Pages

Thursday, January 3, 2013

Antara Kita


BAB 1


“Mak, Rin nak pergi rumah Jane tau. Apa-apa hal mak call nombor rumah Jane, ya! Semalam Rin janji nak datang rumah dia, tapi kan Rin tak dapat pergi sebab Abang Akmal datang rumah kita kan? So hari ni Rin nak back up balik hari semalam. Kalau tak, Jane merajuk tak nak makan lagi macam hari tu. Sorry, mak!” tangan yang aku hulur bersambut. Biasanya, memang begitulah rutinnya. Selalu kena merendek setiap petang. Some kind of a-must-thing that I need to do.
“Tak apalah Rin. Nanti kirim salam mak pada Jane ya. Lagi satu, bawak jemput-jemput pisang kat dapur tu, bagi pada Jane.” Rin sengih kambing sekejap.
“Yalah, mak! Rin tahu lah,” selangkah sahaja keluar dari pagar rumah, aku berjalan sehingga ke hujung persimpangan dan kelihatanlah rumah Jane yang paling besar di kawasan perumahan itu, yang paling tersergam indah. Siapa tidak kenal ayah Jane, seorang businessman yang agak berjaya di kawasan itu. Kalau hendak minta derma untuk rumah anak-anak yatim, biasanya ke situlah destinasi utama sebelum ke rumah-rumah lain. Walaubagaimanapun, ibu dan ayah Jane jarang berada di rumah. Jadi, Jane selalu kesunyian berseorangan di rumah bersama orang gajinya, Cantik (jangan terkejut..itu memang nama dia). Sebab itulah aku selalu berkunjung ke rumah mereka hampir setiap hari untuk menemani hari-hari sepi Jane dan mengisi kekosongan hati Jane. Maaflah ayat terlebih skematik hari ini. Dan sebab itu jugalah Jane sangat rapat dengan aku semacam tiada rahsia langsung antara kami. Jane selalu menganggap aku sebagai BFFnya dan tiada siapa lagi yang boleh menandingi aku. Uhuk uhuk!
“Malu tau aku dia malukan aku depan semua orang! Dia ingat dia tu siapa? Some kind of God-like? Aku serius ni Rin! Kalau lain kali aku nampak dia lagi, tengoklah apa yang aku buat!” Jane dah meraung macam orang mati laki dah. Yang aku terkaku tak tahu pangkal cerita tiba-tiba nak dengar ayat-ayat cinta pulah? Dush!


“Hold on a second! Kau cakap pasal sape ni, Jane? Ni enemy yang mana satu ni? Si Fasha tu ke yang hari tu kau tersimbah air dekat dia? Yang tu ke?” sambil pop corn masuk dalam mulut. Jane dah berpusing ke aku macam nak makan aku jap lagi je.
“Yang kau ni kenapa? Hal aku dengan si Fasha tu dah lama settle. Ni ha! Mamat yang aku suka tu lah. Is! Kau tahu hari ni dia buat apa?” sambil Jane duduk balik di sofa yang paling dekat dengan aku, pandang aku ke anak mata sampai tembus ke blind spot rasanya. Hurm, sampai kot!
“Dia buat apa?” toneless.
“Dia letak lipas dalam pinggan nasi aku. Tapi memang lah tangan dia bersih tak sentuh lipas tu, tapi aku tahu dia bayar budak laki tu untuk letak lipas dalam pinggan aku. Aku hampir-hampir nak makan lipas tu, kau tahu tak?” Jane dah tunjuk muka yang sangat nak muntah.
“Lah, it’s no big deal lah. Kau makan je lah lipas tu, lepas tu kau nikmati puas-puas sebab bukan senang nak rasa kerangupan makan lipas ni. Bayangkan! Crack! Cruck! Hurm, yummy!” saja nak bagi Jane lagi up. Huhu!
“Tak kelakar, okey? Aku nak marah ni, kau makin naikkan darah aku pulak!” Jane dah bersilang tangan.
“Itulah, Cik Gadis Manis Azreen oi! Aku dah cakap it’s such a waste nak bergaul dengan orang berlagak macam tu, kau tak nak percaya. Nak jugak dump aku yang tak boleh nak di’dump’ ni sebab budak-budak berlagak tu! Kalau sekarang ni kau nak rasa marah, cuba kau fikir siapa punya salah semua ni berlaku. Siapa suruh kau tipu dia orang kata ayah kau own bayak horse track dekat Malaysia ni and banyak lagi lah? Siapa salah?”
“Yelah! Aku tahulah credit to aku semua masalah ni timbul. Tapi aku cuma nak rasa perasaan hang out dengan big guys macam dia orang tu. At least kalau nak marah dengan aku pun, tak perlulah malukan aku depan semua orang! Cukup sekadar marah aku bila jumpa as a group then dump me, as you wish. That’s all!” tahap kemarahan Jane sudah agak-agak 200% dah ni!
“Okay, okay, okay! Let’s not talk about mereka. Kita cakap pasal kita pulak. Lagipun, tak ke mana kita cakap pasal dorang, habisnya dengan cakap-cakap kosong je, kan? Anyway Jane, you should congrate me coz I got to be the best debater of the year in our school lagi. Ada lagi! I got straight A’s lagi this time around and my mom’s telling me to get the full scholarship in our school. Appealing enough, isn’t it?” Jane pandang 
aku tak berkelip.
“Await no, pandang aku macam ni? Ingat aku tipu lah tu,” Jane geleng-geleng kepalanya.
“Bukan! Aku tak rasa kenapa aku tak berfikir selama ni yang aku ada kau untuk aku kan?”
“Huh! Tahu pun! Aku je yang selalu back up kau! Time kau susah, aku selalu tolong. Time kau senang, kau lupakan aku! Time kau sakit, aku datang lagi tolong, time kau kena buli, aku datang lagi dengar cerita kau, tapi bila time kau senang, kau lupakan aku. Macam tulah kawan,” Jane buat muka annoyed
“Lame! Tak payah nak dramatic sangat la, Rin oi. Aku tak pernah lupakan kau! Kau jangan nak cakap macam-macam ea! Nanti aku bagitahu mak kau pasal si mamat 
and aku rasa idea ni akan berjalan dengan jayanya.”
“Idea apa?”
“Let’s wait and enjoy the moment,” Jane sengih sebelah! Okey! Aku tahu senyuman evil ni! Apa rancangan tak begitu baik dia nak buat pulak kali ni?

Azlan yang usha kau tak habis-habis tu. Or, patut ke aku cakap pasal ketua pelajar sekolah kau yang admire kau and bagi kau chocolate tuh? Hurm…”
“Jane, kita kawan BFF sampai bila-bila. Secret kita berdua, antara kita je. No pecah rahsia ya. Okey! Aku tipu je tadi, kau memang kawan baik aku sampai bila-bila. Sayang sangat kat kau, Rin! Nah! Makan kek ni, biar gemuk sikit. Maid aku baru buat tadi sebelum kau datang. Anyway, Rin, aku ada satu idea tapi nanti baru aku bagitahu kau and aku rasa idea ni akan berjalan dengan jayanya.”
“Idea apa?”
“Let’s wait and enjoy the moment,” Jane sengih sebelah! Okey! Aku tahu senyuman evil ni! Apa rancangan tak begitu baik dia nak buat pulak kali ni?


BAB 2
            “Okay, class! Now, we have a new classmate, a transfer student from Sekolah Menengah Taman Jaya. Let’s welcome Airin,” memang takut gila nak menghadap semua budak-budak tu. Lagi-lagi bila dengar cerita daripada Jane pasal mamat angkuh. Lagi, boleh pulak dia persuade mak ayah dia suruh tamping aku belajar dekat sekolah swasta tu. Lepas tu mak ayah Jane boleh pulak datang rumah aku seminggu lepas sebab nak persuade mak ayah aku pulak supaya bagi aku satu sekolah dengan anak dia sebab anak dia kena buli. Pandailah! Lepas tu mak dengan ayah boleh pulak percaya tipu helah si Jane tu. Mula-mula memang aku tak nak tapi Uncle Sam cakap aku boleh apply scholarship selagi aku do well in grade and active in curriculum. Yeah! Dah lupa ke yang aku sangat ‘the best debater’ dekat sekolah aku? No worries!
            “Hye everyone! My name is Airin Natasya bt Ahmad and I’m studying here because I was forced to be here. I am sixteen and I’m from Malaysia. Is that enough?” pandang ke cikgu tu, cikgu tu pandang aku. Yes, memang pelik intro tu sikit tapi aku tak tahu ayat yang lagi bagus nak guna. Everything nampak baru. Bayangkanlah setiap orang ada kot sendiri yang bertulis nama bagai. Okay, aku mengaku yang uniform  ni memang atas khidmat Uncle Sam. Memang tak luak pun duit dia sebab belikan aku 5 pasang baju uniform yang agak mahal ni dan barang-barang keperluan yang lain jugak. Tapi bayangkanlah setiap barang sekolah ni ada designer dia sendiri. This makes me wonder more about the reason I’m doing here.
            “Okay! Quite short there but I think its good enough too. Okay! Go to your seat there, beside Tania I guess or beside yeah, Jane,” tak payah Tanya, aku memang akan duduk sebelah Jane. Lepas ber’high5’ dengan Jane, aku pandang balik ke cikgu tu dengan penuh concentration sampailah the end of class.
            “Rin! Aku tak sangka yang aku satu sekolah dengan kau sekarang ni. Aku happy sangat-sangat. Aku rasa macam nak tell the world how much happy I am.” Bila Jane dah berdrama.
“Tak payah! Belanja aku je time makan tengahari nanti.” Sebab aku bawak duit sikit je. Nanti tak cukup. Lagipun bukan aku yang nak Jane belanja snagat-sangat tau tapi sebab Jane dah berjanji semalam yang dia nak belanja aku tau.
            “Erm… tak ada hal lah! Anyway Rin, kau dah piker masak-masak nak masuk apa untuk co-curriculum sekolah ni?”
            “Aku cadang nak masuk kelad debate je. Ada kelab debate kan sekolah ni? Ada kan?”
            “Ada tu ada Rin tapi kelab tu ada masalah sikit. Tapi jangan risau! Aku ada untuk tolong kau,” Jane sengih sebelah lagi. Ini nak buat apa lagi ni si Jane ni?
            “Masalah apa?”
            “Nanti kau tengoklah sendiri. Nanti jangan lari pulak tau,” Okay! Scary!
                        ***
            Okay! Patutlah ada masalah! Bayangkanlah kalau kelab ni dah tak ada president lama dah! Lepas tu, mereka ni tak participate dalam apa-apa competition pun since the last year. Dan yang paling scary adalah the best debater sekolah ni adalah that Tengku Iskandar though I keep wondering where’s the best come from. Tapi memang disaster! Aku ingatkan sekolah swasta top 5 negara ni yang paling bagus tapi tak participate dalam apa-apa event pun untuk kelabnya. Apakah...!
            Hari pertama aku masuk ke perjumpaan kelab tu, tak ramai pun yang datang. Kedua, semua sibuk nak bukak handphone la, iPad la, apalah untuk isi masa yang terluang. Ketiga, kelab ni tak ada cikgu! Sebab sekolah ni punya polisi apa entah yang setiap kelab akan diterajui oleh pelajar sendiri. Keempat, tak ada pengisian langsung untuk mengisi masa yang ada. Kalau dekat sekolah dulu, untuk setiap perjumpaan, cikgu penasihat kami akan bahagikan kami kepada lima kumpulan, paling banyak, untuk berbincang mengenai sesuatu tajuk. Lepas tu, kami diminta berdebat dengan cara yang betul dan setiap orang harus bercakap. Maksudnya, untuk setiap tajuk, orang yang berbeza akan menjadi wakil untuk perbincangan kumpulan kami. Sekurang-kurangnya, adalah aktiviti untuk meluangkan masa dengan berfaedah. Oh ya! Lagi satu masalah, kelab ni langsung tak ada president. Yes, I said that earlier! Learn that! Tapi kalau dah tak ada president, cikgu pun tak ada, siapa nak mengendalikan majlis? Lagilah bila semua orang macam tak kisah je dengan semua ni! What the…!
            Hari kedua perjumpaan! Hari ni aku dah decide sesuatu dah! Jane kena ikut aku masuk kelab debat. Memang agak bermasalah buat Jane sebab dia memang agak low in self-confidence tapi aku nak dia masuk uga kelab ini sebab aku tak akan buat ‘sesuatu’ ni tanpa Jane. Lagipun, aku nak membantu dia naikkan self-esteem dia apa! Diapatut bersyukur tau! Tapi satu benda yang pasti, aku tak akan biarkan kelab ni berterusan dengan keadaan yang macam ni! Tak akan!
