je, sebab tak pernah baca Jane Austen punya buku. Baru nak cuba meminati dia.
            “Kenapa awak diam? Saya banyak cakap ke?” mamat tu bertanya. Nak je cakap ‘yes’.
            “Tak, sebab saya tak pernah baca buku Jane Austen tu. So, saya tak tahulah awak cakap apa pasal novel dia. Tapi interesting enough.”
            “Oh, sorry! As I know la, library tak ada buku Jane Austen tu. Awal tahun dulu ada rasanya tapi sekarang dah hilang. Biasalah! Kalau ada budak yang obsess dengan Jane Austen macam saya ni tapi tak sanggup nak perabih duit beli kat book outlet. Anyway, saya ada koleksi buku Jane Austen dekat rumah. Kalau awak nak, saya boleh bagi dekat awak. Nanti saya bagi dekat awak esok. Yang mana awak nak baca dulu?” ok! Dia memang seriously banyak cakap! Macam Sara dah gaya! Aku sengih segaris.
            “Rasa yang awak mention tadi, Pride and Prejudice eh? Ha! I’ll go with that first,”
            “Alright! It’s a deal then! Nanti saya datang kelas awak ke awak nak datang kelas saya ke macam mana? Oh ya, nama awak…Fina kan?”
            “Ye, nama saya Fina. Pengawas garang, people call me that a lot. Anyway, nanti saya datang kelas awak lah, masa rehat esok.”
            “Okay! Saya pergi dulu ya, kelas saya lepas ni dekat makmal bahasa, jauh dari fivers punya kelas. See ya!” mamat tu pergi. Oh, I’m so liking him. Macam mana ni? Macam mana nak deal dengan perasaan ni ya? Muka dah tak mampu nak tutup sengih yang tak dapat nak ditahan. Hello! Ini bukan kau, Fina! Kenapa kau nak cepat terasa sesuatu dengan mamat ni? Dia bomohkan kau ke, Fina? Ohh! Tangan ambik novel English secara random. Saat ni, tak kisah dah buku apa yang aku nak sebab semua nanti tak akan hadam dah!
            Balik ke tempat mereka berdua, cepat je mereka berdua bertanya.
            “Kami nampak, so tak payah nak cover,” Sara dah sengih meleret. Oh no! ni yang rasa dunia sangat kecil ni!
            “Dah, sambung baca je! Anyway, esok teman aku pergi kelas dia masa rehat. Dia nak bagi pinjam buku yang Jane Austen tu,” muke toneless!
            “Dia-what? H-how?” Lia bertanya tak faham.
            “Yes! He did offered me that book, and I didn’t ask,” mata ke page pertama buku tu walau tak dapat baca satu perkataan pun.
            “Done! I think he likes you. No more beating around the bushes,” Lia buka buku dia balik, sambil senyum. Sara pandang aku tak berkelip.
            “Kau ni unpredictable jugak! Anyway, aku tak sabar nak makan telur pindang,”
            “Kenapa?”
            “Yelah! Korang kan muda lagi! Kalau aku kata nak makan nasi minyak, nanti ko kata melampau pulak. Aku katalah telur pindang,” Sara dengan muka tak berekspresi!
            “Thanks, Sara.” Aku senyum. Sarcasm!
                        ***
            “Yes, nak cari siapa ni?” Akak fiver tu senyum mesra sambil datang ke kami. Cantik! Manis sangat! Dengan lesung pipit sekali!
            “Kami nak cari Amar. Dia ada tak?” Thanks Lia! It helped a lot! Aku dah berpeluh dingin ni!
            “Oh, Mat Artsy ke? Kejap! Mat Artsy! Ada budak pompuan cari kau ni! Keluar lah cepat! Mengada gedik lah kau ni buat orang tunggu lama!” Whoa! Sangat daring! Akak tu sangat cantik tapi! Beberapa saat kemudian, Amar pun keluar dengan tie dekat dahi, kancing baju semua terbuka tunjuk T-shirt dekat dalam. Tulisan Cina! Muka berpeluh! Oh ya! Tadi aku nampak dia main Ninja ke apa entah dengan kawan-kawan dia yang lain. Cepat-cepat dia tarik tie dia balik ke leher dan kancing baju dia balik. Lepas tu, dia tuck in, depan kami. Sengih! Akak yang cantik tadi masih memerhati dia dengan pandangan yang sedikit suspicious.
            “Awak girlfriend Mat Artsy ke? Mamat poyo ni yang awak nak?” akak tu pandang tepat ke aku! aku tergamam sikit tapi aku tak cakap apa-apa.
            “Tak adalah, saya datang sebab nak pinjam buku sebab dia cakap dia nak pinjamkan buku Jane Austen sebab saya nak cari lama dah buku tu,”
            “Kau baca buku Jane Austen ke mat? Wallawey! Haha, sejati lah, haha,” habis kena gelak mamat tu! Ok! Salah timing kot! Amar dah muka panas habis. Ok! Saya bersalah!
            “Sekejap ye! Lupa pulak yang awak nak datang.” Dia masuk dalam balik dan datang balik dengan buku Jane Austen tu. Serius cantik lagi buku tu! Tak tipu! Pandang balik dalam kelas. Ok! Mamat tu dengan kakak tu memang ada apa-apa, jadi tak mungkinlah! Impossible we’re gonna happen together. Impossible!
            “Aku rasa tak ada apa-apa lah diorang tu. Kawan baik je tu,” Lia cuba nak memujuk. Dia faham!
            “Kenapa dia panggil Mat Artsy eh? Mamat tu seni ke?” soalan itu yang aku tanya balik pada Lia. Sara tak ikut sekali dengan kami sebab dia demam hari ni dan tak datang sekolah. Dan soalan yang aku tanya tak terjawab.
                        ***
             “Aku rasa feeling aku da okey kot. Jadi aku dah tak rasa apa-apa pun dekat mamat tu lagi. Serius!” itu apa yang cakap pada Lia dan Sara bila kami sama-sama belek baju dekat salah sebuah butik dekat KLCC tu. Sara dengan Lia sama-sama pandang ke aku.
            “Ye ke? Sekejapnya? Takkanlah perasaan boleh hilang macam tu je?” Sara menyoal balik pada aku.
            “Aku hari tu minat dekat ketua pengawas sekolah kita sampai dia dah ada makwe pon aku susah nak lupakan dia tau.” Sara menambah pernyataannya.
            “Entah! Perasaan tu hilang macam tu je,” aku tekankan balik ayat aku tadi. Tak apalah! Biarlah mereka tak terlibat dengan perasaan aku ni. Aku dah piker masak-masak malam tadi. Mereka memang sahabat baik aku tapi mereka tak perlu tahu masalah aku. Bukan masalah pun tapi biarlah perkara ni berlalu macam tu je. Tiba-tiba telefon aku bergetar. Ma! Sambil bawa telefon tu keluar. Mereka berdua masih mencari baju di dalam.
            “Helo, ma! Kenapa ma? Oh, belum balik lagi. Fina lunch dekat KLCC ni je la kot, tak apa, ma buat je la kerja mama, Fina dengan dorang berdua ni je la pun, nanti petang sikit lepas Asar gitu Fina balik. Okey ma! Orite! Bye!” aku tekan butang merah. Baik je nak masuk balik, aku nampak Amar betul-betul depan mata aku beberapa meter, tapi dia tengah sibuk tengok telefon dia. Dekat tangan dia ada beberapa buah beg kertas, bagi maksud yang dia banyak shopping. Tiba-tiba jantung aku terasa berdegup kencang, sangat laju. Kenapa ni? Aku tak suka perasaan macam ni? Baru aku nak masuk butik tu balik, aku nampak seorang perempuan belasan tahun juga, menarik manja tangan Amar, dan mereka sangat mesra. Hancur luluh hati ini tiba-tiba. Aku terus masuk ke dalam butik. Untung gadis itu! Untung benar dia!
            Dan aku berjanji, saat ini, detik ini juga yang perasaan ini mati di sini sahaja! Titik! Noktah!
                        ***
             “Hai, baca buku apa ni? Dah habis baca dah ke buku Jane Austen tu?” Amar datang dan terus duduk di kerusi berhadapan aku. Menyesal! Menyesal! Kenapa aku duduk di sini hari ni? Pondok bacaan tu memang selalu menjadi port kami bertiga untuk berbual kosong, biasanya untuk mereka berdua dan membaca novel untuk aku. Tapi, mereka berdua baru sahaja berlalu pergi untuk ke tandas meninggalkan aku keseorangan. Aku pandang muka Amar, senyum segaris, tiada langsung keikhlasan di situ. Tapi hati masih tidak tenang, sakit kali. Dan buku Jane Austen tu aku masih belum baca sampai habis! Aku suka buku tu, tapi aku tak dapat teruskan pembacaan.
