Pages

Monday, September 10, 2012

Mini novel - Sengalnya cinta

BAB 1
   "Yang kau ni kenapa? Dah tak ada jantan lain lagi ke dalam dunia yang kau nak follow aku sepanjang masa?" ujar Carl Asyraf, bengis. Perempuan seperti Camelia perlu diajar. Berbuih sudah mulutnya memberi amaran supaya tidak mengganggunya lagi. Sejak ramai yang tahu dia masih lagi single, ramai yang mencuba menarik perhatiannya padahal tiada satu pun gadis yang dapat menarik minatnya.
    "Isy, perempuan semua sama je menyusahkan aku tak habis-habis.." dengus Carl sambil berlalu pergi ke suatu tempat yang tiada gangguan ramai.
   "Excuse me..." satu suara gadis menyapanya daripada belakang saat dia benar-benar memerlukan ketenangan diri. 
   Carl semakin sebal. Baru tadi Camelia sudah dihalaunya daripada hidupnya, sudah ada yang hendak mengacau hidupnya lagi. Serasa hendak menjerit sahaja biar satu level library tu dengar amarahnya.
   "Kau nak apa, perempuan? Nak kacau hidup aku lagi? Agaknya apa yang aku kena cakap biar korang semua faham hah? I need my space, okay!" dia berpaling ke belakang untuk berhadapan perempuan yang baru sahaja menegurnya tadi. Terpana dia seketika. Adakah dia...
    Bidadari! Itulah yang pertama terdetik di hati Carl Asyraf. Perempuan itu sudah bersilang tangan dan menunjukkan wajahnya yang agak annoyed
   "Hah? Aku ke kacau kau? Excuse me? Bukan ke sekarang ni kau yang tengah halang jalan aku? Kau ingat satu 'row' ni ayahanda kau punya jalan? Buku-buku kat sini pun kau punya ayah ke yang derma? Hey, aku tak ada masa lah nak layan jantan bermasalah macam kau ni! Kau ingat kau artis? Kalau artis sekalipun, tak ada masa lah aku nak ganggu hidup kau!" semacam das-das tembakan menusuk terus ke dasar hati Carl. Karakter perempuan itu sangat berlainan dengan luarannya. Tapi dia pasti semestinya perempuan itu tidaklah tergedik-gedik seperti perempuan-perempuan lain seperti Camelia. Perempuan itu manis bertudung, walaupun pada dasarnya karakternya sedikit kasar. Tapi semua itu lah yang menarik bagi Carl sendiri.
   "Sorry, I thought you are someone else," ucap Carl, agak bersalah.
   "Huh, memang dasar lelaki kan? Kalau dah nak marah, semua orang kena! Lepas tu, baru nak 'sorry'. Kirim salam sorry kau kat opah je lah kat kampung." perempuan itu terus berlalu pergi sambil mulut terus-terusan membebel.
    Carl pandang gadis itu berlalu pergi. 'Yup, I definitely am interested in you!'