            Seperti yang dijangka, kelab ni masih tak ada yang mahu bangkit untuk berbicara. (maaf ayat skematik, sebab saya kan ahli kelab debat and I was chosen to be the best debater of the year in my former school kot..okay, stop the bragging!). semacam satu aura apa entahlah yang membuatkan aku bangun daripada tempat duduk aku yang sebelah Jane tu dan berjalan selangkah demi selangkah ke white board depan kelas tu.
            “Uhuk! Uhuk! Baiklah! Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Saya adalah pelajar baru di sini dan memilih untuk menjadi ahli kelab debate,”
            “Woi, baliklah!”
            “Okay! Thank you bro for your warm ‘welcoming words’. Anyway, sepanjang saya berada dekat sini, walaupun ini cuma kali kedua saya berada di sini, saya mendapati bahawa kelab ini mempunyai banyak masalah, terutamanya dari aspek penglibatan pelajar-pelajar secara aktif dalam kelab ini. Jadi, saya mengambil keputusan untuk bercakap di depan ini supaya anda semua boleh berfikir tentang masa depan kelab ini,”
            “Hei, kau ni siapa?”
            “Yes, bagus soalan tu! Tapi persoalan di sini adalah ‘mengapa kelab ini begini?’ daripada ‘siapa orang yang tak tahu malu bercakap depan semua orang tu?’. Now, I want you to pay your attention towards THIS CLUB rather than who I am. Baiklah! Sekarang ni, saya nak tanya anda semua sama ada anda nak kelab ini berubah menjadi lebih baik atau tak?” silent! Totally freaking out situation!
            “Bagus, semua nak mengubah kelab ni menjadi lebih baik. Jadi, sekarang ni saya nak tanya jika ada di antara awak semua yang sanggup nak jadi president kelab ni,”
            “Kami dah ada ketua lah!” satu daripada lelaki yang paling belakang menjawab.
            “Siapa dia?”
            “Tengku Iskandar! Dia the best debater last year. For every event pun, chairman sekolah akan pilih dia dan kawan-kawan dia untuk bertanding. Jadi, kami rasa kami tak perlu berusaha pun nak jadi good debater sebab at the end pun, cikgu akan pilih dia dan kawan-kawan dia. And they are so good pun sebab menang for every competition,”
            “Oh, I see. Then is he coming today?”
            “Tak, sebab dia tak perlu datang. Sometimes kawan-kawan dia datang tapi dia tak pernah datang kecuali kalau awal perjumpaan je sebab nak kena record keahlian.”
            “So, why did you guys assume him as your leader? Okay! Anyway, saya bercakap dekat sini sebab saya nak rombak balik kelab ini sebab kelab ini kurang daripada expectation saya. Jadi, sekarang ni saya dah minta permission daripada chairman dan dia dah setuju. Jadi sekarang ni saya nak tanya andai ada di antara you guys yang nak drop keahlian as a member of this club. You may leave now,” ada 2 atau 3 orang yang berbisik sesama sendiri dan bangun keluar daripada kelas itu. Kemudian, satu kumpulan lagi yang perempuan semuanya keluar terus daripada kelas itu.
            “Ada lagi? Come on, takkanlah yang 10 orang itu aje,” provoke!
            “Apa yang kami akan dapat kalau kami stay?” seorang mamat yang paling belakang tadi yang menyoal!
            “Hurm, I don’t know! Maybe some kind of excitement yang you guys will never know when you are out of this room today,” seorang dua yang baru bangun nak keluar duduk balik.
            “Lagi? Ada yang nak keluar lagi tak? Saya nak start event ni,” tak ada yang keluar lagi, maka tinggallah lebih kurang sepuluh orang dalam kelas itu. Okay! Memang sikit tapi itulah yang aku nak. Sikit tapi berkualiti. Dengan menunjukkan kedegilan mereka tak mahu keluar daripada kelas itu pun dah menunjukkan potensi mereka untuk jadi lebih baik.
            “Baik! Sekarang saya nak pilih ketua yang baru untuk kelab ni. Sekarang, ada calon yang bagus?”
            “Sorry nak tanya lagi tapi kenapa tak pilih Tengku Iskandar je? He’s the best of the best kot,” mamat tadi lagi!
            “Seorang ketua adalah orang yang berpotensi untuk hadir ke setiap perjumpaan. Dan dia tak layak! Untuk jadi ahli kelab ni pun, dia tak layak!” wow! Jane tersenyum sumbing. Pandai minah kat depan ni bercakap! Kalau aku, memang tak lah, fikirnya.
            “Sekejap, nama awak siapa, bro?”
            “Aliff… kenapa?”
            “Okay, sekarang saya cadangkan Aliff untuk jadi our next future leader. Sesiapa kat sini nak jadi suggest calon? Atau nak jadi calon?”
            “Kenapa kau tak calonkan nama kau je since kau macam excited kan nak rombak kelab ni? I think you are the best candidate kot,” sarcasm! Aku tahu dah nada tu!
            “Okay, sis! Saya memang nak sangat jadi LEADER kelab ni, malangnya saya dah selalu snagart jadi LEADER dekat sekolah saya yang lepas. Jadi saya agak saya tak perlu jadi LEADER kat sini sebab saya beru lagi dekat sini. So, meaybe next year you can suggest my name ye, sis,” Hurm, malanglah bagi sesiapa yang cuba nak provoke aku sebab aku ni the best arguer ever, don’t forget that!
            “Okay, since tak ada sesiapa nak calonkan sesiapa lagi, so I think Aliff will be our leader from now on. Setuju?” tak ada respon! Jane angkat tangan.
            “Saya setuju!”
            “Thank you, Jane! So discussion closed! Now, saya nak buat aktiviti. Since kelab kita tak ramai orang, saya nak group divide by two.” Jane pandang ke kiri dan ke kanan. Aku tulis besar-besar ‘EKSPLOITASI YANG KAYA ATAS YANG MISKIN MENJADIKAN NEGARA LEBIH MAJU’ menggunakan marker hitam.
            “Sekarang, saya akan bertindak sebagai juri dan menilai anda semua. Sesiapa yang tak bercakap akan dihalau keluar daripada kelab ini. Terima kasih atas kerjasama anda semua,” semacam Hitler dah ni! Tapi aku kena juga teruskan!
            “Okay, Aliff, your group will start first in about two five minutes from now on. And Jane’s group will oppose to whatever Aliff’s group is talking. Start from now!” selepas 5 minit berlalu, kumpulan Aliff pun mula berdebat.
            “Assalamualaikum. Tajuk yang diberikan hari ini adalah eksploitasi yang kaya atas yang miskin menjadikan negara kita maju. Saya setuju dengan tajuk yang diberikan kerana jika tiada yang kaya, maka tiada negara yang maju. Seperti yang kita perhatikan sekarang ini, ramai yang semakin kaya dalam hidup mereka kerana tekanan yang telah diberikan oleh yang lebih kaya terhadap mereka. Sebagai contoh, kita boleh lihat syarikat-syarikat maju yang berusaha untuk mendapatkan tender sebagai sumber rezeki mereka. Jika tiada syarikat yang menawarkan kepada mereka peluang untuk merebut tender tersebut, maka mereka tak akan pernah berusaha. Jadi, saya rasa eksploitasi ini adalah perlu untuk membuatkan manusia yang berada di bawah berusaha untuk meningkatkan prestasi diri mereka dari sudut ekonomi, usaha yang gigih dan tenaga. Sebelum saya mengakhiri kata-kata saya, ingatlah bahawa yang yang tinggi itu sentiasa bermula dari yang rendah dan yang besar itu bermula drai yang kecil. Sekian, terima kasih,”
            “Assalamualaikum! Mengenai tajuk kita pada hari ini, saya tidak bersetuju yang setiap perkara itu memerlukan eksploitasi daripada apa kepada siapa dan sebagainya. Bagi saya, sistem eksploitasi ini yang merupakan ciptaan orang Barat yang dikenali sebagai Carl Marx jelas menunjukkan agenda mereka yang tersembunyi. Sistem ini memperkenalkan “EKSPOITASI” untuk menjatuhkan yang bawah dan menjadikan diri mereka lebih berkuasa. Untuk lebih terperinci lagi, mereka memperkenalkan sistem ini untuk membuatkan golongan yang lebih kaya menjadi lebih kaya dan golongan pertengahan untuk berusaha menjadi lebih baik dan golongan miskin, golongan ini diperkenalkan untuk membuatkan golongan pertengahan lebih takut dan berusaha menghambakan diri mereka kepada golongan atasan. Sedangkan negara yang maju itu tidak memerlukan eksploitasi untuk kekal maju. Negara yang maju hanya memerlukan hubungan yang baik sesame etnik tanpa ada rasa hasad dengki sesama sendiri dan berusaha untuk meningkatkan prestasi diri dari segi perhubungan antara yang atas dengan yang bawah dan seterusnya, berkhidmat bersama-sama untuk memajukan negara,”
            “Wow, imaginatif sekali pihak anda memberi jawapan. Seperti yang kita lihat sekarang ini, pihak yang di bawah sering sekali mencuri masa yang terluang semasa kerja. Kalau kita lihat kepada dalam sesebuah organisasi sendiri, masyarakat lebih suka membuang masa daipada berfikir untuk memajukan negara ini. Salah satu aktiviti yang membuang masa adalah dengan bergaul sesama sendiri dan berbual kosong tanpa memberi apa-apa kebaikan pun terhadap sesebuah organisasi. Adakah ini yang akan membuatkan negara kita semakin maju?”
            “Maaf jika kami terlalu berhalusinasi tentang dasar kemajuan terhadap sesuatu negara. Pihak anda terlalu prejudis tentang dasar yang pihak kami bincangkan di sini. Dasar yang klami maksudkan adalah mengekalkan hubungan yang baik antara pihak atasan dan orang bawahan. Kami tidak memaksudkan berbual kosong dan membuang masa sebagai dasar negara ini untuk berjaya. Cuba kita imbas kembali semasa zaman pemerintahan Rasulullah S.A.W. Rasulullah adalah calon yang paling terbaik sebagai pemerintah pada zaman dahulu. Rasulullah tidak pernah mengamalkan eksploitasi tetapi negara yang diperintah oleh baginda masih kekal aman damai walaupun terdapat banyak perbezaan agama dalam negara yang dipimpin oleh baginda,”
            “Saya rasa anda tersilap tentang sesuatu di sini. Tajuk kami pada hari ini adalah eksploitasi kaya atas miskin menjadikan negara lebih maju, bukannya eksploitasi yang kaya atas yang miskin untuk menjadikan negara lebih aman,”
            “Maaf kerana kami berbincang tentang keamanan negara di sini, tapi kami berbincang tentang dasar kemajuan sesebuah negara. Adakah maju sesebuah negara tanpa keamanan? Atau adakah maju sesebuah negara jika mereka menggugat keamanan sesebuah negara yang lain? Fikirkan definisi yang tepat untuk ‘maju’ sendiri,” good going, Jane! Aku senyum lebar ke Jane yang tersipu-sipu malu sebab baru nampak nak bercakap dengan yang lain.
            “Okay, good going! Ada lagi tak?” saja tanya sebab nampak macam masa dah sangat mencemburui kami. Loceng dah nak berbunyi dah ni!
            “Kami dah tak ada idea dah, tak tahu nak cakap apa. Tapi yang penting, eksploitasi tu pentinglah untuk sesebuah negara lebih maju. Rasanya kami kot yang menang,”
            “Apa pulak! Eksploitasi ni kerja Carl Marx je yang nak tindas orang bawahan dia. Yang kita nak ikut usul Barat buat apa?”
            “Okay! Okay! Dah la tu kot! Rasanya, don’t get too emotional dengan tajuk kita and belief kita. Kita memang nak menang tapi bukan dengan emosi. Kita menang sebab kebijaksanaan kita, bukan dengan emosi. Alright? Anyway, I cannot decide who’s the best today sebab both group so-so je. Nak cakap bagus, tak sangat sebab kurang dari segala aspek. Jadi, for next class, I want you guys to prepare everything what it takes to be in debate club. And, tunggu confirmation dari saya whether you will be accepted I into the club or not. And Aliff, I want to meet you for awhile. Boleh kan?”
            “Sure!” Okay! Serius gaya dah macam cikgu dah aku ni! Tapi if that is what it takes to be good, I’m willing to do that.
            “Saya nak every names and their phone number yang ada dalam kelas ni tadi dan those yang join this club dulu, including that ‘Tengku Iskandar’. by tomorrow, the latest,”
            “Sekejap, kenapa kau expect aku nak buat?”
