Pages

Saturday, May 30, 2015

Blind

(Epilog)
 
    "Kat sini, abang tak boleh masuk pun dalam kawasan sekolah," yang si adik memberi amaran.
    "Tak boleh dekat pun dengan kami berdua." si kakak menambah.
    "Kami tak nak balik dengan kereta Ayahanda," tangan si adik dah bersilang.
    "Kalau tak, kami balik jalan kaki je," Abang Badsyah di kerusi driver dah tunjuk muka bosan.
    "Kat sini, kita orang lain tau dik. Jangan panggil akak Kak Engku lagi. Panggil akak Kak Belle. Akak panggil adik Is. Jangan sampai siapa-siapa pun tahu kita siapa." jari kelingking bertemu jari kelingking. Masing-masing tersenyum lebar. Sekolah Menengah Sri Aman di depan mata. Sekolah harian biasa! Jauh berbeza daripada sekolah-sekolah mereka terdahulu. Kaki mereka seiringan masuk melalui pintu pagar utama sekolah itu.

***
    "Nia! Nia! Tadi aku nampak ada budak baru dekat sekolah ni. Kakak dengan adik kot. Cantik siot kakak dia!" Beg sekolahnya diletakkan sebelah Nia. Nia terus dengan pembacaan Sejarah Tingkatan 4 nya. Sejarah bukan minatnya, tapi itu sahaja yang boleh hadam di minda pagi-pagi begini. Seolah-olahnya cerita Tok Nyang dulu lah subjek Sejarah ni kiranya.
     Nia sudah sampai ke sekolah pagi-pagi lagi. Memang kebiasaannya dia datang lebih awal daripada orang-orang lain kerana ayahnya perlu memandu jauh untuk ke tempat kerjanya. Jadi, masa yang terluang pagi-pagi itu digunakannya untuk mengulangkaji. Kadang-kadang dia melupakan segalanya dan melayang masuk ke alam lukisannya. Kesukaannya itu tidak dapat dipisahkan daripada dirinya. Air masak di atas meja diteguk. Pagi tadi dia terlupa untuk minum air masak di rumah.
   "Yang adik dia pulak jangan cakaplah. Hensem nak mampus! Aku rasa nak start crush baru lah hari ni! Hensem yang amat. Owhh...budak baru.." Muka Nadia dah sengih panjang sampai ke pipi. Botol air masak di tangan Nia dicapai. Dia teguk sebelum menyambung lagi.
  "Weh, kau dah siap kerja Add Math? Dia nak tengok sorang-sorang kan hari ni? First period pulak tuh. Semalam aku tidur lambat kot sebab nak siapkan kerja tu,"
Nia mula terkebil-kebil. Homework? Add Math?
   "OMG! Saya tertinggal dekat atas meja bilik. Pagi tadi saya kelam-kabut. Aiyoo!"
   "Kau ni memanglah! Aku dah wassap kau semalam pasal kerja ni. Tu pun malas nak buat jugak, tahulah dah pandai!" Minah ni membebel pulak...
   "Sayang! There's a big difference between tak siap dan tertinggal. But who's gonna believe it though. Aisey!" Kepala Nia dihantuk berkali-kali ke atas meja. Saat itu, ada muka baru yang tiba-tiba masuk ke kelas itu dan memandang tepat-tepat ke mereka berdua. Nia terkaku seketika! Nadia pula terkebil-kebil.
   "Ni kelas 4/1 kan? Ada tempat duduk kosong?" Muka pandang mereka berdua tak beriak.
   "Ada. Belakang kita orang ni kosong." Nadia cepat menjawab. Nia dah buat tak tahu sahaja. Nia memang begitu! Perangai sebenarnya disorok habis dengan kehadiran orang baru dan.....lelaki.
   Budak lelaki itu berjalan sampai ke belakang meja mereka dan dia meletakkan beg simpangnya di atas kerusi.
   "Anyway, keras betul kepala kau. Hentak-hentak macam tu pun tak meletup eh," Senyum segaris! Dia agak terkedu sebenarnya yang budak perempuan itu keras benar kepalanya. Nia sudah terlalu malu! Memalukan dirinya! Cepat-cepat sahaja dia menarik tangan Nadia untuk ke perhimpunan sebelum loceng perhimpunan berbunyi. Nadia pula seperti mahu tak mahu untuk ke perhimpunan. Sebabnya, budak baru itulah!
 
***
    "Saya dah pesan banyak kali dah suruh siapkan kerja rumah! Siapkan! Siapkan! Tetap juga nak bagi macam-macam alasan! Tertinggal dekat rumah lah, apalah! Awak ingat saya ni bodoh nak percaya bulat-bulat apa awak cakap?! Pandai ke, tak pandai ke, bila saya kata siapkan kerja rumah, siapkan lah! Sekarang ni saya rotan dulu awak berdua, lepas tu saya nak awak berdua berdiri kat tengah panas tu, go repent!" Nia dah memang bersedia dah! Dia tadah dua-dua tangan dia. Cikgu Add Math ni memang lah garang nya terkenal seluruh dunia. Satu sekolah dia memang dah tahu perihal dia. Tapi hari ni pula, berbanding hari-hari lain, dia terlupa soal buku Add Math nya yang dia sudah siapkan dua hari lepas lagi. Tapi disebabkan buku tu bertindih dengan buku Bahasa Melayu dia, dia terlupa nak bawa bukunya.
    Tiada satu pun yang berani bersuara di dalam kelas Cikgu Aida. Lantas, budak yang baru masuk kelas itu pun tak berani beritahu yang dia baru sahaja masuk ke kelas itu. Kebetulan pula Cikgu Aida memang tak pernah ingat siapa pelajarnya dek kerana kelas yang terlalu banyak dibawah jajahannya. Makanya, budak baru itu pun disebat sekali oleh cikgu garang itu.
    Selepas itu, budak berdua itu disuruh Cikgu Aida untuk berdiri tegak di padang perhimpunan dan bermuhasabah.
    "Apasal kau tak siapkan kerja sekolah kau?" tanya Iskandar.
    "Tertinggal, bukan tak siap. Asal tak bagitahu awak budak baru?" Awak? Biar betul budak ni? Tapi nada dia bukanlah gedik, cuma pelik je ber'awak' 'saya' di zaman serba canggih ni.
    "Dah cikgu tu menggila tadi, aku nak cakap apa? Lagi menaikkan darah dia adalah." Oh! Nia senyap. Iskandar pun. Kemudian mereka pandang bendera Malaysia di depan mata. Diam lagi.
    "Oh, btw nama kau sapa?"
    "Nia."
    "Iskandar," Diam lagi. Pelik bagi Nia untuk bercakap begini dengan lelaki yang baru dikenalinya. Pelik!

***
    "So, how was your first day? Bonda teruja nak tahu apa yang jadi. Ramah tak pelajar-pelajarnya? Dah jumpa ramai kawan tak?" Tengku Isabel tersenyum sumbing sebelum memandang sarkastik ke adiknya.
    "Bonda nak tahu tak? Hari ni ada orang tu kena jemur bawah panas sebab tak siap kerja rumah," Tengku Iskandar malu, maka babak cuba menutup mulut Kak Engkunya berlakulah.
    "Kerja rumah apa? Bukan baru hari pertama ke sekolah hari ni?" Muka Bonda sungguh memaparkan riak risau yang tinggi. Tengku Isabel mula berasa bersalah. Niat di hati hendak menyakat adiknya, tetapi lain pula halnya dengan bonda mereka.
     "Tak ada apalah bonda. Kak Engku bergurau je tadi. It went well, they welcomed us well. Kan, Kak Engku?" Tengku Isabel terangguk-angguk berkali-kali sebelum tersenyum.
     "Bonda nak tahu, hari ni saja Kak Engku dah kumpul banyak peminat. Cantik sangat Kak Engku ni, sebab ikut wajah Bonda lah tu."
     "Ops, sorry! Kak Engku tak ada duit kecil nak bagi Ku Is," Mereka bertiga terkekek-kekek ketawa. Padanlah mereka itu begitu, bonda mereka pun begitu juga. Masing-masing terlalu cepat ceria dalam apa situasi pun. Tapi seceria mereka begitu pun, kerisauan Bonda mereka masih bermaharajalela. Dia tidak risaukan anak gadisnya, kerana dia tahu anak gadisnya itu pandai membawa diri dan cepat matang dalam apa situasi. Tetapi anak terunanya itu terlalu tinggi egonya. Dia terlalu kerap bersendiri dan memilih jalan sendiri. Kadang-kadang dia boleh menjadi biasa, tetapi kebanyakan masanya, dia terlalu mudah berada di dunianya sendiri.

***
     Iskandar perasan mata-mata budak-budak lelaki di dalam kelasnya itu memandang dirinya. Bukan itu sahaja, perempuan-perempuan di dalam kelasnya juga kerap bercerita soal dirinya dan masing-masing bergelak ketawa membicarakan soal Iskandar. Iskandar tidak selesa begitu. Sampai ke hari ini, dia sudah menerima lebih kurang sepuluh surat cinta daripada orang yang tidak dikenalinya. Ada juga yang mengajaknya berjumpa selepas sekolah. Ada yang hanya membicarakan soal dirinya yang telah ditawan hati oleh Iskandar, tapi tiada satu surat atau nama pun yang lekat di minda dia. Dia sudah terbiasa menerima layanan yang begitu. Dan dia amat bencikannya. Dia sangka dia boleh hidup aman di sekolah ini. Tapi..
    Matanya terpandangkan Nia di hadapan kerusi dia. Dia perasan yang sepanjang tiga hari dia berada di sekolah ini, kali pertama dan kali terakhir dia bertentang mata dan bercakap dengan Iskandar adalah hari mereka dihukum berdiri di tapak perhimpunan. Dan Iskandar perasan yang gadis itu tidak langsung bercakap dengan mana-mana budak kelas itu melainkan teman sebelahnya seorang. Peliknya, dia ingat pula nama Nia, tapi tidak teman sebelahnya. Mungkin kerana nama Nia itu terlalu mudah diingat.
    Entahlah! Dia pun gagal menaksirkan tarikan apa yang ada pada Nia. Gadis itu biasa sahaja. Berkulit cerah. Tinggi dalam 5'3, bentuk badan yang biasa dengan budak-budak sekolah, bertudung, berkacamata berbingkai hitam. Dia tidak pernah senyum. Dan diaerjam tangan di sebelah kanan. Ya, gadis itu kidal. Ya, Iskandar perasan semua itu. Tapi sayangnya, gadis itu langsung tidak mencari peluang langsung untuk berborak dengannya di dalam kelas. Berbeza dengan gadis-gadis lain. Teman di sebelah Nia juga sudah berkali-kali mengajak Iskandar berbual sama, tapi tidak Nia.
   Tanpa disedari, Iskandar terlunjurkan kakinya  ke depan dan memandangkan kakinya agak panjang dan kerusi Nia sedikit terganggu dengan kaki Iskandar. Tanpa memandang ke belakang pun, Nia terus mengesotkan kerusinya rapat ke mejanya sendiri. Iskandar sedikit malu.
   "Sorry," Tiada respon! Sedikit keluhan di hati Iskandar dilepaskan. Dia berharap Nia kembali bercakap dengannya. Harapannya terlalu tinggi, mungkin.