BAB 2
    "Alright, Carl. Papa ada dinner dengan employee papa malam ni, so Carl makan dengan Nek Engku malam ni, eh?" papa Carl sudah bersedia hendak memakai stokin. Carl yang sedang mengelamun seketika tadi mula memberi perhatian kepada ayahnya. 
    "Pa, apa maksudnya kalau kita asyik teringat dekat seseorang tu hampir setiap masa? Ni cinta ke, pa?" tanya Carl seakan gaya budak kecik yang masih lagi tadika.
    "Hurm, kenapa? Carl teringat dekat seseorang ke? Siapa yang dah merebut hati anak papa ni? Bukan anak papa cakap dia tak suka perempuan terutamanya perempuan Melayu ke?"
     "Dia ni sangat lain, pa. Lain sangat daripada yang lain. Yang lain kejar Carl, tapi dia tak. Dia sempat sembur Carl hari tu sebab Carl salah sangka dekat dia. Lagipun, dia cantik sangat macam bidadari." Carl senyum sendiri.
      "Carl Asyraf, itu namanya angau dah. Tell me who is the luckiest girl."
     "Entah, baru first time jumpa dia dekat library campus hari tu. Lepas tu, Carl dah tak jumpa dia. Dah agak seminggu jugak lah. Dia dah tak datang library langsung kot. Macam mana ni, pa? Any idea on how can I meet her again?" 
     "Well, I think the time will come for you to meet her ever again, but it will be your own strong will and not others. Oklah, papa dah lambat ni. Say sorry to Nek Engku on my behalf ya tak dapat join dinner together tonight. But tomorrow, Insya-Allah I'll be home." Carl bersalaman dengan papanya.
Di hatinya, wujud perasaan kesian kerana ayahnya sudah lama ditinggalkan ibunya. Ibunya pula wanita paling cantik dan baik pernah ditemuinya. Ibunya mungkin bukan wanita timur, tetapi ciri-ciri yang ada pada ibunya sungguh ketimuran. Wanita Muslim New York itu sedang menjalani sebuah kursus di Malaysia sebelum berjumpa dengan ayahnya. 
    Dan selepas berkahwin, ibunya itu menetap terus di Malaysia dan berkhidmat untuk syarikat papa Carl pula. Dan bila difikir kembali, memang ibunya sangat mengagumkan kerana sudah memeluk Islam ketika umurnya 17 tahun dan mula mengenakan tudung pada umurnya 18 tahun. Untuk membayangkan sahaja yang wanita New York itu boleh mmpertahankan imannya dalam kehidupan ramai orang masih membenci Islam. Islamophobia! Lebih-lebih lagi sejak 9/11. Dan sebab itu, dia tahu memang tidak ramai wanita seperti ibunya! Dia tahu itu!

BAB 3
     "Alah...awak saja je kan nak kenakan saya kan? Padahal saya dah nampak la awak makan roti tu semalam...saja lah tu nak buat cerita ada hantu makan roti awak..haa...saya tahu, hantu lapar kot yang makan roti awak...hahaha.." Carl yang di kala itu sedang beratur hendak membeli makanan di cafe terganggu oleh suara di belakangnya. Dia berpaling ke belakang. Telahannya ternyata benar. Gadis library itu sedang bergurau-senda bersama kawan-kawannya betul-betul di belakangnya. Okay! Right now, Carl! It's the time!
   "Ehem...weh, nama kau siapa eh?" tanya Carl langsung pada gadis itu. Mati terus senyuman di wajahnya.
    "Asal nak tahu? Ada masalah ke?" muka serius habisan. Carl sengih sebelah. Dia ingat lagilah tu kes hari tu.
    "Nama dia Liana. Saya Zety. Yg ni pulak Suria. Maaflah dia ni memang garang sikit dengan boys." si Zety yang baik hati tolong menjawab.
   "Thanks Zety. By the way Liana, aku bukannya berkenan dengan kau pun nak tahu nama kau bagai. Aku cuma nak cakap yang last time tu, kau yang salah timing nak tegur aku. Aku dah lah bad mood hari tu, lepas tu kau pulak datang dekat aku, sebab tu lah kau kena sembur. Bukan salah aku pun." wajah tak beriak dan selamba itu sangat menggeramkan hati Liana. Dengan muka paling manis dia membalas.
     "Salah saya eh, Mr. Nobody? Oh, maaflah. Sepatutnya saya datang sejam lebih awal patutnye biar saya tak berjumpa dengan Mr. Nobody. Maaf, saya silap sangat-sangat..maaf sekali lagi. Lepas ni, Insya-Allah takkan terjadi lagi perkara-perkara seperti itu. Saya akan menjaga timing saya dengan sebaik-baiknya biar tak berjumpa dengan awak."
     "Hurm..tak payahlah gigih sangat-sangat tak nak jumpa aku tu. Nanti jatuh rindu pulak.. Ops, jangan tegur aku. Kita sama-sama tak kenal, okay! Okay, nama Liana deleted inside my memory." Carl membuat muka yang selamba habisan. Kemudian, dia berpaling semula ke depan kerana gilirannya sudah tiba untuk memesan makanan. Liana mengepal-ngepalkan tangannya kerana terlalu geram dengan sikap lelaki ego bagai nak gila tu. Dan janji gadis itu benar-benar ditepati! Sehinggalah ke akhir sem itu, kelibat gadis itu langsung tidak ditemui di mana-mana oleh Carl.

BAB 4
    Semester baru bermula. Liana sudah terlambat 10 minit untuk ke kelasnya. Sudahlah tiada langsung teman rapat yang boleh diajak untuk menyertai kelas itu. Masing-masing sudah terlalu berat dengan credit hour masing-masing. Ada yang sudah mencecah 21 jam seminggu. Padahal Liana sendiri masih lagi 18 credit hour dan dia perlukan kelas ini sahaja untuk mencukupkan credit hournya.
     "I'm so sorry, Dr.. I know I'm late but I were lost just know and I promise it won't happen again in near future." seisi kelas ketawa dengan lagaknya. Memang malang nasibnya apabila tiada lecturer pun lagi di dalam kelas itu. Masing-masing sedang menunggu lecturer juga yang masih lagi tidak sampai-sampai.
     Dan lebih malang lagi apabila dia melihat sepasang mata yang agak dikenali sedang merenungnya tak lepas. Mamat poyo tu!
     "Olla, Liana.." Carl sengih segaris. Tangan dilambai-lambai dari jarak sekaki lebih. Tak sangka dia akan sekelas dengan budak garang tu sampai akhir sem nanti. Carl sengih lagi, Lebar. Yesza!

***
     "Okey, hari ni saya akan bahagikan you guys ikut kumpulan. Dan saya nak by hook or by crook, you guys kena cooperate dengan group member kamu semua. Sesiapa yang tak bagi full cooperation and commitment, saya akan bagi 'zero' untuk markah participation 10%, tak kiralah betapa pandainya awak atau anak Tan Sri mana awak ni." 
     "Kalau anak raja?" 30 pasang mata dah pandang ke si tuan yang meloyar buruk. Liana dah menjengil ke arah si tuan empunya. Berani betul mamat ni! Attention seeker betul! Carl buat muka selamba sahaja. Ini baru hari pertama, tapi lecturer sudah seserius itu. Mana tidaknya dia cuba memecah ais di antara mereka. Lagipun, dia memang sudah agak dikenali oleh mereka yang berada di dalam kelas itu, jadi apalah salahnya menambah populariti yang ada. Atau membiarkan dirinya semakin dibenci si gadis yang menjengil ke arahnya tadi. Sesungguhnya benci itu lebih baik daripada tidak berperasaan apa-apa. Carl senyum segaris.
      "Hurm, siapa nama awak, budak hensem?" Aisey! Dr. Aishah pun nak bermesra dengan aku?
      "Carl Asyraf, Dr. Panggil Carl," sengih sok-sok cool gituh.
      "Baik, Carl. Good question there. Kalau awak anak raja sekalipun, saya tak akan bagi layanan special pada awak unless awak bagi perhatian dalam kelas saya dan SERIUS." satu perlian pada Carl sebenarnya.
    "Uhh..nasib baik saya bukan anak raja. Kalau tak, mesti saya dah terasa.." satu kelas menahan gelak dengan telatah lucu Carl pagi itu. Satu pasang anak mata buat tak tahu di sebelahnya. Dr. sendiri pun tak mampu sembunyikan senyumnya. Padahal, dia seboleh-bolehnya ingin tampil garang dan seserius mungkin di hadapan pelajar-pelajarnya sebab kali lepas dia dipijak-pijak olelh pelajar sendiri. Tapi si budak Carl itu betul-betul mencabar psikologi mindanya.
     "Baiklah. Semua serius! Okay! Carl, kalau saya bagi awak peluang untuk pilih 4 orang ahli group awak, awak nak pilih siapa?" tanya lecturer secara terus.
     "Dia, dia, dia dan Liana." satu kelas terkejut dengan pilihan Carl. Mana tidaknya! Yang lain, semua lelaki pandai-pandai yang dipilihnya. Tiba-tiba sahaja nama Liana tersesat. Liana apatah lagi! Membulat sungguh matanya, tak dapat nak dibulatkan lagi. Dia cuba hendak menolak tetapi ayat Carl yang seterusnya lebih laju.
     "Maaflah, saya pilih lelaki semuanya. Oh, awak yang nama Liana tu perempuan ke? Saya ingat lelaki tadi. Maaflah," lagi riuh satu kelas itu dengan gelak tawa, termasuklah lecturer sendiri. Liana dah mengepal-ngepalkan buku limanya tapi disimpan sahaja di bawah meja. Hendak membantah pun sudah terlalu lembat. Kelas itu sudah kecoh dengan karenah mamat tiga suku tu. Ada ke hendak bawak dia masuk dalam group semua lelaki? Nak buat dia jadi anak patung ke apa?
      'Takpe la. Ada ubi ada batas. Ada hari, aku balas. I'll just give it my all then.'

BAB 5
     "Okey, geng. Habis ni, aku belanja korang makan dekat cafe." Carl dah menggeliat kecil. Kerja hari itu memang memenatkan! Sungguh memenatkan! Kalau dikira, memanglah mereka tidak mengeluarkan walau sedikitpun peluh, tetapi bebanan mental yang begitu besar meletihkan otak mereka. Apatah lagi apabila diberi tugasan yg begitu susah oleh lecturer mereka tentang tajuk di luar kamus alam. Nasib baiklah yg lg bertiga lelaki tu aktif memberi idea. Tapi Liana tu..bersalah juga Carl membawa dia masuk ke kumpulan itu. Budak itu pula agak anti-sosial ke introvert ke apa ke, bercakap bila ditanya sahaja. Padahal bukanlah itu niat dia membuat Liana begitu. Senyap betul budak itu. Liana sudah mengemas barang-barang sebelum dia mula bangun dari kerusinya. Tapi Carl tahu apa yang bermain di mindanya.
      "Kau nak pergi mana? Bila aku kata geng, kau tu included. Kau tak yah nak escape bagai. Nanti aku bagitahu Dr. Aishah kau free-riding karang baru tahu," Liana dah bersedia nak membidas tapi apabila dia melihat ahli kumpulan yang lainnya, dia membatalkan niatnya.
    "Aku ada kerja kat bilik. Banyak lagi nak buat. Assignment berlambak kat bilik." Kening diangkat. 'Tak ada kerja aku nak hang out bagai dengan kau. Tujuh keturunan aku tak mau!'
    "Alaaah, makan 15 minit je bukannya apa pun. Jom lah. Kita makan kat The Bookerz. Nasi Arab dia sedap-sedap tuh. Kau nak makan apa kau cakap je," Liana senyap sekejap. The Bookerz! Penat dia mengajak kawan-kawan dia makan nasi arab kat sana, tapi masing-masing tak mahu sebab nasi arab banyak kalori, nak jaga badan, nak diet lah bagai. Daripada sem satu sampai lah sem sekarang ni, tak pernah dia merasa makan dia sana. Nak makan sorang-sorang pulak malu sebab nampak sangat macam tak ada kawan ke apa ke. Tapi sekarang bila ada peluang depan mata, tak kisah lah makan dengan lelaki ke apa ke.
     "Okay! Aku nak paling mahal!" Carl senyum segaris. Berjaya jugak dia pujuk minah tu. Liana pula tak sedar budak berempat tu dah pandang dia sengih-sengih sebab tak sangka dia ni ada mulut jugak rupanya. Otai budak ni! Lepas tu Liana pandang muka sorang-sorang yang dah tersengih sumbing.
      "Kenapa? Ingat aku tak makan nasi arab ke?" Buat muka toya! Lepas tu dia yang mendahului daripada yang lainnya sebab dah malu sebenarnya. Liana! Liana! CArl dah geleng-geleng kepala. Ni la karakter minah ni yang sebenar yang dia dapat agak dari pertemuan-pertemuan yang lepas. Cakap lepas je!

BAB 6
      "Okay, nampak tak yang ni? Grammatical mistake tahu tak? Ni kalau Dr tengok ayat-ayat korang buat macam ni, dia reject rasanya ni tengok cemana budak lepas SPM construct ayat. Pandai ke apa ke yang lain-lain tu, kalau salah grammar ni yang kena ketuk kepala ni. They tu plural, so padanan dia dalam Subject-Verb Agreement adalah 'they do...'. Kalau nak cakap past tense tulih laa they did. Ni simple punya grammar tahu tak? Aiyoo..Farid! Farid!" Liana dah berani mengomen sekarang ni. Jauh berbeza dengan ketika mula-mula dia masuk dalam kumpulan itu. Carl pun dah berbaik sikit lah dengan Liana. Paling-paling pun sehingga habis subjek ini rasanya. Dia tahu Liana jarang hendak berbual dengannya semasa perbincangan mereka. Apatah lagi untuk memandangnya, langsung tiada.
      "Aisey, kau ni mulut direct la. Aku ni BI ni susah la, dari dulu lagi. Bukannya aku dibesarkan macam kau, family bandar. Mak ayah aku kampung je. Perak nun. Cemana nak bijak BI." Farid mula membela diri dia, jatuh juga air muka dia dengan Liana.
       "Tak payah la kau nak salahkan mak ayah kau. Kawan aku tu dari Koqdiang je, tapi cakap BI macam keretapi ekspres tu apecer? Lagi kampung dari kau tau," Liana menjengil ke Farid. Farid dah pandang Liana macam nak makan budak tu. Biasanya mereka berdua je sekarang yang bergaduh macam apa. Jarang dah Liana nak bertikam lidah dengan Carl. Entah! Salah Carl juga.
         "Oi, dah lah! Kerja tak siap lagi tuh! Dengar korang berdua bergaduh ni tahun depan pun tak settle lagi kerja kita ni," Ahmad dah mula sound budak dua orang tu. Ahmad ni lain sikit dari yang lain. Fitri tersengih macam kerang busuk je tengok Farid dengan Liana bergaduh, tapi bukan Ahmad. Dia macam abang laa kiranya pada mereka-mereka yang lain. Bekerja dalam satu kumpulan yang begitu seolah-seolah satu keluarga dah buat Liana. Tapi Carl...entahlah! Dia tak anggap lelaki tu siapa-siapa pun. Lelaki tu Carl lah! Stranger? Could be.
        "Sorry, bang long!" Liana dengan Farid sama-sama nakal membidas Ahmad. Ahmad pandang mereka berdua dengan hujung mata sahaja. Carl pandang sahaja mereka berempat. Entah! Dia seolah-olah kehilangan suara dan kuasa baru-baru ini. Liana langsung tidak melayan dia luar daripada kotak perbincangan mereka. Benci sangat ke Liana pada dia? Tapi dia...biarlah! 
        "Okay, dah siap dah part Intro dah. Yang sources sekarang ni nak kena filter weh. Carl, yang kau bagi kat aku lima sources tu satu haprak tak boleh guna weh. Sebab kita nak fokus pasal ekonomi dan kaitan dia dengan politik dalam negara kita. Tapi kau bagi banyaknya dekat USA dengan China," Fitri mula bermula dengan profesionalisme dia. Liana dah senyum segaris. Padan muka!
         "Eh, but kalau kita bagi contoh dunia luar macam mana solusi diorang andai berlaku masalah-masalah ekonomi macam ni, bukan ke membantu bagi evidence yang penyelesaian macam sekian-sekian much better? I mean if there is certain misconduct in our country, how our country deals with it and how other countries who faced the same situation dealt with it. By means, it shows that which solution is supposed to be taken when the problem arises, bukan gitu?"
        "Tapi culture kita lain dengan mereka," Liana cuba membidas. Tapi dia agak setuju dengan Carl sebenarnya.
      "Miss Liana, we are talking about economy. Cemana culture boleh jadi on board ni?" Carl pandang ke Liana sorang. Tajam!
       "Sebab kau tak rasa culture tu membantu how people in that country spends money? Like contoh kalau nak buat majlis certain amount ni sahaja untuk penggunaan traditional thingy whatsoever, lepas tu certain amount untuk bla bla bla yang tak relevant, which other country tak kisah pun,"
      "Which the most relevant thing to use other country as strong example as we speak," Carl senyum segaris. Liana dah menyumpah dalam hati. Menyesal dia menjawab tadi. Tanpa sedar, Ahmad, Fitri dengan Farid pandang mereka berdua tak berkelip.
       "Korang ambik course law ke weyh?" Farid bertanya selamba.


BAB 7
        Farah pandang budak yang tengah tengok cerita orang putih di katil sebelah tu. Rasa cerita tu kelakar rasanya. Tapi apasal tengah-tengah cerita dia boleh pause lepas tu marah-marah sambil pukul-pukul bantal busuk dia. Tak boleh blah betul! Farah bangun dari katil dia, kemudian pergi ke katil Liana sambil duduk belakang budak itu sampai konon-konon join the movie lah kiranya. Lepas tu dia tepuk bahu Liana perlahan. Liana bukak earphone di kepala sambil pandang ke arah Farah.
        "Cerita ni bosan ke? Ke sedih? Ke annoying?"
        "Eh, tak lah. Saya enjoy je,"
        "Seriously?" Farah buat muka tidak percaya dia.
        "Yup! Serious." 
       "Then awak marah-marah tengah cerita tadi ape ke hal?" Farah tembak terus budak tu. Kemudian Liana pandang ke arah Farah tunjuk muka sedih dia. 
     "Huwaaa...Farah...siapa lagi. Si mamat poyo gila nak mampus tu lah. Si Carl tu. Bajet gila! Hishhh, geram geram geram! Tapi kan saya ada discussion dengan dorang petang, lepas tu dia argue dengan saya lagi. Konon laa dia punya point tu bagus gila sampai orang lain semua salah,"
      "Eh, kejap, kejap! Lost kejap. Korang argue pasal point apa?" Liana tahu dah, kalau Farah bertanya begitu sekejap lagi dia akan kena balik.
         "Okay, truthfully, memang saya ada salah jugak sebab against dia punya point macam kaw-kaw ke apa ke, tapi apa tuh orang kata, argument ni buatkan sesuatu point tu lagi kukuh,"
       "Okay, then kenapa yang awak marah sangat tadi?" Farah cuba bersikap neutral. Dia tahu sebagai sahabat yang baik, dia tak boleh menyebelahkan sesiapa sebelum tahu kebenarannya. Yang salah tetap salah. Benang yang basah tak akan pernah tegak.
         "Ye lah! Saya tahu lah kita orang selalu bergaduh tapi boleh tak once in a while dia berada dekat side saya, sokong point saya, agree dengan saya? Err...apa saya merepek ni? Lupakan! Lupakan!" Liana menyesal pula dia bercerita dengan Farah.
           "Yana, awak pandang saya sekejap. Awak suka dekat Carl eh?"
         "Mana ada! Awak ni merepek je lah! Dah lah, saya nak tengok movie ni," Liana dah siap-sedia nak pasang earphone ke dalam telinga semula. Dia nak mengelak!
         "Liana! Awak tahu tak yang awak ni dalam state of denial? The more you deny, the more you suffer tahu tak?" Farah dah mula balik dengan sesi kaunseling dia tu. Liana memang selalu bercerita dengan dia, tetapi perkara-perkara berkaitan hati ni sungguh memalukan dia. Dia bukannya pernah bercinta ke apa! Dia ni agak clueless benda-benda begini!
         "Habis tu awak nak saya buat apa? Awak nak saya confess kat dia? Farah...saya ingat hati saya ni keras macam batu tapi sebenarnya dia rapuh jugak. Saya cuba dah get rid of this feeling, tapi dia still ada. Saya cuba tak bercakap dengan dia tapi hati saya sakit. Saya cuba alih perhatian ke benda lain tapi saya tetap nampak dia. Macam mana ni Farah? Saya tak nak nampak macam loser," Hati Liana sakit. Dia rasa! Lebih-lebih apabila bercerita hal begini kepada Farah. Tapi satu bebanan yang besar serasa terlepas dari dadanya. Sharing is caring they say.
           "Hey, good job for keeping up until now. Sebab awak kental lah awak boleh simpan perasaan ni lama tahu tak? Tapi satu benda pasal feeling, kita tak boleh nak control feeling kita. Sebab hati kita bukan kita yang pegang. Allah yang pegang. So, saya rasa kalau betul-betul awak nak tahu feeling ni betul-betul akan tetap berkekalan ke, sama ada hati awak akan berubah ke, awak kena tanya Tuhan. Minta petunjuk dari Dia! Then lepas tu, yakin dengan jawapan Dia," Liana terasa terpempan seketika. Bukan kerana dia tidak mahu menerima nasihat sahabat baiknya itu, tapi kerana belum pernah ada sesiapa memberi dia nasihat sebagaimana Farah. Dia peluk gadis itu penuh dengan perasaan cinta. Cinta daripada seorang sahabat! Dia mengaku dia sayangkan gadis itu. Dia banyak berubah ke arah yang lebih baik berkat kerana berkawan dengan gadis itu. 
               Kata orang, sahabat itu ibarat cermin.