            “Sebab kau president kelab ni atas pilihan majority. So, you must do by all means,”
            “Haha! Kau pernah belajar erti manners tak? Aku senior kat sini tau,”
            “So?” toneless!
            “Taderla! Takut kau tak tahu lah. Hurm! Muka je comel tapi garang macam Hitler dah kau ni aku tengok! Anyway, I like our activity today. It’s been ages club ni ada activity since our last real president,”
            “I’ll take it as a compliment then. Tapi aku lagi tak suka kalau apa yang aku suka jadi benda yang aku tak suka.”
            “Yes, maam! Esok aku bagi kat kau! Kelas 4A kan?”
            “Yep!”
            “So, see you then!” mamat tu pun pergi. Okay, dia fivers! Wow! Aku cakap dengan fivers macam tu? Where’s my manners? Oh, okay! I think I lost it somewhere, like in the garbage?
            “Fuh-yoo! Berani kau erk tadi! Wa salute sama lu, minah! You are so fantastic! Brilliant! And gorgeous! And fantastic!”
            “Shut up! Sekarang kau kena tolong aku macam mana nak get rid those yang tak patut dari kelab tu,”
            “Including Tengku Iskandar?”
            “Yep! For sure!” Wow!
                        ***    
            Ini phone baru ayah aku beli semalam. Jadi, sekarang ni aku nak kau ambik Samsung S2 ni, sebab aku dah tak nak pakai phone ni lagi dah.”
            “Woi, minah kaya! Aku tak pakai phone la. Kau ingat aku ni ada duit nak beli topup bagai? Aku tak nak!”
            “Si cantik manis Rin, awak tu dah jadi penasihat penting kelab debat kita. Dan saya rasa awak perlu ada satu phone at least untuk berkhidmat dalam kelab kita tu. Lagi satu, I’ve thought of a new way to get rid of The Tengku Iskandar from our debate club. Okay! Hear this out! Dalam phone ni dah ada nombor celcom aku yang dulu dan aku tak pernah guna nombor ni selain daripada telefon mak ayah aku. Lagipun, nombor ni pakai line, jadi kau tak perlu topup, tapi bayar bulan-bulan je, tapi rasanya tak perlu kot sebab ayah aku memang akan bayar nombor ni, jangan risau. Kedua, guna nombor ni untuk bagi info dekat semua orang yang kau tak nak dan nak masuk kelab debat kita. Okay? Dengan cara macam ni, kau tak perlulah nak berdepan dengan semua orang untuk bagi info ni,” Okay, quite the thinker The Jane is!
            “Okay! Aku setuju!” aku senyum lebar ke Jane. Bagus juga kalau tak perlu berdepan dengan semua orang lagi walaupun memang nyata bukan masalah aku kalau nak berdepan dengan orang ramai. Tapi, cara yang ini lebih selamat! Lagipun, aku tak perlu nak berdepan dengan The Tengku Iskandar tu, that spoiled brat tu!
                        ***
            Iskandar pandang balik ke mesej dalam iPhone 5 miliknya tu. Biar betul!
Salam! Maaf, nama anda tidak akan dipilih untuk menyertai kelab debat kami, jadi anda tidak perlu menyertai sebarang aktiviti yang akan kami adakan sepanjang tahun ini. Terima kasih.
Penasihat Kelab Debat.
            Apa kejadah semua ni? Tak pernah orang hantar mesej berbaur macam ni pada dia. Ulangan, pada TENGKU ISKANDAR! Siapa budak penasihat ni? Budak mana ni?
            “Is, aku dapat mesej ni. Kau pelik tak?” si Aiman datang tunjuk mesej yang sama. Nina pun berpaling kepada mereka.
            “I pun dapat, cakap yang I will not be chosen to join their debate club. What the hell?” sungguh Nina pun tak pasti! Henry dan Danny hanya diam, mereka bukana ahli kelab debat, mereka ahli kelab bola keranjang.
            “Okay, this is so enough! I will kill this damn kid,” Iskandar dah bangun dari kerusinya dan keluar dari kelas itu tanpa langsung mempedulikan Cikgu Tasnim yang baru melangkah masuk dalam kelas.
                        ***
            “ Berani kau buat macam ni kan, Rin? Aku respect kat kau,” Jane dengan riak tak percaya yang Rin berani hantar mesej kepada semua ahli yang di’reject’ untuk menjadi ahli kelab mereka. On top of that, berani Rin hantar mesej pada si budak Tengku Iskandar tu cakap yang dia kena reject. Benganglah nanti budak tu, fikir Jane.
            “Anyway, aku berani sebab tak perlu nak tunjuk muka aku pada dia. Mestilah berani! Anyway, aku tak sebut nama aku pun, aku cuma cakap aku as Penasihat Kelab Debat. Pandai tak aku?” kening aku angkat berkali-kali.
            “Rin, someone’s here for you,” muka kelat! Okay! Budak Aliff lagi lah tu kot!
            Aku keluar dari kelas, pintu depan. Tapi tak nampak kelibat Aliff pun, ada seorang mamat mana entah ni dengan muka bengis depan kelas nak cari siapa entah. Tak kenal!
            “Erm, nak cari siapa ya?” cuba beramah mesra lah jugak sebab fikirkan courtesy antara manusia yang berilmu.
            “Tak dengar ke aku cakap tadi? Aku nak cari penasihat Kelab Debat yang bernama Airin whatever. Cakap dengan dia, TENGKU ISKANDAR nak jumpa,” garang!
            “Oh, nak cari Airin ke? Dia tak ada dalam kelas sekarang ni, die pergi toilet kot, saya kawan dia. Ada nak pesan apa-apa ke?” takut sebenarnya tapi kalau nak deal dengan mamat ni sekarang, memang aku tak berani! Even aku pun tahu apa maksud takut.
            “Oh, here you are, Rin! Ni ha, aku nak bincang dengan kau pasal plan aku untuk perjumpaan esok. And that… ohh, kau ada guest ke? Tak apalah, nanti aku jumpa kau balik eh? Be chill!” si Aliff dengan muka selamba yang tak nampak ke aku tengah berdepan masalah besar ni? Kemudian, dia jalan pergi.
            Iskandar berpaling pula pada aku. Sengih sinis! Serius! Kalau orang cakap hensem macam mana pun si mamat ni, aku akan cakap muka dia macam jamban tak siap dengan senyum evil macam tu.
            “Oh, kau ni ‘kawan’ AIRIN eh? Nanti kau tolong cakap dengan DIA aku nak jumpe DIA lepas habis sekolah nanti sebab aku nak dengar reasons kenapa aku tak boleh jadi ahli kelab debat. Faham, KAWAN AIRIN?” kemudian mamat tu blah! Rin masuk balik dalam kelas. Okay, semua pasang mata kelas dia tadi tengah curi dengar perbualan mereka berdua kat luar tadi. Yelah! Memang jarang si Tengku Iskandar nak mencemar duli turun padang sampai ke kelas mereka semata-mata nak jumpa Airin. Kalau nak kata nasib tuah, macam tak. Kalau nak kata nasib buruk pun, ada kemungkinan sikitlah! Tapi yang pasti, Tengku Iskandar tak akan pernah bercakap atau mencemarkan tangannya untuk buat kerja-kerja ‘tak bersih’ dekat sekolah ini. Untuk membuli orang pun, dia akan bayar orang lain untuk buat apa yang dia suruh. Tapi apabila dia sendiri ke kelas 4A untuk berjumpa Airin, mereka tak tahu nak describe mengapa atau kenapa hal itu berlaku sedemikian rupa.
            “Okay, guys! Show’s over!” Rin selamba badak masuk macam tak ada apa yang berlaku. Duduk balik di tempak duduk dia sebelah Jane dan berbual dengan Jane macam biasa. Padahal hati dia pun rasa semacam. Apa nak jadi pada dia agaknya? Tulah! Berani sangat nak cari pasal dengan mamat tu!
                        ***
            Takut-takut je Rin nak masuk dalam kelas itu untuk berjumpa dengan Tengku Iskandar. Jane memang tak akan nak ikut dia walau dah dipujuk beberapa kali untuk berjumpa dengan mamat jamban tak siap tu! Dari luar kelas, Rin dah nampak tiga orang lelaki dan seorang permpuan tengah memandang dia macam nak tembus.
            “Hai,” selamba badak Rin menyapa! Budak perempuan tu pandang Rin dengan muka pelik yang teramat semacam nak bertanya ‘aku kenal kau ke?’, tapi Rin buat muka bodoh alang je. Dia masuk dalam kelas dan nampak budak penyangak tu duduk bak Raja nak dapat ‘Agung’ je.
            “Okey, I’m here! Now, talk!” Rin duduk tanpa perlu disuruh sedikit jauh dari mamat muka tak siap tu. Iskandar senyum sebelah, sebijik macam yang Jane selalu buat. Agaknya ni simptom orang-orang kaya kot, senyum sebelah bila rasa irritated atau ada evil plan.
            “Siapa nama kau tadi? Min? Rin? Jin? Apa entah,”
            “Don’t bother about my name. I have nothing on name,” Wow! Ada cili dalam nasi bungkus lah!
            “Okay, Rin, cuba bagi aku reasons kenapa kau nak kick aku keluar dari kelab tu. Dari dulu lagi aku memang ahli tetap kelab tu walaupun aku tak datang event. In fact, since my dad is the biggest funder of this school, I got special treatment from the chairman on not attending any event hold by that crappy club,”
            “Okay, mister son-of-biggest-funder-in-school, I hereby got SPECIAL permission from our chairman to do whatever I want for the club if it brings any good to the school. So, I just kick whatever doesn’t bring any use to our club, including YOU,”
            “What? For your info, I got the title the best debater since the last TWO YEARS in row,” kening diangkat.
            “Erm, here’s the thing. Be a part of competition doesn’t mean you are part of our club. We may just borrow you for a while just for the sake of the club itself, but you may not be our important club members since you don’t attend any events hold by the club,”
            “Hey, what are you?” muka tak paham! Nak marah pun ada!
            “Human, not ghost obviously,” nada toneless tu lagi digunakan.
            “Who are you? Who is your father?”
            “I think the question is more about whether you are worthy enough to be our member of Kelab Debat than who am I here, right? So, I served my purpose. And the thing is if you want to be a part of something, you just don’t use title and connection. You just be responsible for what you want. Okay! I gotta go! Bye!” tangan Rin digenggam untuk duduk kembali.
            “Hey! Kau dengar ni! Kau ni siapa nak suruh aku buat macam-macam? Kau tahu tak aku ni siapa?” suara tu dah naik dua, tiga oktaf.
            “Wrong question! You should ask me about what you should do to satisfy me. First, if you want to be part of our club members, be in the meeting tomorrow. And I wouldn’t mind if you ask your nice friends out there to join you. I can confirm you that the activity would be VERY FUN, in a way that you may not understand. Please be anticipated if you plan to come. However, you will still be evaluated whether you deserve enough to be our club members and that decision will be taken by our precious members. So that’s it! Thank you for your PRECIOUS time spent on me,” Rin berjalan keluar sambil senyum yang paling ikhlas dihadiahkan pada Iskandar. Sayang sekali, senyuman tu bernada sinis untuk menyakitkan hati mamat tak siap tu lagi! Keluar dari kelas itu lagi, sekali lagi dia menyapa budak yang berempat dekat luar tu.
            “Hey, you guys boleh jemput balik kawan you guys yang kat dalam tu. Dia sakit tu kat dalam, sakit hati,” senang hati Rin menyakat mereka semua. Okay! Attention! Aku pernah bergaduh mulut dengan orang yang paling laser dekat sekolah dulu dan aku menang, okey! The Great the Rin! Memang suka hati betul dapat kalahkan mulut mamat tak siap tadi! Senangnya hati! Tapi harapnya, janganlah dia datang perjumpaan esok sebab aku ajak-ajak ayam je tadi. Rasa nak berhadapan dengan dia hari ni je! Esok dah boleh hidup senang-lenang dah!
                        ***
            “So, sekarang ni kita akan divide kerja kepada 3 kumpulan. Kumpulan pertama yang akan handle semua hal berkenaan dana untuk kelab kita ni. Kumpulan kedua akan deal dengan pihak perhimpunan pasal morning speech yang kita bincang tadi. Dan kumpulan ketiga akan cari maklumat pasal debate competition dan bincang dengan pihak pengurusan pasal debate competition yang kita nak sertai. So, okay tak?” semua mengangguk setuju. Ini perjumpaan ketiga kami dan sungguh tak disangka semua memberi konsentrasi yang penuh kepada perjumpaan dan perbincangan kami. Nasib baik jugak mamat muka tak siap tu tak datang hari ni. Syukur alhamdu…what? Kenapa mereka berlima masuk kelas ni masa ni? Jane dah panas muka nak kena berjumpa dengan mereka berlima tu. The great Five, people call.