***
    Seperti biasanya, Nia sudah berada di dalam kelas dari awal pagi lagi. Masih tiada sesiapan pun yang sudah sampai ke kelas hari ini. Nia berjalan keluar daripada kelas untuk menyedut oksigen pagi yang segar. Pagi-pagi begini, dia suka melihat pemandangan luar. Pohon-pohon yang hijau. Kabus-kabus pagi yang kelihatan kasar dari pandangan mata.
     Dari jauh, Iskandar dan kakaknya dilihat berjalan bersama. Nia sedikit terganggu. Dua beradik itu dilihatnya sungguh mesra. Dia yang berada di tingkat 3 bangunan kelas itu berasa sangat cemburu dengan kemesraan itu. Bukan kerana dia ingin menjadi rapat dengan mereka, tetapi kerana dia langsung tiada peluang untuk mempunyai seorang adik, atau abang atau kakak. Dia hanya satu-satunya anak ayahnya dan ibunya. Dia ada kasih sayang yang dia inginkan daripada ibu dan ayahnya, tetapi dia menginginkan teman yang boleh dia bercerita itu ini tanpa rasa malu. Dia menginginkan seorang kakak yang boleh memberikan perhatian kepadanya sebagaimana seorang kakak. Dia inginkan teman di dalam keluarganya sendiri. Dia tidak perlu teman kelasnya. Mereka tidak faham apa yang dia inginkan.
    Nia bukanlah tidak memahami perihal laku teman-teman sekelasnya. Masing-masing sangat kuat pengaruhnya. Masing-masing lebih kepada ingin diterima oleh teman-teman yang lain. Padahal karakter mereka bukanlah sepertimana yang dilihat oleh pandangan mata kasar. Dia dahulu pernah berada dalam golongan itu. Tetapi dia menyesal sekarang kerana dirinya berubah sekelip mata. Pernah dia mengecewakan ibu dan ayahnya semata-mata kerana ingin bersuka-ria bersama teman-teman itu. Dan akhirnya gred pelajarannya turun mendadak. Tetapi bukan itu yang membuatkan dia kesal. Titisan air mata ibunya yang melihat perangainya begitu yang membuatkan dia cepat lembut hati.
    Lalu dia menyekat batasnya. Nia menjadi lebih berhati-hati dalam memilih teman. Dia lebih berhati-hati dalam percakapannya, perbuatannya, mahupun pembawakan dirinya. Dia memutuskan segala ikatan yang dia ada dahulu. Termasuklah teman-teman popularnya mahupun teman lelakinya. Dia dahulu bukanlah begini. Nia yang dahulu sangatlah murah dengan senyuman dan manis. Segala tarikan ada padanya. Dia menerima banyak lamaran untuk menjadikannya teman wanita, tetapi hanya yang terbaik dipilihnya. Yang lain tidak langsung dipandangnya. Semakin bertambah popular dia apabila Kapten Pasukan Bola sekolah itu yang berniat menjadi seseorang yang penting dalam hidupnya. Arhhh! Tetapi itu semua kisah yang dulu. Dia sekarang bukan begitu. Kalau boleh, dia ingin mengubah namanya biar tiada sesiapa pun yang mengenali dia.
    Bukan dia tidak perasan teman-teman sekelas dia bergosip mengenai dia. Bertambah-tambah lagi apabila Kapten Bolasepak itu datang berjumpanya sebulan yang lepas. Lelaki itu berjumpanya hanya untuk bertanyakan khabarnya. Lelaki itu baik, berupa paras yang dia terlalu gila-gilakan dahulunya, dan lelaki itu daripada golongan pelajar harapan sekolah. Keluarnya juga adalah mereka yang bukan calang-calang orang. Dan kedatangannya hari itu untuk memberitahu Nia yang dia sedang berkawan rapat dengan rakan sekelasnya. Mungkin juga! Perkara itu boleh berlaku kerana mereka berbeza tingkatan. Nia tidak tahu apa yang dia lakukan.
    Tapi Nia kisah apa! Dia sudah melupakan babak-babak mereka. Baginya, buku lama sudah dia buang jauh-jauh. Dia sekarang fokus untuk menulis buku baru dalam hidupnya. Dia tidak mahu lagi dirinya menjadi perhatian orang lain. Lalu kata-kata terakhirnya kepada lelaki itu adalah "Awak boleh buat apa yang awak nak buat. Awak jangan cari saya lagi." Dan Nia pergi daripada pondok pembacaan itu kerana banyak mata-mata yang mula mengekori setiap gerak-geri mereka. Dan dia bersyukur juga dengan kedatangan Iskandar. Dirinya tidak lagi menjadi bahan gosip orang lain lagi.
    Terlalu jauh gadis di hadapan kelas ini termenung! Iskandar sedikit tersenyum. Tetapi memandangkan Kak Engku ada di sebelahnya, dia tidak meneruskan senyumannya. Takut ada lagi yang akan menjadi bahan usikan kakaknya itu kelak.
    "Ehem! Jauhnya awak termenung ni! Teringatkan siapa?" Isabel menegur, sedikit sopan. Dia berdiri betul-betul di sebelah Nia di hadapan koridor depan kelas 4A. Nia sedikit tersentak ditegur begitu. Nia senyum segaris. Iskandar di sebelah kakaknya pun senyum segaris.
    "Kakak Iskandar. Isabel. Panggil Kak Belle je. Awak?" Nia tahu dia kakak Iskandar. Hari-hari mereka memang selalu berdua ke sekolah. Dia selalu terperasan akan kakak Iskandar.
    "Nia Suraya. Nia." Nia ingin bertanya lebih-lebih tetapi matanya yang terpandangkan Iskandar yang di sebelah Isabel membuatkan perbualannya terkawal. Isabel yang kenal benar pandangan itu terus memandang Iskandar di sebelahnya.
    "Ni apa ni duk nak dengar cerita orang pompuan ni? Is ni memang laa, Nia. Tak boleh berpisah langsung dengan Kak Belle." Nia tergelak dengan omelan kakak Iskandar. Sungguh dia terhibur. Dan ketawanya benar-benar membuatkan Iskandar terpesona seketika. Boleh ketawa pun! Manis pun! Cantik pun!
    "Is masuk dulu, kak.....Nia." Kemudiannya, Kak Belle sibuk bercerita dengan Nia sebentar sebelum ramai mula memenuhi sekolah itu dan sebelum loceng berbunyi, Nia kembali ke tempat duduknya selepas itu. Dia terpandangkan Iskandar yang memandangnya tak lepas. Pelik! Dia menundukkan pandangannya.
    "Awak pandai melukis?" Awak? Iskandar sendiri tak percaya yang dia berawak sebentar tadi.
    "Sikit, tapi tak pandai pun," Nia simpan buku 'sketch'nya yang dia terlupa hendak simpan sebentar tadi. Padanlah Iskandar tanya!
    "Saya pun melukis jugak, tapi bukan potret macam awak punya. Saya lukis abstrak." Nia terpempan sebentar.
    "Awak tengok buku saya tadi?" Nia berpaling ke belakang. Riak wajahnya sedikit garang. Dia benci kalau orang kacau privasinya, tak kiralah siapa.
   "Bukan! Saya tak sentuh buku awak. Saya tengok daripada luar buku tu. Saya agak awak lukis potret. Lagipun, ada gambar kecik terkeluar dari buku awak tadi. Sorry, I have no intention to intrude at all," Nia mula rasa bersalah. Dia terlalu cepat bersangka buruk pada Iskandar.
    "Sorry! I thought you looked at my sketches. It's kind of embarrassing if others ever see them. They say drawings are like arts or something, but for me, it's kind of diary. You know, when you know, you would know...Err...I'm really, really sorry, Iskandar.." Iskandar tersenyum. Panjang gadis ini menyatakan rasa bersalahnya.
    "Nia.." Panggil Iskandar sedikit perlahan. Seakan mesra semacam. Nia berpaling semula ke belakang. Muka tertanya-tanya.
    "Nothing!" Nia sengih sendiri dengan jawapan Iskandar selepas itu. Iskandar juga tergelak sendiri. Apa yang kelakar buat mereka? Mereka sendiri pun tak tahu kenapa.

***
    Hari demi hari, Nia tidak lagi seorang diri. Kak Belle selalu menjadi teman berboraknya. Nia teringinkan seorang kakak. Daripada dahulu lagi. Dan Kak Belle itu sangatlah seperti kakak idamannya. Kak Belle itu terlalu periang, dan cepat membuatnya ketawa. Cerita-cerita Kak Belle sudah cukup membuatkannya tersenyum sehingga ke pipi. Kadang-kadang Iskandar menyertai perbualan mereka. Dan apabila Iskandar muncul di antara mereka berdua, cepat sahaja adik lelaki kesayangan Kak Belle itu menjadi mangsa.
   Nia pun sudah semakin selesa dengan Iskandar. Mereka berlagak seperti biasa, tidak bercakap di dalam kelas, atau mana-mana sahaja, tetapi ada sahaja tindak-tanduk mereka yang membuatkan satu yang lain tersenyum segaris. Ada suatu ketika Iskandar membaling sampah ke bakul sampah tetapi tidak masuk ke tempat sasaran, lalu Nia tersenyum sendiri kerana terpandangkan hal itu. Ada suatu ketika juga Nia terhantuk kepala ke pintu kelas saat dia hendak masuk ke dalam kelas dan saat itu Iskandar tersenyum sumbing.

No comments:

Post a Comment