            “Oh, buku tu? Dah, tapi lupa sangat nak pulangkan. Esok ke lusa ke boleh? Lupa nak bawak,” sambil teruskan baca.
            “Oh, kalau macam tu, awak nak baca buku yang lain pulak tak? Saya bawak esok! Ada Emma, Sense and Sensibility, ada…”
            “…takpe! Lepas dah baca, memang seronok, tapi saya kurang suka cara dia point out her point. Saya lebih suka style yang lebih sempoi. Tak apalah! Lagipun, saya takut terlupa nak pulangkan pada awak.” Aku berharap yang dia cepat pergi, bukan kerana aku tak suka, tapi kerana perasaan aku padanya terlalu kuat untuk diusir dari hati ni. Susah!
            “Oh, ye ke? Saya ingatkan Jane Austen tu okey je. Tapi saya ada author lain punya buku. Mungkin awak suka Nicholas Spark punya buku yang femes tu, The Notebook?”
            “Saya dah baca!” sambil mata terarah pada buku lagi.
            “Oh, ye ke? Hurm, sebenarnya saya nak cakap pada awak something. Dan saya harap awak dengar baik-baik apa yang saya nak cakap.” Mata aku terarah padanya.
            “Okey..” buku aku tutup.
            “Gini, bulan depan kan SPM. Jadi, saya tak dapat jumpa awak for the time being. So, right after SPM nanti, saya nak jumpa awak dekat depan sekolah ni. Penting sangat, saya nak bagitahu sesuatu pada awak.”
            “Tengoklah, kalau saya free,” aku teruskan pembacaan.
            “Okeylah, saya pergi dulu. Maaf ganggu masa awak,” Amar pergi, dan aku hanya mampu tengok dia berlalu pergi. Maaf, mungkin perasaan ini sementara, tapi percayalah, aku sangat sukakan dia. Maaf!
                        ***
            Benarlah katanya! Kami langsung tidak berjumpa sebulan itu. Pernah sekali dua! Dari jauh! Dan itu pun masing-masing hanya mampu melihat, tidak ada langsung senyuman di bibir kami. Kenapa? Aku juga tak tahu!
            Tapi beberapa kali dalam jangka masa sebulan itu, beberapa buah novel Jane Austen berada di dalam loker buku aku di kelas. Pelik! Kenapa? Aku sendiri tak  tahu kenapa buku itu berada dalam loker aku? Kenapa Amar sanggup memberi pinjam buku itu kepada aku? Aku sendiri keliru! Apa yang cuba dia sampaikan? Dan semua buku-buku itu hanya mampu menjadi santapan mata sahaja dalam jangka masa itu!
            Hari terakhir SPM! Dan hari ni yang dijanjikan! Apa yang Amar nak beritahu? Yang aku tak boleh ada perasaan pada dia sebab dia sudah ada orang lain? Aku tak sanggup dengar tu! Aku sungguh tak sanggup! Dalam perasaan tu bermain dalam pemikiran aku, masa itu barulah aku sempat capai salah sebuah buku Jane Austen itu. Aku buka helaian pertama. Namanya tertera di situ! Syed Muhammad Ammar Asyraf Syed Salahuddin. Sedap namanya! dan, baru aku tahu namanya ada Syed, sebab gayanya tidak seperti salah seorang ‘syed’. Aku sengih! Dan aku belek sehelai demi sehelai halaman buku itu. Ya, dia sangat menjaga buku ini! Aku tahu dari gaya dia sampul buku ini seperti buku teks sekolah. Sampailah helaian terakhir aku belek buku itu. Da, eh..! Note!
            “Syarafina Abdul Wahid, maafkan saya andai ada salah di mana-mana. Yang nyata, saya tak tahu salah saya di mana. Atau mungkin sebab saya tersalah tafsir awak.. Amar.” Kenapa aku tak perasan? Kenapa aku tak pernah perasan selama ni?
            Kemudian, buku pertama yang dia beri aku capai. Aku buka bahagian terakhir. Sticky note yang sama! Rakus agaknya aku membaca nota itu.
            “Fina, mungkin awak rasa saya gila tapi ini pertama kali untuk saya. Buku ini bukan kerana saya gembira ada seseorang yang mungkin boleh berkongsi minat dengan saya tapi buku ini adalah kerana saya tahu saya mungkin ada peluang. Amar!” hampir menitik airmata aku saat itu. Nota yang lain pula aku buka.