            “Excuse me! Is this the so-called debate club? We got special letter from the school to be in this club since kami tak dapat information pasal rombakan kelab debat kali lepas. Jadi, sebagai ahli istimewa, kami akan turut serta dalam aktiviti ni walau agak terlambat. Jadi, kamu semua boleh terus berbincang,” itu ayat memang agak mandat besar daripada bahasa yang tingginya, tak tercapai dek akal manusia.
            “Alright! Now, let us welcome the guest today, urm, excuse me, what the name again?” aku pandang mamat tu dengan muka riak selamba! Ya, muka dia memang kelat nak marah! Muka satu kelas tu sebenarnya kelat, tak beriak, pucat dah semacam kena hisap darah dengan drakula je. Eleh! Rilexlah! Nak takut apa?
            “Tengku Iskandar,” macam malas nak jawab je nada tu.
            “Okay! Tengku Iskandar and co. Sekarang ni, kami tengah divide kerja dengan yang lain untuk kerja kelab ni. But, since you guys come, you should buat kerja jugaklah kan? So, I think the five of you should be in charge of kumpul dana untuk our club. Senang kan kerja tu?”
            “Senang sangat! And kau pulak buat apa?”
            “Oh, as a penasihat, kerja aku senang je. Aku nasihat,”
            “Nonsense! As a club member, I suggest you to come with us to see how much easy it is to collect dana untuk kelab ni. Is there any objection from the members of floor?” Tengku Iskandar pandang ke setiap wajah yang hadir ke meeting tu. Nampak wajah Jane, dia sengih separuh, semacam biasa untuk tunjukkan yang dia sangat irritated dengan wajah itu. Tak ada siapa pun yang angkat tangan! Jane pun tak berani!
            “Aku tak setuju! Aku decide apa yang aku nak buat,” pertama kali Rin serasa macam dictator. Sungguhlah!
            “Nope! The decision should come from the members of floor, right? So, macam mana? Ada sesiapa yang nak bersuara?” Silent!
            “Decided then! You are in our group and the rest of you can decide by yourself to be in what you want to be. We have no more thing to talk about!” dan perlahan Tengku Iskandar melangkah ke arah Rin.
            “The first rule in this school, you don’t mess with TENGKU ISKANDAR,” Wow! Quite a threat!
            “The first rule in the UNIVERSE, you don’t mess with ME,” pulang paku buah keras je dengan ayat lagi powerful! Wah! Mantaplah, Rin! Dan Tengku Iskandar masih lagi dengan senyuman separuh dia tu. Emang dasar muka tak siap la kan! Senyum pun separuh je!
                        ***
            “Kami dah decide nak kumpul duit tu dari mak bapak kami semua dulu sebelum cari dari orang lain. Lagipun, kami tak pernah terima sebelum ni. Kami adalah golongan yang hanya memberi. Jadi, berapa banyak yang kau boleh mintak dari family kau?” soalan tu memang sengaja nak menduga aku. Aku tahu benar tu!
            “Erm, satu ringgit pun aku tak akan mintak ayah aku sebab aku tahu dia work hard untuk dapat duit nak tanggung kami sekeluarga. Jadi, kali ni, aku nak work hard jugak nak tunjukkan yang aku mampu untuk kumpul duit sebanyak yang boleh as a dana untuk tabung kelab kita. Aku tak kisah kalau korang dapat banyak mana pun, tapi yang pasti aku tahu orang yang macam kau ni tak akan pernah work hard untuk apa-apa sahaja pun. Jadi, okeylah! Mintalah berpa banyak pun daripada mak ayah korang, I wouldn’t mind at all,” senyuman yang paling sarkastik aku bagi pada mamat muka tak siap tu! Heh! Ingat anda boleh nak kalahkan saya dalam bergaduh mulut? Saya lagi terellah!
            “Jadi, apa cadangan kau nak kumpul dana dengan work hard? Kau nak mengemis dekat setiap rumah ke rumah?” mamat tu bertanya. Pelik juga! Yang kawan-kawan dia yang lain tak pernah pulak buka mulut. Mamat yang ini je rajin benar nak bergaduh mulut dengan aku. Kalah pulak tu!
            “Aku ada idea, tapi kenapa kau rasa aku nak cakap dengan kau pasal idea aku?” aku pandang ke dia, jelir lidah!
            “Huh! Kau nak tipu kita orang lah tu! Kata nak work hard, entah-entah kau minta dengan mak ayah kau jugak. Ingat aku ni bodoh ke? Selagi aku tak nampak depan mata kau kumpul duit tu macam mana, aku tak akan mengaku kau budak sekolah kami,” senyum separuh, macam biasa. Eh, aku rasa something lah! Rasa muak dengan reaksi muka dia yang membosankan macam tu!
            “Aku ada cadangan, tapi aku rasa nak bincang dulu dengan ketua kelab pasal cadangan tu. Kalau diterima, baru aku beritahu korang semua pasal idea tu,” Iskandar dah rasa sangat tercabar dengan minah tu! Setiap kata-kata dia ada sahaja yang dijawab perempuan tu. Tak pernah lagi dalam hidup dia seorang perempuan memandang dia dengan nada benci.
            “Kau ingat kau ni siapa, huh? Kenapa kau nak cari gaduh dengan aku? Aku tak paham! Aku pernah sakitkan hati kau ke?” nada Tengku Iskandar dah naik beroktaf-oktaf.
            “Is, mind yourself,” Aiman menegur, takut-takut Iskandar mencemar duli sekali lagi dengan berbuat apa-apa yang tidak patut. Yang kali lepas pun masih menjadi buah mulut orang apabila dia pergi turun sendiri ke kelas 4A untuk bertemu gadis itu. Kali ini, dia pun tak tahu apa yang akan Tengku Iskandar lakukan. Dia kurang pasti kenapa kewujudan Rin begitu menggugat hati dan perasaan kawan karibnya itu.
            “Hurm, kawan-kawan kau ada dekat sini rupanya. Hai! Nama saya Rin,” selamba.
            “Hey, aku tengah cakap dengan kau lah,” Iskandar tak paham!
            “Dengar sini ye, Tengku Iskandar ye. Aku akan buat baik pada orang yang baik sahaja. Menjawab soalan tak? So, now excuse me. I got lots of things to be done.” Selamba sahaja Rin berlalu pergi dengan senyuman puas hati. Sekurang-kurangnya, dia puas hati sebab dapat membalas lelaki itu setimpal dengan apa yang dia buat pada Jane.
            “Is, I thing you lose yourself just now.” Nina memberi pandangan.
            “Yup, I’ve never seen you like this before,” Henry pula menyokong sambil tangannya ditepuk ke bahu Iskandar, perlahan.
            “Danny, kau dah carikan aku apa yang aku nak?” tanya Iskandar, dengan nada yang sedikit stress.
            “Yup! Tapi aku pelik sikit la dengan minah ni, Is. Aku tak tahu dia ni siapa. Dia tak ada rekod yang tetap. Aku try google nama dia tak ada pun. Kalau yang wujud pun orang lain. Dia tak ada FB ke, Twitter ke, Instagram ke, apa-apa laman sosial pun tak ada nama dia. Lepas sekolah, dia akan lepak dengan budak sekolah kita yang nama Jane tu dekat rumah dia. Kalau ikut rekod sekolah, segala hal pasal yuran and everything ayah Jane yang uruskan. Aku rasa banyak probability pasal dia ni. Pertama, dia mungkin ada kaitan yang rapat dengan Jane tu. Kedua, mungkin dia nak tutup maklumat pasal keluarga dia, mungkin ayah dia raja ke apa ke, atau mungkin salah seorang dari mak ayah dia ejen rahsia kea pa, sebab tu dia tak ada FB kea pa ke.”
            “Nombor dia? Yang dia hantar mesej ke kita hari tu?”
            “Yang nombor tu, sim tu didaftar atas nama Jane,”
            “Apasal semua pasal dia rahsia ni? Takkanlah anak orang-orang biasa berani lawan dengan aku macam ni. Aku rasa dia mesti anak orang besar ni. Tak apa, biar aku cari sendiri nanti,” Iskandar sudah berfikir tentang rancangan yang akan dibuatnya nanti.
                        ***
            “Rin, Aliff datang nak jumpa kau kat luar kelas tu ha.” Ain datang membawa berita. Aik! Apa lagi budak Aliff ni nak ni? Hal semalam rasa macam da settle. Apa lagi yang dia nak ni?
            “Yep, nak apa Abang Aliff?” sengih paling lebar aku beri. Ambik! Aliff dah senyum kelakar dengan gaya aku.
            “Erm, nak cakap yang pasal hal yang kau bincang dengan aku semalam tu. Nanti kau teman aku cakap dengan Sir pasal benda tu. Aku agak kurang kalau nak bercakap pasal mende-mende ni semua. Kalau ada kau senang sikit.” Leh! Mende boleh cakap pakai mesej pun!
            “Sure! Lagi satu, kalau ada apa-apa lain kali mesej je la. Kesian kau nak kena datang sini. Bukan kau tak ada kerja lain kan? Tapi bila nak jumpa Sir? Tak apalah, nanti kau contact aku je,”
            “Oh, kau guna nombor yang mana erk? Aku tak ada simpan pulak,” oh ya! Bila masa aku ada nombor ni? Eheh! Nombor Jane adalah!
            “Tak apa, kau contact aku guna nombor ni je,” sambil ambik pen yang ada dekat poket Aliff dan tulis dekat kertas kecik yang dia bawak.
            “Okay, nanti aku contact ye,” senyum! Okay! Memang manis! Stok Aliff ni memang stok budak-budak hensem pun! Nak-nak, budak yang dalam kelas Rin sendiri pun ada dalam 5, 6 orang suka pada si Aliff ni terang tang tang. Aku? Heh! Kirim salam mak ayah kat rumah dulu! Mak dah pesan belajar sungguh-sungguh, tak mahu bercintan-cintun!
            Duduk je balik dekat kerusi, Jane dah berdehem.
            “Ada orang cari tiap-tiap hari nampak? Ada benda yang aku tak tahu ke?”
            “Salam tak bagi, terus nak attact eh. Biasalah, hal pasal kelab. Anyway, ready-ready tau. Aku nak pilih beberapa budak kita untuk buat debat depan orang ramai. Aku rasa kau kena start bercakap depan orang ramai kalau nak gain confidence,” sambil senyum sebelah dekat Jane. Eh, macam dah terikut dengan mamat tak siap tu! Jane dah tunjuk muka scared dia tu.
            “Anyway, Rin! Kenapa kau berani sangat dengan mamat tu! Kau tak kenal dia lagi tau. Kau tak tahu apa yang dia boleh buat. Aku yakin yang sekarang ni dia tengah pasang plan nak jatuhkan kau,”
            “Aku tak kisah! Kalau dia nak beritahu semua orang pasal aku pun aku tak kisah,”
            “Entahlah Rin. Tapi kalau apa-apa jadi pada kau lepas ni jangan salahkan aku pulak,”
            “Jane… kau ada perasaan dekat dia lagi ke?” nada serius!
            “Aku benci dia! And aku akan pastikan yang aku tak akan bagi dia jatuhkan kau. Aku nak dia yang jatuh!”
            “Whoaa! Ni macam boleh buat drama ni. Anyway, pasal henset kau tu, nanti aku janji aku akan pulangkan balik. Aku janji,”
            “Kau ni, aku dah bagilah. Kau ambik je,”
            “Tapi…”
            “Kalau kau tak ambik, aku bagi pada maid aku je. Tapi kalau maid aku balik Indonesia nanti, entah-entah dia jual dapat berapa juta entah kat sana nanti,” provoke!
            “Yelah, Jane! Thanks a lot! Nanti bila aku dah kerja, aku bayar balik kat kau harga henset tu,”
            “Bull-crap! Talk to my hand,” what the…!
            “Cow-shit!” kemudian kami gelak!
                        ***
            Malam tu, Aliff telefon lagi. Ini sudah malam ketiga berturut-turut dia telefon aku. Pertama sekali, soalan wajib dia adalah ‘tengah buat apa?’. Kemudian dia tanya ‘dah makan belum?’. Lepas tu baru dia akan mulakan discussion pasal “kelab” sebelum merepek-merepek ke perkara yang lain. Ada semalam dia(Aliff) bercerita pasal mak dia yang ingat dia dah ada girlfriend sebab on-call malam-malam. Lagi, si Aliff tu bercerita pasal mak dia dari kecik lagi memang sangat care pasal dia dan ayah dia yang loving, tapi tegas. Kalau aku sendiri, mak dengan ayah memang loving juga tapi ayah jarang nak ada dekat rumah. Ayah kerja jadi Cikgu Math dekat sekolah tinggi dekat-dekat dengan kawasan rumah dan mak pula ambil upah menjahit baju tapi kerja di rumah sahaja. Keluarga kami biasa-biasa sahaja. Aliff pun tahu pasal itu sebab sehabis mungkin dia nak tahu pasal family aku. Tapi Aliff tak terkejut pun. Dia lagi suka berkawan dengan orang yang macam aku, kata dia. Sebab kata dia, orang kaya dekat sekolah tu semua tak macam aku. Semua berlagak dan pentingkan pangkat je. But wait a minute! Bukan dia pun anak orang kaya ke? Ayah dengan mak dia masing-masing engineer dengan doctor kut!
            “Hello, tengah buat apa?”
            “Hurm, baru lepas makan. Masuk je bilik tidur, kau dah telefon. Nak bincang pasal apa ni?” sambil kepala dah letak kat bantal! Tangan kiri pegang telefon, tangan kanan dah gulung-gulung rambut.
            “Hurm, hari ni aku saja-saja je telefon kau sebab bosan. Mak aku ada hal dekat hospital dia. Ayah aku lambat balik hari ni. Aku tak tahu nak buat apa,” nada suara bosan!
            “Haha! Belajar lah gitu! Anyway, dah makan ke belum ni? Dah pukul 9 lebih dah ni,” care ke aku ni? Rind ah bertanya sendiri.
            “Dah, mak aku orderkan pizza pukul 8 tadi, tapi tak seronok ah sebab makan seorang je kan. Eh, esok makan sekali yok! Aku belanja kau makan. Ajaklah Jane sekali kalau kau nak, aku okey je,”
            “Makan kat mana? Bila?” dumbfounded! Nak makan sekali? Rumours nanti!
            “Sekolah la, time rehat. Alah! Jangan risaulah, aku belanja. Kau pesan je apa kau nak,” bukan tu masalahnya, Aliff oii…
            “He! He! He! Tak nak…”
            “Alaa… makan ar sekali! Aku dah bosanlah makan sorang je tiap kali pun,”
            “Ajaklah salah sorang kawan perempuan kau yang lain,” tak nak mengalah!
            “Aku tak ada kawan perempuan. Kau je kawan perempuan aku ada,” Aishh! Mamat ni!
            “Ececeh! Tipula tu! Stok orang-orang ada rupa ni, tak kan lah tak ada orang nak makan sekali,”
            “Hahaha! Lawak eh kau! Nak kata aku hensem eh? Thanks for the compliment,”
            “Buekk! Aku cakap ada rupa je, tak kata kau hensem pun,” sengal!
            “Hurm… yelah! Stok orang ada rupa dengan stok orang ada rupa jugak lah. Kau ada rupa jugak, boleh ar makan dengan aku, hahaha,”
            “Bosey! Yelah! Aku makan esok dengan kau. Tapi aku belanja makan sendiri. Aku tak nak kau belanja,” Okey kot makan sekali! Bukan selalu kan? Apa orang nak kata? Bincang pasal kelab debat, mungkin.
            “Whatever lah, Miss Airin!”
            “Whoa,, call me Miss Perfect la. I love searching for perfection, wakaka,”
            “HAHA! Yelah, Miss Perfect!”
            “Rin, cakap dengan siapa tu? Lama sangat tu! Mak nak mintak tolong ni,” mak dah melaung dari living room. Nak mintak tolong jahit baju la tu! Hurm!
            “Okay lah, weh. Mak aku dah panggil tu. Esoklah makan sekali eh. Okay, bye!”
            Telefon mati! Aliff senyum gembira. Tak pernah dia rasa begini. Rasa seseorang yang melihat dia kepada apa yang ada dalam dirinya. Jarang seorang perempuan melihat dia sebagai seorang Aliff. Biasanya, mereka lihat dia sebagai anak seorang engineer dan doctor yang mempunyai paras rupa yang menarik. Dan dia bosan dianggap seperti itu! Dia mahu seseorang yang melihat dia sebagai seorang yang mempunyai personaliti yang menarik. Dan dia terpikat kepada gadis yang bernama Airin sejak daripada perjumpaan kelab debat lagi apabila gadis itu memilih dia sebagai seorang ketua kelab. Sebenarnya, dia merasakan dirinya tidak layak untuk mengetuai orang lain tetapi apabila Airin memberitahu sebab-sebab dia dipilih, dia rasa dirinya special. Dan jarang ada orang yang membuatkan dirinya special selain daripada ibu dan ayahnya. Rin satu-satunya!
                        ***
            “Whoaa, kau biaq betui Rin!? Kita makan sekali dengan mamat tu? Jangan! Aku takut! Hari tu yang dia datang kelas kita pun, ramai dah bercakap pasal kita. Kau tak rasa ke nanti ramai-ramai datang serang kau sebab tak puas hati kau dengan mamt tu! Lagipun, kau serius ke nak bagi harapan dekat mamat tu? Kalau dia tahu condition sebenar kau, macam mana? Kalau dia reject kau macam mana lepas tu?” Jane dah macam guard dah ni!
            “Hello, hello! Pertama-tama sekali, kita makan sekali je masa rehat. Kedua, dia dah lama tahu aku orang biasa je. Ketiga, orang akan cakap aku dengan dia bincang pasal kelab je since kita ni kan budak kelab debat. Chillax lah!” Jane mencebik! Hai, dah sangat pandai kawan baik aku ni! Macam artis je gayanya!
            “And, lagi satu aku cari makan sendiri. Aku tak menyusahkan orang lain lah,”
            “Ye ke? Nanti kita tengok eh mampu ke tak kau tak menyusahkan orang lain. Ni kali pertama kau jejakkan kaki kat ‘RUANG MENJAMU SELERA’ sekolah kan? Kita tengok ea,” ni kenapa pulak dengan Jane ni? Ingat aku tak mampu ke? Aku mampu la…
                        ***
            “Jane, serius ke harga makanan ni semua? Mahal sungguh! Lagi, tak ada ke makanan local sikit? Nasi lemak ke?”
            “Nope! Kat sini semua makanan yang macam ni. Sebab tu ia dipanggil RUANG MENJAMU SELERA rather than CANTEEN. And, nasi lemak tu or makanan-makanan local yang lain kebanyakannya akan membuatkan pelajar mengantuk semasa belajar. Sebab tu lah makanan-makanan macam tu DIHARAMKAN dijual di sekolah ni. And makanan macam ni je lah yang RUANG MENJAMU SELERA mampu jual. Kau okay tak?” Jane dah tergelak dalam hati. Bukan dia tak tahu Rin lah orang yang paling berjimat. Kalau pasal makanan ni semua, Rin lebih rela makan makanan dari rumah saja. Tapi hari ini, memandangkan dia sudah berjanji dengan si Aliff Satar tu yang dia akan makan bersama, maka Rin tak membawa bekal dari rumah pun.
            “Kau nak makan apa, Rin? Aku dah janji kan semalam aku nak belanja. So, nak makan apa?” Aliff tiba-tiba muncul dari mana entah! Rin terkejut seketika.
            “Huh? Erm, aku rasa aku macam tak jadi makan la, Alip! Aku rasa perut aku macam meragam,” Alasan! Jane dah tergelak-gelak. Ye lah! Rin sengaja lah tu sebab tengok harga makanan semuanya mahal-mahal. Mana tidaknya! Harga chicken chop lebih kurang RM11. Itu yang paling murah! Air pulak, mana ada jual air the ais ke apa! Air fresh orange or air buah-buahan starting price dia RM5 dan ke atas! Tak ke naya Rin?
            “Tak payahlah! Kalau sakit perut pun lepas ni je! Anyway, kau makan apa-apa je kan? Aku beli spaghetti eh? Kau makan spaghetti kan? Ni sebab nak balas jasa kau teman aku pergi jumpa Sir bincang pasal hal tu. Ye lah! Benda tu kan kerja aku, tapi jadi kerja kau pulak,” Aliff dah memesan makanan untuknya dan untuk Rin juga. Rin dah terdiam sahaja. Mamat ni sungguh-sungguhla. Yang si Jane ni mana pulak? Amboi, amboi! Rileks je minah tu beli dah makanan tadi and dah duduk dah dekat meja kerusi yang ada.
            “Thanks! Aku janji next time aku belanja kau pulak,” rasa bersalah! Sambil ambik makanan yang dah dihulur oleh orang jual tu.
            “Okay, next time! Tapi kalau kau tolong aku buat kerja kelab, tu lagi bagus! Aku tak perlu apa-apa lagi dah!” ceh! Mengayat supe mamat boye kelas satu setengah dah! Rin tersengih sorang.
            “Sungguh lawak ayat kau! Dah lah! Tak payah nak dramatic sangat! Kau tahu aku akan selalu kena tolong kau. Aku kan penasihat agung,” drama, drama, drama! Jane memanglah! Ada ke patut dia suruh kawan-kawan kelas yang lain duduk makan sekali dengan dia sebab dia tak nak makan sekali dengan aku! Dia kata tak nak kacau mood romantic dengan si Alip!
            Dari jauh, Tengku Iskandar dengan gengnya sedang berjalan untuk ke tempat biasa mereka. Mana lagi kalau tidak bilik khas yang disediakan untuk mereka ketika rehat. Di bilik khas itu, mereka akan dilayan untuk mendapatkan apa yang mereka mahu. Di bilik itu, mereka biasanya dapat makan apa sahaja yang mereka minta. Bahkan untuk study pun segala buku pelajaran ada untuk mereka baca. Untuk memanggil bilik itu sebagai bilik pun tidak layak sepatutnya. Bilik itu ibarat sebuah rumah yang lengkap dengan segala kemudahan. Hanya mereka berlima sahaja yang layak untuk masuk ke dalam bilik tersebut. Sebenarnya kerana yang berempat lagi adalah sahabat baik kepada Tengku Iskandar barulah mereka ada kelayakan untuk masuk ke bilik tersebut. Ayah Tengku Iskandar yang membina bilik itu dan perjanjiannya dengan pihak sekolah untuk membina bilik itu di sekolah dan layanan istimewa hanya untuk anaknya sahaja.
            “Is, look at there! The so-called mysterious girl tu tengah makan dengan buah hati dia kot, yang mamat kelas 5A tu. Seronok sakan nampak,” Nina tak lepas pandang. Iskandar mula berpaling dan melihat mereka berdua. Dia geram melihat mereka berdua bergelak-ketawa bersama.
            “Hari ni aku rasa nak makan dekat sana lah! Jom ikut aku,”
            “Eh, Is! Takkan kau nak makan kat sana pulak? Tak pernah-pernah kau makan kat sana,”
            “Hari ni, aku nak rasa makan kat sana. Korang rasa untung ke jadi budak sekolah ni tapi tak pernah jejak kaki pun peri dekat kantin tu,”
            “It’s not canteen la, Is! It’s Ruang Menjamu Selera,” Aiman menambah.
            “Whatever. I’m going,” laju sahaja langkahnya menghadap ke Ruang Menjamu Selera. Sampai-sampai sahaja terus dia berdiri di sebelah Rind an Aliff.
            “Hai, korang berbincang pasal hal kelab ke? Bolehlah kami join sekali memandangkan kami pun ahli kelab debat,” sesuki hati je dia bercakap! Yang lain dumbfounded, sungguh! Apa kena dengan kawan mereka yang seorang ni? Pelajar-pelajar yang lain sudah memandang pelik kepada Tengku Iskandar. Tak pernah-pernah mamat ni datang melawat Ruang Menjamu Selera mereka! Pelik bin Ajaib!
            “Ha! Ha! Kami dah selesai berbincang pun pasal hal kelab. Sekarang ni kami berbincang pasal hal kami berdua yang kami rasa orang luar tak patut tahu,” selamba Rin bercakap. Yang Aliff dah terdiam. Dia malas hendak mencari masalah dengan Tengku Iskandar. Bukan apa! Budak Tengku Iskandar tu lain macam sikit! Eloklah  dia berdiam diri sahaja.
            “Hey, kau kenapa asyik nak mencari masalah dengan aku huh? Kau ingat kau tu besar sangat ke mandat, huh?”
            “Hurm, memang besar pun. Dari segi humanistik, mandate aku lagi besar dari kau. Kerja kau tahu nak membuli orang je kan?” semua pasang mata dekat ruang tu dah memandang drama sebabak tu.
            “Hey, kau jangan nak berlagak sangatlah! Kau ingat dengan kau buat macam ni, aku akan bagi perhatian pada kau ke?” whoa! Mamat tak siap ni memang perasan habislah segala-galanya yang aku buat sebab nak tarik perhatian dia! Salah besarlah!
            “Nope! Aku tak kisah walau sekecik kutu pun lah dekat kau. Aku lagi aman kalau kau tak kacau aku,” terus lengan Rin ditarik kasar. Habis tercampak sudu yang tadi ada dekat tangan Rin. Jane yang dekat meja belakang dah gerun habis. Apa nak jadi pada kawan aku ni? Aliff yang di depan Rin dah rasa semacam. Nak tolong Rin ke nak buat tak tahu je nak elak masalah dengan mamat depan dia tu? Dia sendiri pun keliru.
            “Kau jangan ingat aku akan buat tak kisah pun dengan apa yang kau buat sekarang ni. Kau jagalah! Suatu saat nanti, kau akan rasa menyesal sebab buat macam ni!” mamat tu mengugut! Rin sengih sebelah. Aku tak takutlah!
            “Fine, I’ll wait for that day to come along,” selamba! Lengannya ditarik balik dari terus direntap oleh Tengku Iskandar tapi tak dilepaskan juga. Muka Rin dah macam nak naik hantu! Budak ni kenapa? Tiba-tiba ada tangan yang merentap tangan Tengku Iskandar, nampak perlahan tapi cukup untuk membuatkan tangan yang merentap tangan Rin lemah untuk terus menggenggam lengan Rin. Tangan Aliff! Rin sendiri pun agak terkejut.
            “Sudahlah tu, bro! Aku akan pastikan budak ni tak kacau kau lagi. Sekarang, kau balik ke tempat kau dengan tenang,” lembut je Aliff menutur bicara. Tapi cukup untuk membuatkan Tengku Iskandar terdiam. Selepas mendengus perlahan, mamat tak siap dengan kawan-kawannya berlalu dari situ. Rin memandang Aliff dengan wajah terpinga-pinga.
            “Fuyoo! Ayat berbisalah! Terkaku terus mamat tu!” ujar Rin sambil mengusap-usap perlahan tangan yang direntap mamat tadi.
            “Sakit ke? Tu lah! Apa pasal lah nak cari masalah dengan mamat tu? Dia tu bukannya betul sangat tu!” Aliff seolah-olah membebel pada Rin. Rin dah memuncung. Sejak bilalah mamat depan aku ni pandai membebel.
            “Dah, makan sampai habis. Penat aku belanja tau!” Rin buat muka comel, jelir lidah dia keluar. Lepas tu, dua-dua ketawa, lawak dengan diri masing-masing. Tapi tangan Rin masih lagi sakit. Apa kenalah dengan mamat tu, nak rentap-rentap tangan orang? Ingat dia tu apa? Giant? Piiirah nah!
                        ***
            “Baik, sekarang aku nak bahagikan tugas untuk kutip duit untuk dana kelab kita. First, aku cadang nak buat competition untuk debat peringkat sekolah. Siapa yang nak masuk kena bayar fee RM10. Okay tak? Kita akan bagi sijil untuk mereka yang join pertandingan ni. Kedua, kita nak cari bakat baru untuk join kelab kita sebab ahli kelab kita sikit sangat. Dengan cara ni, kita tahulah siapa yang berminat nak join debate ke tak. At least, kalau dah ada minat untuk debat tu, tu dah cukup untuk tahu diorang layak ke tak masuk kelab kita ni. Macam mana?” suara Rin sehabis boleh dilembutkan untuk bercakap dengan mereka berlima. Semalam Aliff ada menelefonnya untuk memberitahu berita yang Sir dah luluskan usul mereka sebelum suruh dia untuk sehabis baik jauhkan diri daripada mereka berlima tu.
            “So, itu aje idea yang kau cuba nak rahsiakan beriya-iya daripada aku dulu tu? Bukannya besar mana pun,” si mamat tu cuba menyakitkan hati Rin.
            “Aku rasa okey je. Lagi, ada apa-apa lagi ke?” si Aiman cuba menjernihkan suasana, lebih untuk mengelakkan Is daripada berhentam mulut dengan Rin sebenarnya.
            “Erm, terima kasih Aiman. Lagi satu, kita kena jugak buat kutipan yuran ahli daripada ahli kelab kita seorang RM25. Boleh?”
            “Kenapa sikit sangat? Cukup ke nak cover yang kita nak lost buat duit hadiah untuk pertandingan tu nanti?” Nina pula menunjukkan minat. Yang sebenarnya dia okey aje dengan Rin tu. Cuma masalah Rin dengan Iskandar je lah!
            “Yang tu kau jangan risau sebab duit untuk sijil, Sir cakap sekolah boleh back up. Sir cakap lagi duit untuk hadiah tu sekolah boleh back up RM500. Aku rasa okay dah tu,”
            “Oh, baik hati pulak sekolah nak tolong back up. Selalu kalau event macam-macam ni sekolah malas nak layan,” Danny pulak menyampuk.
            “Sebenarnya, bukan sekolah malas nak leyan. Sir ada cakap dengan aku yang pelajar susah nak berurusan dengan pihak sekolah dalam apa-apa hal. Sebab tu lah mereka tak dapat nak bagi support apa, bukan sebab malas nak layan. Yang event yang students selalu buat pun biasanya party kan? End of year party, ada eh? Apa benda tu?”
            “End of year party lah! Takkan kau tak tahu kot? Kawan kau tak ada bagitahu kau ke?” Henry pulak yang bertanya. Semua tak perasan yang Iskandar sedang tidak diendahkan. Iskandar berdehem seketika, cuba menarik perhatian yang lain, tapi tetap tak dilayan. Mereka tak perasan sebenarnya.
            “Lah! Sounds good je. Tapi tak ada orang pun cerita pada aku pasal party tu, tak tahulah pulak ada. So, untuk party tu, siapa yang back up financial?”
            “Yang tu, family Is yang support. Semua sekali! Every year pun macam tu!” Nina yang membalas pula. Eh, lupa pulak kawan aku sorang-sorang tak ada teman nak berbual!
            “Kan, Is kan? Hee! So, ginilah Rin! Kami rasa kalau nak berbincang pasal financial sekarang ni sahaja, tak cukup masa. Apa kata kalau next time, kami ajak kau datang berbincang dengan kami tiap-tiap waktu rehat dekat bilik khas kami, itupun kalau Is bagi…” Nina tersenyum lebar sambil memandang Iskandar. yang lain pun tersenyum sahaja.
            “Aku okey aje,”
            “Yes!! So, esok kau ikut kitorang time rehat. Nanti kami datang kelas kau. Kelas 4A kan? Tapi kau janganlah pulak bawak orang lain sekali ikut kau. Takut bilik tu nanti jadi rumah masyarakat pulak,” Danny yang beriya-iya. Dia okey aje kalau Rin ikut mereka ke bilik khas itu. Lagipun, jarang dia nak bertemankan dengan orang yang berwajah kiut-miut seperti Rin itu. Kalau Rin senyum, seakan-akan seluruh dunia ikut tersenyum. Wah, hyperbole sungguh! Rin pulak dah senyum terpaksa. Sesuki suki je budak-budak ni bagi arahan kat dia!
                        ***
            “Bukan tu masalah kat sini aku rasa. Kalau kita kutip RM50 sorang, kau tak rasa melampau ke? Let say kalau koranglah, benda tu hal kecik je sebab family korang berada lah, tak kisah pasal duit. Kalau budak-budak yang anak cikgu ke, kau rasa dorang mampu ke? Aku lagilah, anak tukang jahit je, lagilah tak mampu,” mungkin sebab nada Rin kelihatan lawak, jadi keempat-empat budak tu ketawa. Yang si Iskandar tu, dia tak layan langsung. Dia buat bodoh je dengan everything. Rin pun dah malas nak layan dia.
            “Kau ni lawaklah, Rin! Budak-budak yang masuk kat sini mana ada anak cikgu? Budak-budak scholarship memang ada masuk sini tapi semua sama macam kita orang je lah. Kau ni nak main-main pulak,” Danny ketawa lagi. Aiman ketawa sekejap, berpaling pada Iskandar sekejap yang konon-kononnya baca magazine apa entah, kemudian ketawa semula. Dia tahu tumpuan Is bukan pada majalah tu, tapi pada tetamu yang julung-julung kali datang melawat bilik agung mereka ni.
            “Aku serius la ni! Kita bukannya nak bajet besar mana pun. Dana yang kita kumpul ni nak buat kita pergi trip dekat Taman Negara nanti je kan? Dengan sikit kos yang nak tampung buatnya kita nak compete dekat luar dari sekolah. Tak banyak sangatlah kita nak kumpul! Aku rasa paling okay pun RM30 setiap orang lah! Okay tak?” serius nada Rin. Semua yang lain mengangguk-angguk. Iskandar tutup majalah dan berpaling pada Rin.
            “Kau rasa bajet yang kita nak guna buat pergi trip dekat Taman Negara nanti berapa?” tanya Iskandar pula, serius. Rin dah berpaling pada mamat tu juga! Lah! Maujud budak ni rupannya!
            “Aku agak dalam RM1000 gitu la. Cukup kan? Kita pergi seminggu je pun,”
            “Sekejap. Seribu? Aku tak rasa cukup sebab barang-barang camping kita nak kena beli jugak kan?”
            “Tak, barang tu aku dah bincang dengan Cikgu Aman. Dia boleh pinjamkan sekolah punya.”
            “Kalau makanan semua untuk seminggu kau bajet berapa? Kita nak makan apa je nanti?” tanya Is lagi, serius. Yang lain pun pelik kenapa dia focus sangat pasal trip tu.
            “Erm, aku agak dalam RM700 kot. Sebab kita nak buat barbeque nanti kan dekat sana?  Yang hari last tu, yang lain-lain makanan biasa je la. Yalah! Dalam camp, kau nak expect makan apa? Ikan gelama masak 3 rasa?” yang nyata, mamat tu gelak.
            “Banyak sangatla RM700 tu. Kita ada lebih kurang 25 orang je kan? Satu hari habis seratus? Ke okay erk? Korang rasa macam mana?” Yang lain terpinga-pinga. Tak sangka Iskandar akan bertanya kepada mereka. Sangka mereka, perbincangan itu hanya untuk Iskandar dan Rin sahaja.
            “Kami rasa okay dah RM700 tu. Yang lagi 3 ratus nak buat apa? Entry masuk berapa nak kena bayar? Lagi satu, kita ada orang nak iring tak ni?”
            “Haah, entry masuk lepas diskaun sebab uncle Aliff kerja dekat bahagian perhutanan tu. So, dapatlah murah. And kita tak ada orang nak iring. Lagi satu, sebelum event tu, kita nak kena tubuh AJK untuk event tu, senang kerja nanti.” Rin memberi cadangan. Dalam masa itu, seorang mak cik masuk membawa makanan. Bau ikan bakar dah mencucuk hidung. Kuat! Sedapnya! Bestlah, jadi anak orang kaya.
            “Yeay, makanan dah sampai. Skip bincang tu, bincang esok lusa. Sekarang ni kita makan.” Danny yang dah bau makanan masuk sebaik sahaja mak cik itu masuk membawa makanan.
            “Kenapa lambat hari ni? Mak cik lewat 5 minit tau,” tegur Iskandar, agak tegas. Rind ah mendengus. Masalah lah budak ni!
            “Rin, makan dulu jom,” Nina dah mengajak Rin ke meja makan mereka. Serius bilik ini lengkap sedia ada.
            “Tak apa, mak cik! Saya tolong,” Rin cuba mengambil jag air dari tangan mak cik tadi dan mengisinya dalam setiap gelas kosong. Mak cik itu cuba menghalang, tapi Rin lagi berkeras. Sengaja sebenarnya Rin hendak membantu mak cik itu. Meskipun dia berkerja untuk mereka, mak cik itu adalah seorang manusia yang perlu dihormati sebagai orang tua. Iskandar hanya mendengus. Yang lain hanya berdiam diri. Dua-dua mereka tu keras kepala! Rin dah Is!
                        ***
            “Oh, kau dah lupa aku ya lepas berkawan dengan budak-budak berlima tu. Macam mana duduk dalam group dorang? Rasa hot stuff tak?” Aliff bertanya dengan nada sarkastik. Rin tahu Aliff berjauh hati walaupun hanya dengan dengar suara Aliff sahaja.
