Pages

Friday, July 8, 2011

RUBY 2

“I curse you guys jadi jahat sampai bila-bila! Arghh…!” guru muda itu berlari keluar daripada kelas 4 Bestari. Kasut tumitnya yang sudah patah sebelah menyukarkan lariannya. Terus sahaja kasut itu ditanggalkan dan dibaling ke tepi. Kemudian, dia menyapu sebahagian mukanya yang terkena pemadam blackboard. Putih bak opera jadinya! Rambutnya yang sebelum ini berwarna perang karat kini dicat dengan warna merah terang. Semuanya adalah hasil kerja jahat pelajar 4 Bestari. Habis guru muda yang seksi itu dikerjakan! Bukan cikgu itu sahaja, malah ramai lagi cikgu lain yang menjadi mangsa khianat mereka. Tapi mereka tak serik-serik juga meskipun pernah dihukum oleh pengetua sekolah. Malah kenakalan mereka semakin menjadi-jadi.
          “Caiyalah! Sep!” Maria dan Tiara ber’high five’. Syed dan Aizat berdiri di tepi meja Maria, bergelak ketawa sesame mereka. Qays pula hanya duduk bersandar di kerusinya. Wajahnya langsung tak beriak. Meskipun dia yang merancang supaya guru Bahasa Inggeris itu dikenakan, tapi tiada langsung riak gembira dari wajahnya. Sana bangun dari tempat duduknya, ingin ke tandas.
          “Nak pergi mana?” tanya Maria. Tiara turut ingin tahu, melalui riaknya.
          “Toilet,” bersahaja.
         “Nak kitaorang teman tak?” Tiara pula bertanya. Nadanya tegas seperti biasanya. Tapi Sana tahu Tiara memang seperti itu. Suaranya ganas, tapi hatinya baik.
          “No need! Sat je pun, nak call mak aku jap.” Alasan! Padahal dia ingin bersendiri. Sungguh! Dia sangat merasa tidak tenang apabila satu kelas itu bersetuju ingin mengenakan cikgu itu dengan teruk sekali. Entahlah mengapa mereka seakan-akan membenci insan-insan yang bergelar guru. Tapi Sana bukan mereka. Sana bukan seperti mereka. Ibu Sana juga seorang guru. Adakah mereka akan membenci ibunya juga kerana ibu Sana seorang guru?
          Dalam perjalannya ke tandas, Sana dapat melihat pengetua menggeleng-gelengkan kepalanya sambil mendengar keluhan dan rintihan cikgu yang kasihan itu. Sana juga kasihan!
           ***
          

Seminggu kelas 4 Bestari tiada guru Bahasa Inggeris. Cikgu muda yang seksi itu sudah berhenti mengajar. Sekurang-kurangnya itu yang mereka dengar. Padahal Sana tahu pasti guru itu sudah trauma menemui setan-setan kecil seperti mereka semua. Tapi Sana tahu seteruk mana pun seorang guru itu, dia masih adalah seorang guru. Dia masih perlu dihormati. Sekurang-kurangnya, itulah yang Sana pasti.
          “Hehe, dah time English lah! Yea! Takde cikgu!” Aizat menjerit kuat. Sekelas 4B mendengar keriangannya. Namun, mereka tidak menunjukkan riak tidak senang, malahan semakin gembira memikirkan kelas mereka tidak akan diajar untuk satu masa itu.
          “Assalamualaikum!”satu suara kedengaran. Sayup-sayup sahaja! Sana berpaling ke belakang. Satu wajah yang tak dikenalinya sedang tersenyum padanya kerana memberikan respon atas salam yang diberi. Sana terkaget di situ. Tak berpaling! Tidak juga menjawab salam. Kelas masih lagi bising tapi semakin berkurang bisingnya. 
          “Aik, pehal senyap je ni?” Aizat masih tidak menyedari kehadiran satu wajah baru di belakang kelas. Dia berpaling ke belakang kelas dan sedar kemudiannya akan kewujudan gadis muda yang duduk cantik atas kerusi Aina, betul-betul belakang tempat duduk Sana. Dan sekelas itu senyap! Perlahan-lahan, gadis muda itu bangun dari duduknya dan berjalan ke hadapan kelas. Bajunya putih seakan-akan baju putih sekolah. Kainnya putih, membezakan dia daripada pelajar-pelajar perempuan yang lain. Tudungnya bawal labuh yang dipin ke tepi bahu. Kemas! Tiada buku di tangan! Tiada beg tangan! Simple!
          “Assalamualaikum!” salamnya diberi sekali lagi. Senyum!
          “Who are you? Sekarang ni bukan masa Pendidikan Islamlah, ustazah! Sekarang ni masa English,” laju Tiara bertanya. Tiada langsung adab sopan!
          “Sorry to break your heart, guys! But, I’m your new English teacher. Hi! I am Ruby, call me Ruby!” sengih! Cermin matanya dibetulkan.
          “Huh?” semua 24 pasang mata memandang guru muda itu tak lepas. Biar benar? Tak seksi! Tak menarik! Cermin mata bingkai besar! Tak macam cikgu-cikgu English yang sebelum ini. Biar betul!
          Sekali lagi Ruby membetulkan cermin matanya. Sengih tak lepas! Kemudian, dia membuka bicaranya sekali lagi.
          “I’m 23 and fortunately, I’m single!” sengih lagi! Sesaat kemudian, kelas itu kembali bising semula, langsung tak menghiraukan guru muda du hadapan mereka. Tiada yang ingin memberi perhatian kepadanya, kecuali mereka berenam. Sana, Tiara, Maria, Qays, Aizat dan Syed! Mencari cara baru untuk menyingkirkan guru muda itu, mungkin!
           ***

1 comment: