Pages

Saturday, July 28, 2012

Kisah Kita


Bunyi alunan muzik itu terlalu bingit kedengaran. Tapi buat mereka, itu bukanlah sesuatu yang bingit, tapi itu adalah seni buat mereka. Cukup mereka berempat di situ. Didie, Shah, Danny dan Edd sekali. Didie si gitaris itu anak engineer. Shah pemukul dram itu anak pilot. Danny, ayahnya seorang usahawan yang tergolong dalam seratus orang terkaya di malaysia. Manakala Edd si vokalis itu pula adalah anak seorang komposer muzik terkenal di peringkat antarabangsa. Masing-masing dalam kalangan mereka adalah anak orang kaya. Dan, hidup mereka seharian sangatlah bahagia. Mereka berempat pun memang sudah sangat rapat daripada tingkatan 1 lagi kerana masing-masing berada dalam kelas yang sama dan mempunyai minat yang sama dalam bidang seni muzik. Cuma sesiapa sahaja yang memandang ke arah mereka pasti akan lebih tertarik kepada yang satu antara mereka. Edd atau nama penuhnya Tengku Eddrull Haizmey, anak kelahiran jati wilayah persekutuan KL. Ayahnya seorang komposer muzik kelahiran London dan ibunya pula adalah kerabat tengku. Dia pula sudah melibatkan diri dalam bidang muzik sejak dari kecil lagi.


"Edd, aku rasa macam nak pergi clubbing la malam ni. Join me?" Danny!
"Hello, dey! Kite ni under age la,,baru 16 key?" balas Shah pula.
"Aku boleh je join kalau weekend malam. Daddy aku dah bagi warning awal-awal lagi lagi kalau nak pergi, jangan pergi time sekolah, Ganggu time belajar kata dia. Tapi aku okey je kalau nak sogok Uncle Tom tu."Didie pula.
"Tom??" Shah yang bertanya.
"Oh, ya! New driver my daddy. Tapi ok la..dia boleh simpah rahsi. Macam mana, Edd? Nak join tak?" sungguh masing-masing memerlukan Edd sebagai penyokong mereka. Sebab bagi mereka, Edd bagaikan ketua mereka kerana penglibatannya dalam bidang seni lebih daripada mereka semua. Dan ini sangatlah mengagumkan mereka.
"I don't think I can make it. I’ve got dinner with my family tonight. Takkan tak ingat kot? Malam Rabu every week, dad aku balik dari Singapore. So, takkanlah aku tak ikut kot. Taperla, dey! Esok luse ade lagi kan?"
"Ha! Ha! Buatnye ko mati malam ni, esok luse ade lagi ke kiranya?" Wah!! mulut Shah memang agak berbisa.
"Yup!! That's right! Tapi kalau aku mati malam ni, at least I'm not dying in a club, while I'm dancing right?" Dia gelak sangatlah kuat. Memang benar katanya. Sungguh! Tiada cacat cela dari kata-katanya sedikit tadi, tapi Shah sedikit terasa. Begitu juga dengan yang lainnya.
"Sorry, guys! No offense. I'm just kidding.." dengan muka tak bersalah.
"Taper..tapi knape kite semua asyik cakap pasal mati dari tadi ni?? Rileks, dude! We're still young, babe!" Danny yang dari tadi banyak berdiam pula bersuara.

SUNGGUH perkara itu megetuk kotak gegendang hati Edd. Mati! Kalaulah matinya ditakdirkan pada hari esok, apakah yang boleh dilakukannya? Menyanyi sepuas hati? Menangis semahu-mahunya? Hello!! I'm not that whiny! Dan sungguh fikiran itu masih belum boleh pergi dari kotak mindanya. Sampaikan dinner dengan ayahnya pun belum tentu mampu menghilangkan pemikiran itu. Walaupun sebelum ini, rindunya lebih pada si ayah yang bekerja di luar negeri.
"Dad, what would you do if you are going to die tomorrow? What would you do right now?" tanyanya terus kepada ayahnya ketika makan malam itu. Sungguhlah! ayahnya tidak mampu mengangkat sudu daripada pinggannya. Langsung!
"Eddrull! Don't ask quest like that in front of your dad anymore, okay?" marah Tengku Adriana.
"Sorry, mom! I’ll not do it again." janjinya dalam ketidakpuasan hati.
Tapi suapan ayahnya tida lagi diteruskan dek soalan anaknya.
“I have a word to say to you, Edd. Shall we after you've done your meal?"
"Okey, dad!" Word? What word? Kepalanya ligat mencari punca.

DIA hanya diam tak berkutik. Mohammed merenung wajah Edd sedalam-dalamnya.
"I'm going to tell you something, but promise me you’ll NEVER tell your mother. Ever! Promise?"
"Yeah, I will!"
"Actually, I embraced Islam because I want someone to guide me about Islam. It’s truly not because I fell in love with your mother. Keep the secret, kay?"
"Is that true? Alright, your secret safe with me!" senada!
"Okey then. As you guys know, I always fly to Singapore every week, right? Actually, I'm not there all this while. I went to sekolah pondok at Pulau Pinang. I went there to learn about Islam. You know your mother will not guide me anything in Islam, right? She doesn't really know about Islam so much either. So, are you with me?"
"With you what?" Tak faham.
"Please, Edd! We both have to go there. Please, Edd!"
"Sorry, dad! But I'm still studying and busy. Sorry! But I’ll still keep the promise! Keep on doing what you're trying to do. I’ll wish that something would change." dan Edd berlalu pergi meninggalkan ayahnya yang hampir berputus asa.

"The class was too boring today. How 'bout yours?" mula Edd.
"Not for us. You know what? Ada girl ni baru pindah sekolah ni hari ni. Cute!" si Didie bertutur bicara.
"She's in our class, dey! And nak tahu tak lagi ape?" Shah pula yang menyambung. Mata dia membulat.
"She's on scarf. Kau tak nampak ke girls sekolah ni berapa ramai la sangat yang pakai tudung, dey? Ni kan skolah swasta. Cute gile dia pakai tudung! Macam boleh tahanlah daripada si Honey tu. Mengendeng je banyak, tapi satu haprak pun tarak guna!" sambung si Shah lagi. Edd mengangguk. Honey, marka lama si Shah tu.
"Hello, Edd! Aku ni cakap macam dengan tunggullah. Kau dengar tak apa yang kite orang cakap ni?" Didie mula membengkak. Tapi tetap tiada respon. Edd masih meneruskan sketches yang dilakar. Daripada jauh, Danny melambai-lambai ke arah mereka dengan langkah santai.
"Guys! Nak pi mana lepas school hari ni?" tanyanya sambil meneruskan duduknya di sebelah Edd. Air di tangan Shah dirampas sesuka hatinya. Shah membiarkan. Senyumnya melebar.
"Korang tahu kan ada girl baru masuk hari ni?"
"Dia sekelas kiteorangla, bro. Takkan tak tahu kot," balas Didie bersahaja. Tahula tu..
"Aku rasa macam nak try. Jom dare sape boleh tackle dia paling cepat?" senyumnya melebar lagi luas.
"Sorry, guys! But i gotta go rite now. Dad aku ada dekat rumah sekarang, so aku skip." Edd mula bangun daripada sandarnya ke pokok besar belakang toilet sekolah itu. Sememangnya tempat itu seakan-akan sudah menjadi port mereka. Mulanya kerana Edd jugalah yang memerlukan tempat yang ‘bersih’ daripada keriuhan manusia.
"This time pun? Edd, ko ni betul-betul geng kiteorang ke gini?" si Shah cuba memujuk.
"Yalah, Edd! Tiap kali kite ajak main game gini, ko tolak. Ko memang dah tak anggap kami kawan ko ke?"Didie pula yang cuba mencucuk jarum.
"Biarlah dia..." si Danny pula yang menutur bicara. Serius!
"At least, aku boleh menang lagi kali ni." Danny menunjukkan gigi putih berserinya lagi.
"Apa dah.." tawa meletus lagi!