BAB 8
          "Papa, ada hal ke tonight? Nek Engku ajak solat together today. She misses the old days we were together," Ujar Carl apabila dilihatnya papanya baru pulang dari office. Malam-malam sebelumnya, jarang papanya itu hendak bersolat di rumah. Hidup keduanya hanya di masjid baru-baru ini.
           "Oh, sure, sure! But tonight, I want you to be imam, boleh?"
           "Eh, I still practice ayat-ayat ulum lagi, belum level macam papa lagi. I awkward lah, papa je lah jadi imam,"
            "Eh, macam mana nak jadi imam yang baik kalau langsung tak mula belajar kan? When your mom was still here, the first night we got married, the first thing she told me was to lead her in Isya' prayer. You know my faith was shaken that time, right? And so, I rejected her request. Tapi your mom never give up. From her, I learn to be better. I learn solah. I learn how to read Quran with the right tajweed. That's why I try to hafaz now. Even susah. Even payah. Because I know I'm getting better, but believe me, I'm not yet the best. So Carl, I want you to learn to be better, like I did." Bahu Carl Asyraf ditepuk-tepuk perlahan. Papa Carl tahu anaknya mudah dilentur. Zaman pemberontakannya sudah berlalu lama dahulu. Saat itu, papa Carl tahu bagaimana anaknya merasai dunia yang hitam. Tapi dia tidak pernah berputus asa. Sebagaimana ibu Carl tidak pernah membimbing dia dahulu. Lalu papa Carl memilih untuk membimbing, bukan mengawal. Kerana pendidikan begitu tidak akan pernah berjaya. 
              "

No comments:

Post a Comment