            “Bukannya aku berkawan dengan diorang, okey! Aku berbincang dengan dorang pasal bajet kitorang nak kumpul nanti. Kau ingat aku senang-lenang je ke masuk bilik dorang tu, rilek-rilek, lepas tu makan?” okey! Yang part makan tu betul! And makanan yang dihidang di bilik itu memanglah first class tapi bukan aku yang minta. Aku dijemput! Ulangan! Aku dijemput! Penat dah tau aku menolak tapi sebab aku dipujuk juga untuk makan, jadi aku pun makan (Tipu, sebab perut berkeroncong lepas bau ikan bakar, jadi aku tak segan-silu makan lepas dijemput semua orang di situ).
            “Okeylah! Aku caya dekat kau! Anyway, Rin, esok hari Sabtu kan? And kita tak ada apa-apa event berkenaan sekolah kan? Kalau aku nak ajak kau pergi Times Square, kau nak ikut tak? Aku dah lama tak gi dekat theme park dia. Jom pergi, aku bayar entry masuk,” Rin terdiam sekejap. Theme park TS? Masa kecik-kecik dulu, puas dia menangis minta mak bawa dia masuk dalam theme park tu tapi tak dilayan pun sebab tiket dia mahal sangat!
            “Erm, mahal lah tiket dia. Tak naklah! Aku tak nak nyusahkan kau. Kalau kita pergi dekat wayang ke, okey je. Murah sikit! And aku boleh tanggung diri sendiri pun,” Rin membalas. Aliff dah tergelak di hujung talian.
            “So, kau boleh pergi lah kan? Okey, nanti aku jemput kau esok,” dumbfounded jap! Oh ya! Secara indirect, aku setuju nak pergi dengan dia lah ni! Uhuk! Uhuk!
            “Hurm, aku okey je, tapi aku ajak Jane sekali lah. Kesian dia bosan sorang-sorang dekat rumah. Okey kan bawak Jane?”
            “Okey je, tapi Jane tak berat sangat kan? Takut tak muat kereta aku nanti,”
            “Jahat! Aku cakap dekat Jane,” Rind ah tergelak. Saja je mamat ni!
            “Okeylah, Aliff! Dah malam sangat ni, aku dah mengantuk. Nanti esok begitahu la aku dulu nak pergi pukul berapa. Takut aku tak siap-siap lagi, huhihu. Okay, goodnight!”
            “OK! Nanti aku telefon kalau aku nak gerak dari rumah aku. Goodnight! Sleep tight, my dear,”
            “No sweet,” talian diputuskan! Rin senyum. Ada je budak ni nak mengayat! Eh, esok nak pakai baju apa eh? Hurm, jeans dengan t-shirt lengan labuh kaler putih tu. Lepas tu pakai shawl kaler cokelat! Okeylah tu!
                        ***
            “Aku sakitlah, Rin. Aku tak dapat pergi kot. Kirim salam je lah dekat pakwe kau,” amboi! Mulut minah ni sedap halwa je! Tapi itulah yang Jane cakap semalam. Bila Rin singgah rumah dia pun, dia tengah baring atas katil dia sambil berselimut tebal.
            “Sampai hati kau tak nak ikut aku, Jane. Aku baru nak have fun dengan kau,” Rin mencebik.
            “Tak ada apalah, Rin! Aku yakin kau lagi akan have fun bila kau dengan Aliff je. Kalau aku ada, kau lagi susah nak have fun. Percayalah! Lagi pun, aku nak bagi peluang dekat mamat tu nak dekat-dekat dengan kau, aku dengar ramai dah give up dengan dia sebab aku dengar ramai confess dekat dia tapi kena reject. Lepas tu dia cakap dalam hati dia dah ada seseorang. Aku rasa kau kot orang tu,” Jane dah tersengih kambing.
            “Hehehe! No thanks kalau niat kau nak buat aku perasan. Aku tak makan rasuah! Lagipun, berapa banyaklah minah yang ada dekat dunia ni, kenapa kau rasa Aliff nak dekat aku? Macam tak masuk akal tahu tak? Yang dia ajak aku pergi ni sebab dia nak hilangkan rasa bosan dia je. Sebab tu aku setuju. Sebab aku kesian dekat dia. Tu aje! Jomlah, Jane! Ikutlah!”
            “Tak nak! Aku nak tidur. Lagipun, mak ayah aku dah nak balik dari Singapore petang ni, tu yang aku nak tunggu dorang ni. I’m so missing them!” Jane buat alasan! Padahal mak ayah dia pergi 3 hari 2 malam je ke Singapore tu. Dalam masa tu, telefon di tangan Rin dah berbunyi ringtone The One That Got Away dah.
            “Hello, Aliff! Ha, aku kat rumah Jane dah, tapi dia tak nak pergi ni. Dia ngada-ngada tak nak pergi sebab dia nak tengok cerita kartun dekat TV. Haah! Memang dia gedik! Ye lah, kau masuk simpang kanan, lepas tu rumah paling hujung, tu rumah Jane. Nanti ambik aku dari situ je lah! Okey!” telefon dimatikan! Dia mencebik lagi! Pandang Jane dengan muka merayu, buat kali terakhir. Sempat lagi kalau Jane nak mandi dan bersiap sekarang. Tapi Jane terus tarik selimut tutup muka, malas nak layan Rin. Terus sahaja Rin letak kepala dia atas badan Jane dan dia guling-guling di situ. Geram dengan Jane! Jane gelak-gelak sebab geli! Tak putus asalah kawan aku yang sorang ni!
            Sampai-sampai sahaja ke rumah Jane, Aliff keluar daripada kereta. Jane ditarik keluar dengan tak mandinya oleh Rin untuk menyapa Aliff.
            “Tengok budak pemalas ni! Mandi pun dia tak lagi tau,” Rin mengomel. Aliff hanya tersenyum kecil. Dia jarang bercakap dengan Jane tapi dia tahu Jane kawan yang paling rapat Rin ada.
            “Okeylah, Jane! Kami gerak dulu ya,” Aliff bersopan-santun dengan Jane. Itu membuatkan Rin tergelak kelakar. Ya juga! Mereka berdua ni bukannya selalu berbual bersama. Kelakar, kelakar!
            “Okey, Jane! Bye! By the way, lelaki ni nama dia Aliff, sori tak kenalkan awal-awal. Nanti kawan lah eh,” Rin saja nak mengenakan mereka berdua. Kemudian dia tergelak kuat lagi! Sengaja!
                        ***
            Aliff tersenyum balik. Dia baru lepas telefon Rin tadi. Mereka berbual balik pasal Rin yang adventure sungguh. Sebab Aliff dah belikan juga tiket masuk ke theme park tu, nak tak nak Rin kena masuk juga dalam tu. Dan benda pertama yang mereka rasa adalah Dizzy Izzy. Memang pening tapi budak Rin tu tak tahu takut sungguh. Boleh dia jerit kuat-kuat “Wahhh!” sebab biasanyanya orang akan jerit “Arghhh!”. Lepas berehat 5 minit, dorang berdua masuk ke Space Attack pula. Bersungguh-sungguh Rin angkat dua-dua belah tangan dia dan jerit seronok. Aliff sendiri tak mampu nak buka lepas tangan ke atas sebab takut jatuh. Tapi Rin… sungguhlah! Lepas tu, setiap satu demi satu mereka rasa dan Rin tak pernah serik! Dia sangat suka!
            Aliff baru nak lelap mata. Tiba-tiba ibunya masuk ke biliknya dengan kot putihnya. Baru baliklah tu! Aliff dapat bau ubat dan hospital.
            “Hey, Abang dah tidur ke?” ibunya bertanya mesra. Aliff bangun daripada pembaringannya.
            “Belum lagi! Mama dah makan?”
            “Dah, mama makan dari hospital je tadi sebab patient banyak sangat. Nasib baik malam ni Doktor Lin nak tolong ganti shift mama. Anyway, ma dengar dari Is, Abang ada bergaduh dengan dia ke?” eh, bila masa? Oh, yang pasal dia kacau Rin masa kami tengah makan lah tu! Mengada-ngada lah cousin dia ni! Tapi bukannya dia kacau sangat pun mereka tu! Dia tak ada niat langsung nak kacau mereka berlima tu, lagi-lagi Tengku Iskandar sebab susah nak jawab dengan ibu dia mahupun makcik dia sendiri.
            “Is lah, dia kacau kawan Abang masa kami tengah makan.”
            “Kawan yang mana ni?”
            “Erm, adalah,”
            “Aik, dah pandai rahsia sekarang ni. Adik tahu tak? Cakaplah dengan mama,”
            “Hehe! Adik kan jarang balik dari asrama. So, Abang je lah simpan sorang. Alah! Kawan yang Abang cerita dengan mama hari tu lah! Yang dia suka cari gaduh dengan Is,”
            “Abang ada perasaan apa-apa ke dengan dia? Sejak bila pandai nak berkawan dengan orang perempuan ni? Biasa Abang kata perempuan ni gedik je banyak,”
            “Dia tu lainlah, ma! Dia tak pernah consider or kisah pun Abang ni anak siapa ke, dia berkawan dengan Abang sebab Abang. Ni dia tak tahu lagi Abang sepupu dengan Is. Kalau dia tahu, mesti dia tak percaya,”
            “Apa-apalah, Abang! Yang penting, jangan letak banyak sangat harapan dekat budak tu. Buakan mama tak nak sokong, tapi mama tak nak Abang menyesal nanti kalau tak dapat budak tu. Bukan mama tak tahu Abang selalu on call dengan budak tu. Sebelum ni baik-baik je tak pernah habis kredit, sekarang ni dah melambung dah bil telefon Abang. Haha! Papa yang beritahu mama minggu lepas. Papa nak tanya Abang sendiri tapi tak sempat nak tanya. Papa tanya sama ada Abang dah ada girlfriend ke tak. Kelakarlah papa tanya mama hari tu! Riak muka papa sungguh kelakar, dan pelik.” Mama memang suka bercerita!
            “Tak adalah, Abang kawan je dulu dengan dia. Tapi ma, peliklah sebab Is macam nak berkawan dengan budak ni. Bayangkanlah ma! Sebelum ni, mana ada dia nak bercakap dengan orang lain kecuali kawan-kawan dia, sanggup tau dia turun kantin sebab nak bercakap dengan Rin. Abang bukan apa! Abang takut dia pun macam Abang, ada perasaan dekat Rin. Tapi Rin tu naïve sikit! Dia bukan paham benda-benda pasal perasaan ni. Pasal Abang pun, dia tak dapat tangkap lagi yang Abang suka dekat dia,” bersungguh-sungguh Aliff bercerita.
            “Hurm, macam special je budak nama Rin ni! Ginilah! Nanti hujung minggu ni bawaklah dia datang rumah. Mama off-day minggu ni sepanjang hari. Papa pun ada. Adik pun balik dari asrama kan minggu ni. Bawaklah dia, sekadar nak berkenalan je. Nanti kalau dah baik, bolehlah bawak dia bila-bila dekat sini,” mama memberi cadangan gila. Macam nak perkenal bakal menantu pulak! Malu Rin nanti. Tapi kisah apa! Aku nak jugak bawak Rin datang jumpa family aku. Sebab nak dia kenal aku seluruhnya!
            “Erm, nanti Abang tanya dia! Tapi Abang tak rasa dia nak pergi kalau Abang cakap nak bawak jumpa mama dengan pap. Nanti malulah pulak dia tu,”
            “Tak apa, cara macam mana, buat je. Yang penting dia sampai rumah kita nanti.” Bila seorang mak mengajar yang tak baik pada anaknya! Dan anaknya hanya ikut je!
                        ***
            Hari ni Jane tak dapat pergi sekolah. Jane demam! Jadi, Jane hantar driver dia hantar Rin sampai ke sekolah. Puas Rin menolak sebab ayah boleh aja hantar dia ke sekolah, tapi Jane lagi berkeras. Akhirnya, Rin mengalah je. Tapi dia tak beri driver tu masuk sampai kawasan sekolah. Dia suruh Uncle Bob berhenti je depan pintu pagar sekolah sebab dia nak berjalan je masuk. Lepas dah bagi usul-usul, Uncle Bob malas nak berlawan mulut dengan Rin. Bukan dia tak kenal budak Rin ni! Suka betul nak dengan kepala dia sendiri. Tapi Rin masih lagi sopan dengan semua orang. Itu dia pasti!
            Rin berjalan masuk dalam kawasan sekolah dengan berjalan kaki je. Jarang dia ada peluang nak berjalan dari sini sampai ke kelas. Selalu kan dia naik kereta dengan Jane! Tengah-tengah berjalan, tali kasutnya tercabut. Rin pun duduk sekejap untuk membetulkan tali kasutnya. Tiba-tiba ada hon kereta berbunyi dari belakang, padahal dia dah pasti tadi dia memang agak jauh dari jalan untuk kereta lalu. Ni apa kena entah! Lalu Rin berpaling. Kereta mak aih! Macam anak Raja dah! Tingkap kereta turun! Mak aih! Tingkap tinted bagai! Oh, mamat tak siap tu!
            “Kau buat apa kat sini?” tanya serius.
            “Aku…,” tengok sekeliling sekejap sebelum pandang ke Tengku Iskandar semula.
            “…tengah berkebun.” Dah nampak trang tang tang nak gi kelas, asal tah nak tanya!
            “Oh, tengah berkebun. Aku ingat nak tanam padi,” sarcastic juga!
            “Niat memang nak tanam padi tapi nak buat macam mana. Kerbau aku hari ni tak ada, dia pergi sekolah naik kereta,” selamba!
            “Kau ni kan, asyik nak bergaduh dengan aku je kan? Aku baru nak berbaik dengan kau. Tapi memandangkan kau berlagak macam ni, teruskanlah berjalan.”
            “Memang aku nak terus jalan pun. Kau ingat aku ada masa ke nak layan kau?”
            “Ish, kau ni!” terus Rin teruskan perjalananannya ke hadapan, berpaling daripada Iskandar.
            “Tengku, kereta belakang dah hon dah ni,” driver Iskandar pelik dengan mood Tengku Iskandar hari ni. Kereta di belakang hon lagi kuat!
            “Terus lah jalan, buat apa lagi!?”
            Rin puas hati! Malas nak melayan mamat tak siap tu! Dia ingat dia tu hebat sangat lah tu sebab jadi orang paling kaya dalam sekolah dan semua orang nak menjaga hati dia aje! Tolong sikit ya kalau nak guna taktik dengan aku! Tak berkesan!
                        ***
            Rehat itu, Aliff datang hendak mengajak Rin makan sekali tapi Rin tiada di kelas. Dia bertanya kepada salah seorang budak kelas itu memandangkan Jane pun tak ada sekali dalam kelas. Baru ingat nak mengajak mereka berdua makan sekali.
            “Rin pergi dengan Tengku Iskandar tadi. Mereka datang tunggu sampai kami habis belajar sebab nak ajak Rin pergi dengan dorang. Jane tak datang sekolah hari ni,”
            “Ye ke? Hurm,” serius Aliff rasa sedikit pasrah.
            “Tapi kami ada kalau Rin tak ada. Kami boleh teman Abang makan sekali,” 2,3 orang datang mengelilingi Aliff. Aliff sengih terpaksa.
            “Tak apalah! Aku tak jadi makan hari ni, aku ingat nak pergi library je hari ni,”
            “Kami boleh teman!” bersungguh!
            “Tak apalah! Aku nak cepat ni. Bye,” terus Aliff berlalu pergi dengan cepatnya, sengaja nak lari daripada budak-budak tu. Rin pergi dengan dorang? Sanggup Rin tak beritahu dia?
            Sementara Rin yang di bilik bersama-sama mereka sebenarnya dipaksa untuk turut bersama mereka. Nina dah menarik tangannya untuk ikut mereka ke bilik khas itu.
            “Hari ni kita ada nak bincang apa-apa ke? Aku rasa kita dah habis bincang pasal dana tu hati tu.” Rin dikerah duduk di salah sebuah sofa di situ.
            “Tak adalah! Kami nak ajak kau lepak dengan kitorang je hari ni. Anyway, kita tak pernah kenal dengan baik-baik kan? Hari ni kami nak buat sesi kenal-kenal dengan kau je,” Nina senyum. Dia memang cantik, dan senyuman dia lebih menyerikan wajah bujur sirihnya. Rin sedar itu!
            “Hurm, pelik ni! Ni ada apa-apa agenda ke ni? Okey! Nama aku Rin, Airin, and jangan risau. Aku tak layak pun duduk lepak dengan korang sebenarnya,”
            “Kenapa?” Danny bertanya, sangat ingin tahu.
            “Sebab walaupun aku bukan budak scholarship, aku akan dapatkan scholarship tahun depan sebab aku dah tak sempat nak mintak scholarship tahun ni. And, aku tak kaya macam korang pun. Mak ayah aku orang biasa je. Aku boleh kata family aku as ordinary rather than miskin walaupun memang obviously aku tak akan mampu nak lawan family korang,” jujur Rin.
            “Family kau kerja apa? Kau anak siapa sebenarnya? Anak raja eh? Kau nak kelentong kita orang kan?” Aiman pula bertanya.
            “Tak! Haha! Lawaklah! Aku anak raja? Luar dek kamus alam! Aku anak orang biasa je, ayah aku cikgu dan mak aku tailor, tu je,”
            “BOHONG! Kalau tak, takkanlah kau berani nak lawan cakap dengan aku?” Tengku Iskandar tiba-tiba bersuara. Agak mengejutkan yang lain jugalah dengan suara lantangnya.
            “Betul, Tengku Iskandar! Aku ni anak orang biasa je, aku datang sini pun sebab mak ayah Jane yang offer aku belajar sekali dengan anak dorang. Semua ayah dia tanggung pasal aku belajar dekat sini. Lagipun, prestasi gred aku baik, sebab tu Chairman sekolah ni terima aku belajar dekat sini. Dorang nak offer scholarship tapi nak tengok dulu gred aku tahun ni.”
            “Oh, ye ke? Wah, macam best je bunyi. Betul ke mak kau tailor ayah kau cikgu? Wah, kami tak pernah berkawan dengan anak tailor. Best tak? Mak kau jahit apa je?” henry tanya, berminat.
            “Korang tak terkejut ke? Sepatutnya, korang kena halau aku keluar dari bilik ni sekarang. Tu yang korang kena buat,” Rin pula yang minta dihalau keluar!
            “Buat apa kami nak halau kau keluar?”
            “Bukan ke tu apa yang kau buat dekat Jane? Korang halau dia keluar sebab dia tak sama standard dengan korang kan?” Rin bertanya, pelik.
            “Salah! Kami bukan halau dia sebab dia tak sama standard dengan kami, tapi kami halau dia sebab dia tipu kami. Sebenarnya, kami tak kisah kawan dengan siapa-siapa pun, tapi sebab semua budak sekolah ni hanya nak kawan dengan kami sebab nak dapat nama saje, lebih baik kami kawan berlima je. Kami benci orang yang hipokrit macam tu! Tapi kau lain! Kau macam tak kisah pun setiap benda. Kau tahu, masa kau bergaduh dengan Is, kami betul-betul shocked! Kami ingat kau saja nak attract attention kami aje sebab kami ni popular. Tapi tak! Kau okey je, kami suka je orang macam kau,” Tengku Iskandar yang tengah membaca majalah tergamam seketika. Yang budak-budak ni puji Rin tu lebih-lebih kenapalah! Tapi bukan mereka je yang rasa begitu, dia pun rasa yang Rin tak hipokrit.
            “Yes, kau tahu tak, tak ada siapa pun yang berani nak lawan cakap dengan Is sebenarnya. Kau je yang first, sebab tu Is bengang gila. Kau tahu tak masa kelas debat yang kami datang first day hari tu, sepanjang hari dia tak nak makan sebab fikirkan kau,” Danny gelak! Rin berpaling pada Iskandar. Ye ke budak ni kisah? Maaflah sebab jadi orang pertama yang naikkan darah kau. Muka Is dah panas! Yang budak-budak ni bukak cerita ni pasal apa?
            “Dan, kau nak makan buku lima ke?” ugutnya perlahan.
            “Tapi jap, kenapa Jane kena halau tadi kau cakap? Dia tipu? Hurm, okaylah, Jane tu memang agak repulsive sikit tapi dia okay lah! Dia okay je berkawan dengan aku. Memang aku admit family dia kaya tapi dia tak berlagak sikit pun dengan aku. Lagipun, aku rasa dia lonely sikit, and dengan perangai dia tu, dia susah nak berkawan dengan orang lain. Aku rasa sebab tu dia cuba nak berkawan dengan korang kot. Apa-apa pun, maafkan je lah Jane, eh?”
            “Nope! Aku paling benci orang penipu! Kalau kau nak back up dia, sila keluar dari sini. Kalau kau nak terus berkawan dengan kami, kau boleh stay,” agak kuat suara Tengku Iskandar bercakap. Rin dah meledak kemarahannya!
            “Hey, yang kau nak marah aku kenapa? Aku ke yang tipu kau? Lagipun, Jane kawan aku dah lama dah la, aku kenal dia lebih daripada aku kenal sesiapa pun la kat sekolah ni,”
            “Termasuk Aliff?” suara tu macam nampak menduga. Tapi berbaur envy jugak!
            “Urgh! Aku tak pahamlah orang macam kau ni! Sorry lah korang semua, aku chow dulu eh. Anyway, it’s been so fun be friend with you FOUR,” sengaja ditekan perkataan four, sebab nak sakitkan hati Is lagi. Selepas itu, Rin keluar. Sempat lagi dia nampak makcik yang biasa tu datang sambil bawa masuk ayam panggang. Wah! Kenapa aku cari gaduh dengan mamat tu tadi! Kalau tak, boleh makan ayam panggang!
            “Tapi Rin, makanlah dulu,” Aiman cuba memujuk.
            “No, thanks!” selepas itu dia berlalu keluar sahaja daripada situ.
            “Is, kan aku dah cakap jangan gaduh dengan dia lagi. Kau nak tahu hati budi dia tapi kalau kau nak bergaduh je memanjang dengan dia, sampai bila kau nak nampak positive sides pada Rin tu. Aiyoo!” Aiman membebel pada Iskandar.
            “Yep, true much!” Nina menyokong.
            “Dahlah, jom makan,” Henry pula dah kelaparan.
                        ***
            Malam itu, seperti biasa Aliff menelefon Rin tepat pada jam biasa. Rin tersenyum memanjang bila tengok je si nama pemanggil.
            “Hello, selamat malam, Pejabat Perhutanan Negara. Ada apa-apa yang saya boleh bantu?” sengaja berlawak dengan mamat poyo tu! Aliff tergelak.
            “Ye, ye! Saya nak buat laporan. Semalam orangutan saya hilang. Saya nak tanya cik ada jumpa tak orangutan saya?” Aliff meneruskan permainan Rin.
            “Oh, ya! Orangutan encik, kami tak ada jumpa. Kalau baboon sesat, kami ada jumpa. Enciklah,”
            “Amboi, sesuka hati dia je erh cakap aku baboon erh. Kau macam mana sekarang? Sehari aku tak jumpa tadi. Apa jadi?”
            “Huh? Hee... tak adalah, uhuk uhuk, saya sebenarnya tengah bercuti sakit ni. Semalam saya pergi jumpa doctor, saya punya temperature naik 40ºC. lepas tu, doctor bagi MC dua hari. Lepas tu, bila saya balik, saya terus sihat walafiat. Hehe!” sengaja nak bergedik dengan mamat tu!
            “Eh,eh! Ciannye AWAK… kira esok tan nak datang sekolah jugak lah ni. Alah, bosanlah hari saya esok tak ada awak dekat sekolah,” Rind ah berjelir lidah. Sengal mamat ni!
            “Sudahlah, Lip! Kau datang sekolah sebab nak belajar, bukan sebab orang lain. Sengal! Sengal! Sengal! Esok aku datang sekolah,” Aliff tergelak di hujung talian.
            “Ye ke? Awak datang erh? So, kalau saya ajak rehat sekali, awak nak tak?” budak ni nak berawak-awak lagi dengan aku nampaknya!
            “Hurm, saya bukan tak nak, tapi saya mungkin bawak bekal je esok, mat. Saya budget fitting sikit semenjak dua menjak ni. Lagipun, saya malulah awak je yang asyik nak belanja saya makan tiap kali kita rehat sekali. Saya malu, uhuk uhuk, malu ni,” gedik punya aku, nak cakap macam ni dengan mana-mana lelaki memang tak lah! Nasib baik lelaki ni Aliff je!
            “Heee, nak bawak bekal ke? Wah, nampak macam seronok je. Tak pe! Esok aku bawak bekal sama, kita makan sekali dekat pondok bacaan yang depan makmal tu nak? Kat situ tak ramai orang kan? Haa, bolehlah! Kalau ramai orang, mesti semua nak merasa makanan kita kan?


Official MIENA IZUERA

No comments:

Post a Comment