"Nur Aliya binti Sahrir." Aliya berpaling ke belakang cuba mencari suara itu.
"Yes, may I help?" Didie mula tersenyum menunjukkan lesung pipit di pipi kirinya.
"Nama saya Shahabulfiddin. In short, Didie. I'm the tallest in this class. Nice to meet you!" tangannya dihulurkan untuk bersalaman. Aliya tersenyum manis.
"Sorry, dude! My tudung rasanya tak cukup labuh lagi nak salam dengan kau. But don't worry! Nanti aku akan cari tudung yang lagi panjang daripada ni biar dapat salam dengan kau. And sure! Nice to meet you too." dia berpaling ke hadapan semula. Kenapalah di mana-mana sahaja ada yang cuba mendekatinya? Dia bukanlah seorang pelakon untuk diminta autograph. Huh! Payahnya nak jadi orang yang lain daripada yang lain. Tapi kalau yang sama macam yang lain, sudah tentu dia sudah seperti yang lainnya. Tidak tahu apa yang benar dan apa yang salah, apakah pahala dan dosa, atau apakah yang patut dan tidak. Tidak! Aliya sudah lali dengan semua itu. Dia ada mata dan digunakannya untuk melihat, telinga untuk mendengar dan mulu untuk berkata. Dan yang paling penting, otak digunakannya adalah untuk berfikir. Itu yang paling penting dan paling benar!

"Aku rasa susah, babe! Langsung tak dilayannya aku! Aku nak salam dia kata tudung dia tak cukup labuh nak salam dengan aku. Apa punya kolotlah dia tu!" suara Didie sempat menampar kotak gegendang telinga Edd. Tapi tangannya masih meneruskan sketchesnya.
"Kau pun ke? Aku adalah nak belanja dia minum air fresh orange kat kantin tadi. Ada ke patot dia tolak? Itu okey lagi. Bila aku dah paksa dia ambik jugak air tu, boleh dia pergi bagi dekat si Menora Gendut tu. Itu yang buat aku baran sampai sekarang ni. Haisyy! Siapa budak ni?" Shah pula yang melepasan amarahnya. Danny tiba-tiba tergelak bagai nak gila.
"Oh, kiranya korang pon lah kene reject? Aku lagilah rasa macam nak cekik je girl tu tadi. Aku cakap nama aku Danny, dia cakap "so?". Lepas tu, aku cakap bapak aku tergolong dalam seratus orang kaya kat Malaysia, dia cakap "bapak pun," and ko rasa patut ke aku boleh duduk diam macam ni? Tak pernah lagi aku kene reject macam ni. Tak pernah sekali pun dalam hidup aku! And bila dah kena reject macam ni, cipta rekod because tak sampai seminit pon aku dah kene reject. Tak ke gila namenya tuh?"
Edd tersenyum dalam diam. Siapalah girl baru ni yang buat kawan-kawan aku huru-hara ni? Tapi tangannya masih lagi meneruskan sketches di tangan.

"Her name Nur Aliya Sahrir. Former school, Sekolah Seri Puteri.” Shah yang rajin menyampaikan berita.
“Girl’s school,”
“Pindah sebab bapak dia kena lecture kat uni dekat-dekat sini. Adik-beradik tiga and semuanya adalah perempuan."
"Oh, patutlah macam ada allergy dengan boys. Patutlah." danny mentafsir.
"Best student every year dekat sekolah lame dia. Bijak sains and pandai menjahit."
"Budak pandai rupanya." si Didie pula menyampuk.
"Pandai jahit rupanya." si Danny juga menyampuk. Edd hanya diam tak berkutik sambil meneruskan sketchesnya yang tak pernah habis.
"And lagi satu yang mesti buat korang semua terkejut. Dekat sekolah lama, dia ada pegang jawatan,,," Shah memandang setiap satu daripada wajah mereka. Danny curious nak tahu. Didie pun dah hampir-hampir tak dapat mengerlipkan matanya. Dan Edd juga hampir-hampir menghentikan lakarannya.
"Dia biro kerohanian sekolah lame die." lakaran Edd terhenti!
"Maksudnya, dia budak pandai agama lah,"tanya Edd pada Shah.
"Yup! Itu yang aku tahu dari budak Nina sebelah dia tu."
"Oh, budak agama rupanya." kali ini, Edd pula yang seolah-olah menunjukkan minat kepada budak perempuan yang menjadi sebutan mereka hampir setiap masa itu. Danny, Shah dan Didie masing-masing memandang wajah Edd tidak percaya. Mungkinkah..!

HARI rabu lagi! Ayah Edd masih lagi seperti dulu. Muncul hanya pada hari ini sehingga pagi Khamis dan kemudian dia akan bertolak pergi semula pada hari itu. Banyak kali sudah Tengku Adriana menyuarakan ketidakpuasan hatinya pada Edd, tapi rahsia ayahnya masih lagi disimpan sehingga kini.
"You still don't wanna go, Edd?" ayahnya masih cuba memujuk.
"Sorry, dad! I'm still thinking because I still have lesson to learn. SPM..there's so much things I have to think, dad!"
"Don't worry, Edd! After SPM, you can come along with me. I just wanna show you that we're not going to regret our lives."
"Okey, dad! After SPM, I’ll come with you. Just hold on a little while." dia tersenyum memandang ayahnya. Sudah lama dia tidak memandang wajah ayahnya. Semakin lama, wajah itu semakin berseri-seri. Dan, pagi tadi semasa subuh, dia bangun awal dan mendengar suara ayahnya mengalunkan ayat-ayat suci Quran. Sungguh dia merasa tenang, tapi dia tidak tahu apakah yang menyekat dirinya daripada mengikut ayahnya belajar di sekolah pondok. Sungguhlah ayahnya sudah berubah! Dan, dia tahu ayahnya cuba untuk mengajaknya kembali ke fitrah agama. Dad, please hold on for a while. I’ll still have to think!

ALIYA jadi sangat resah. Apa yang membuatkan Principal memanggilnya pagi-pagi buta ini? Pasti ada hal yang sangat penting! ‘Arghh! Tak apalah! Sampai nanti pun aku akan tahu juga'. Cuma hal ini sangatlah meragukan hatinya. Pintu diketuk dan salam diberi! Suara dari dalam menyuruhnya masuk.
"Ada apa tuan panggil saya, tuan?" terus sahaja dia bertanya. Dia sedar dalam bilik itu ada pihak lain yang sedang memandangnya melalui lirik mata sahaja.
"Nur Aliya binti Sahrir. Saya panggil awak ni sebab ada tujuan khas." Tuan Principal memulakan kata. 'Memanglah! Takkanlah saja-saja nak habiskan masa belajar aku pulak'. Bisik hati kecil Aliya.
"Saya nak awak jadi mentor pada Tengku Eddrull dalam subjek Biologi. Boleh tak?" Hah? Mentor? Mentos?
"Mentor, Tuan? Pada dia ni? Kenapa?"
"Bukan apa. Ini pun untuk kebaikan imej sekolah kita juga. Awak pakar dalam subjek Biologi dan Eddrull pula agak lemah kebelakangan ini. So, saya nak awak jadi mentor dia dan pastikan dia bagus dalam subjek ni. Boleh kan?" dia terdiam tak mampu berkata apa-apa.
Keluar sahaja dari bilik Principal, terus sahaja Edd bersuara.
"By the way, jangan sebab kau jadi mentor aku, kau nak berlagak pulak. Helleh! Perempuan macam kau ni, nampak je baik, sopan, tapi kalau dah bangga tu, bangga jugak." Baru sahaja Aliya bercadang untuk berbincang secara baik dengan lelaki itu, terus dibatalkan niatnya.
"Hello, assalamualaikum! Kau ingat kau ni laku sangat ke sampai aku ni terhingin nak jadi mentor kau? Tolonglah ye! Aku dah basilah dengan orang macam kau ni. Muka hensem pun nampak macam baik ke? Mulut tu! Jaga sikit ea! Sebab mulut badan binasa tau! Ingat sikit!" terus sahaja Aliya berlalu daripada situ. Dia kesal. Sangat-sangat kesal! Kenapalah muncul di dunia ini orang sebegitu? Bukanlah dia mempersoalkan kejadian Tuhan tapi dek kerana kekesalan yang terlampau, dia terlupa untuk memikirkan hal itu.
"Yeah, Edd! That's rite! Go on! Keep making her mad with you." hatinya berkata dan sempat senyuman digariskan ke bibirnya. You will know later, Aliya!

SEMINGGU berlalu. Aliya baru sahaja meletakkan begnya di atas kerusi. Kemudian, seorang pelajar memanggilnya keluar. Principal nak jumpa lagi? Haduih!
"Saya bukanlah apa. Saya nak tanya apa perkembangan terbaru projek kamu berdua ni?"
"Hah? Projek? Masih berjalan. Masih berjalan." Aliya cuba berselindung. Projek mentor mentee tulah! Apa lagi? Principal ni pun! Ingat suara saya ni sedap sangat ke sampai nak kena ajar si budak bertuah ni? Tulah! Dah namanya mentor, kan?
"Apa berjalannya, tuan! Dia ni langsung tak nak ajar saya. Kedekut ilmulah tu! Budak pandailah katakana.." Mulut itu! Mulut itu sangat cabul, ye? Hendak je aku kerat mulut tu, bagi kucing makan. Kalau tak pun, kerat dan bagi kerbau makan. Eh, kerbau tu herbivor lah! Hah! Bagi makan buaya! Isy, geram betul!
keluar sahaja daripada bilik pengetua, terus sahaja Edd disambarnya.
"Eh, kau nak apa sebenarnya ni, ha?" Garang!
"Tak ada apa-apa sangat pun. Aku cuma nak belajar je. Okey! Aku free setiap hari kecuali hari Khamis dan Jumaat. Kau nak tetapkan 'date' kita bila?" Kening Aliya terangkat. Date?
"Kau mentor ke aku yang mentor ni? Lagipun, siapa kata nak ada date dengan kau, budak?"
"Kau serius ke ni? Okeylah, Tuaaaan!" konon-konon ingin kembali ke bilik Principal.
"Okey! Aku serrender! Tapi aku tak nak time belajar aku terjejas. So, aku nak kita buat time lepas sekolah, dekat library awam. Lagipun, tak ada orang sangat, kan? Better!" cadang Aliya.
"Kenapa? Takut imej kau terjejas ke, "budak baik"? Terus mata Aliya dijengilkan ke arah Edd.
"Kenapa pandang aku sampai macam ni? Aku hensem sangat ke?" Edd tersenyum memandang Aliya.
"Hello assalamualaikum! Sedar-sedarlah diri tu sikit, ye! Bukannya muda lagi dah! Tak payah nak berlagak budak kecik la, nak masuk bakul, angkat sendirik."Aliya menjelirkan lidahnya.
"Yelah! Sebab aku dah besarlah aku angkat sendirik. Kalau tak, mesti aku dah suruh kau yang angkatkan. Betul tak?" Edd senyum lagi. Suka betul dia dapat mengenakan gadis di hadapannya itu.
"Isy, malaslah aku nak layan kau ni! Tader kerje!" terus Aliya berlalu meninggalkan Edd. Ya! Kalau bukan kerana kata-kata ugutan Principal!
"Saya nak kamu berdua co-operate. By the way, kalau result kamu tak bagus juga dalam exam akan datang ni, both of you, saya denda bersihkan toilet yang ada dalam sekolah ni selama seminggu. No say no!" Titik! Apabila Principal menggunakan kuasa vetonya. Apalah si budak bertuah ni pun. Siapa namanya pun, entahlah! Terlupa nak tanya. Lagipun, dalam keadaan tadi, ada masa ke nak tanya? Takkanlah masa tengah-tengah "Kenapa pandang aku sampai macam ni? Aku hensem sangat ke?", Lepas tu aku jawab balik,"a'ah! nama kau sape,ha?" Isy, tak de kerje aku! Ingatkan dia tu hensem sangat ke? Hensem! Lagi! My! Feet!” Huh!
Edd melihat sahaja Aliya pergi dalam keadaan marah. Dia tersenyum. Baguslah jika gadis itu marah padanya. Itu lebih baik daripada langsung tidak menghiraukannya seperti yang Aliya lakukan pada ketiga-tiga sahabat baiknya itu. Didie, Shah, dan Danny!

TENGAH-TENGAH makan di kantin tengahari itu bersama ketiga-tiga sahabat baiknya, Edd tiba-tiba terpandang sekilas pada Aliya. Gadis itu sedang beratur sambil bergelak ketawa bersama si budak Menora Gedempol itu. Pada pandangan Edd, Aliya itu seakan sudah sempurna.  Bijak, pandai, cantik, ramah dengan sesiapa sahaja kecuali lelaki dan tidak berpura-pura alim lagi. tidak seperti kebanyakan orang yang pernah ditemuinya. Aliya memang lain daripada yang lain.
"Weh, ko tengah 'usha' si budak biro kerohanian tu ke?" terjah Didie daripada tepi. Edd tunduk semula dam meneruskan suapannya.
"Toksah dok nak coverlah, dey! Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri ko tengah pandang dia tadi. Ko tengah mengurat dia ke, wey?" Edd hanya diam.
Dalam pada masa itu, Aliya berjalan ke arah meja yang setentang dengan meja mereka. Apabila terlihat wajah Edd, terus sahaja dia menghampiri mereka.
"Siapa nama ko, ha? Aku lupa nak tanya."
"Eddrull, panggil Edd,"
"Ha, Edd whatsoever lah! Petang ni, sharp pukul 3 lepas solat zuhur dekat tempat yang aku cakap semalam. 15 minit ko tak ade, aku terus blah! Okey, enjoy your meal!" Kemudian, Aliya kembali ke mejanya dan memulakan suapannya bersama Menora Gedempol. Danny, shah dan Didie nyata terkejut dengan perkara yang dilihat mereka. si budak biro kerohanian itu bercakap dengan Edd dalam keadaan baik. apa ubat guna-gun yang sudah diberi Edd pada dia? Dan, mereka ada date bersamakah?
"Korang 'date' ke?" tanya Danny teagak-agak.
"Tak," selamba Edd meneruskan suapannya.
"Habis tu, pukul 3 petang tadi, sharp, tu apa?" Didie nyata bengang.
"Oh, tu ke? secret! Nanti malam aku beritahu, dekat tempat kta selalu 'gig', okey tak?"
"Okey, full story! tak nak skip-skip!"
"Ye, cepatlah! Sambung makan tu! Bell dah nak ring dah ni," gesa Edd.
"Aku dah tak lalu nak makan dah. Ko makanlah makanan aku," Danny dengan riak kecewanya. Dan, Edd tersenyum lagi. Berani juga budak Aliya ni tegur dia terang-terangan.

No comments:

Post a Comment