            “Adakah diam ini tanda tiada perasaan yang hadir? Atau adalah kita belum cukup terjalin? – Amar.”
            Dan nota terakhir aku buka!
            “Saya suka awak! Biarpun awak tidak, insyaAllah saya akan pastikan kita berdua cukup matang untuk bersama-sama menaksir perasaan ini. dan, insyaAllah, saya pasti akan menuntut awak, dan yang pasti saya akan menjadikan awak yang halal buat saya. Saya sayang awak, Fina! Awak, Syarafina! Amar terlalu sayang Syarafina! – Amar.”
            Demi Allah, setitik demi titik airmata aku jatuh. Dan masa itu juga, aku terus mencapai tudung dan bertukar kepada baju lengan panjang dan seluar jeans longgar dan keluar dari rumah dengan skuter ayah ke sekolah. Pukul 6.00 petang! dan tiada sesiapa lagi di kawasan sekolah! Terus aku duduk di bus stop di hadapan sekolah. Menunjukkan betapa menyesalnya aku! Kenapa aku lambat tahu pasal nota tu?
            “Tunggu sape?” satu suara menegur dari kiri dan cepat aku berpaling ke arahnya. Amar! Masih berbaju sekolah! Tie sudah tiada di lehernya! Baju tidak ber’tuck in’! dia mengambil tempat di sebelah aku. Beberapa jengakal jauh dari aku.
            “Sorry! Saya tak habis baca pun buku Jane Austen tu, dari buku first yang awak bagi pun,”
            “Saya tahu,” nadanya tidak langsung menunjukkan kecewa.
            “Tapi saya tak pasti lagi apa salah saya sampai awak halau saya kaw-kaw,” aku gelak! Aku pun tidak pasti benarkah dulu….
            “Saya tak pasti betul ke tak apa saya nampak. Awak ada orang lain. Jadi, saya berharap saya bukan orang yang ketiga. Sebab tu,”
            “Oh, jeleslah ni! Sekejap ya! Juwa!” jerit Amar pada salah sebuah kereta tinted di seberang jalan. Tingkap kereta diturunkan dan gadis yang sama hari itu menunjukkan mukanya.
            “Apa bang?”
            “Ni, kakak ni cakap hai kat Juwa, dia kata Juwa comel, haha,” sejak bilakah..? dan gadis comel itu senyum lebar.
            “Ye ke? Thanks akak! Akak girlfriend abang eh? Nanti datanglah rumah, kan first time kan abang ada girlfriend,” gadis comel itu senyum mengejek. Kemudian, tingkap dinaikkan semula, kembali tinted. Amar kembali berpaling pada aku.
            “Okay! Let me guess, tu adik awak, kan?”
            “Tak lah, girlfriend lama,” kemudian Amar gelak.
            “Oh, kan awak nak bagitahu sesuatu, apa dia? Ke apa yang saya dah tahu?”
            “Tak, awak belum tahu. Macam ni, family saya akan move to Australia sebab ayah saya ada job dekat situ dan kami akan stay about 5 years there. So, right after tu, saya nak meminang awak.”
            “Huh?”
            Okaylah! Biarlah akhirnya di sini! Mungkin ramai yang kata belum tentu kami akan bersama, atau ramai yang kata belum tentu lagi kami akan masih bertahan kerana keadaan masa dan suasana. Siapa kata kami tak akan berubah? Mungkin kami berubah, tapi biarlah itu urusan Allah. Kami hanya mampu merancang! Yang pasti, doakanlah kami agar masih mampu mempertahankan diri dan jiwa raga kami daripada diulit mimpi ngeri atau perasaan takut akan kehilangan kerana aku sendiri tahu perasaan yang aku rasakan ini bukan biasa. Dia pun! Dan baru seminggu lepas keluarga kami berdua masing-masing berjumpa dan syukurlah mereka semua menerima. Syukur! Dan baru semalam sahaja kami berdua ditunangkan! Malu? Ya, saya! Kerana ramai juga makcik-makcik yang sibuk bercakap dari belakang yang kami tak sabar-sabar. Tapi kami peduli apa! Yang penting, aku sudah memudahkan urusan ma ayah, sebab mereka tek perlu sibuk-sibuk mencari calon menantu untuk anak mereka yang garang ni! Hehehe! Salam!

Miena Izuera,
1918, 10/5/13

2 comments: