Pages

Monday, July 4, 2011

Hany…

          “Maafkan kami, Encik! Kami sudah berusaha sebaik mungkin untuk selamatkan isteri Encik tapi maaf, Allah dah tetapkan semuanya. Banyak-banyakkan berdoa untuk pemergian dia,” Adham meraup wajahnya selang beberapa kali sebelum melangkah perlahan ke ruang ICU. Tiada riak yang dapat digambarkan daripada wajahnya. Namun, hatinya perit sekali untuk menerima kenyataan ini. Perit! Pedih! Dan yang paling dikesalinya, bahagia yang dikecapi sekejap cuma. Sekejap sekali!
          Sudah 2 tahun peristiwa itu berlaku, tetapi Adham masih tidah mampu menerima kehadiran orang lain untuk menggantikan isterinya. Tidak mampu!
          “Ham betul-betul tak nak kahwin lagi ke ni? Ham tak kesian pada mak ke? Ham sanggup tengok mak mati dulu ke sebelum tengok mak main-main dengan cucu mak sendiri? Ham, yang dah pergi tu biarlah pergi. Kita yang hidup ni kenalah teruskan hidup,” Adham yang sedang menjamu sarapannya berlagak seperti biasa. Ibunya sudah beberapa kali menyuruhnya untuk berkahwin semula.
          “Biarlah dulu, mak! Tanah Hany tu merah lagi, mak! Lagipun, Ham nak kerja dulu, kumpul duit banyak-banyak dulu,” jawapan itu yang sering diberinya.
          “Merah lagi apanya, Ham? Dah 2 tahun dah ni. Mak dah tak sabar dah ni. Sebelum mak mati, mak nak jugak main-main dengan cucu mak sendiri,” riak sedih dipamerkan pada Adham.
          “Ikut maklah! Ham ikut pilihan mak je,”
                    ***
          “Maria, duduk sini please! Mama nak cakap,” tegur ibu Maria saat dia baru sahaja melangkah kaki masuk ke dalam rumah.
          “Apa, Ma? Ya baru balik ni, penatlah!”balasnya dalam nada malas. Tapi kakinya  melangkah juga menghampiri ibunya.
          “Semalam Ya pergi mana?”
          “Mana? Macam biasalah! Ya lepak dengan kawanlah, Ma. Kenapa?”
          “Ya clubbing, kan? Ya, Ya tu perempuan tau! Tak elok ke tempat macam tu. Lagi, Ya skip class kan? Tahu tak Ma dapat suspension letter Ya daripada principal Ya? Assignment Ya banyak tak buat kan? Apa nak jadi dengan Ya ni? Dulu Ya janji apa dengan Ma?”
          “Ala, Ma! Ya malaslah nak study hari-hari! Bosanlah kena lecture  hari-hari! Ma pun tahu Ya macam mana  kan?” balasnya dalam nada tidak ambil peduli.
          “Kalau macam tu, Ma memang tak ada pilihan lain lagi,”
          “Ma nak buat apa?”
                   ***
          “Maria, bangunlah! Subuh ni,” Adham sabar menunggu di tepi pembaringan Maria.
          “Huhh, janganlah kacau! Sibuk jelah awak ni,”sambil mengambil bantal dan menekup telinganya dengan bantal.
          “Maria, subuh dah nak habis ni. Bangunlah!”
          “Tak naklah! Awak ni kenapa? Ma pun tak pernah kejut saya subuh-subuh macam ni tau! Yang awak nak suruh saya solat ni kenapa?” marah!
          “Saya ni suami awak dan awak tu kena taat pada saya tau! Takkan awak tak pernah belajar tu dekat sekolah?” suaranya semakin tegas, namun dia masih sabar dengan karenah Maria. Maria cepat-cepat bangun daripada pembaringannya dan memandang ke wajah Adham. Dia tersenyum sinis.
          “Awak, macam mana saya nak solat sedangkan wudhu’ pun saya dah lupa,” Adham terpempan! Ternyata perangai Maria jauh berbeza daripada perangai Hany. Jauh sekali!
          “Mari, saya ajar awak!” Maria menggaru-garu kepalanya beberapa saat sebelum merebahkan kembali kepalanya ke dada bantal. Namun, tangannya segera ditarik secara lembut tapi tegas oleh Adham untuk ke bilik air.
                   ***
          “Nanti dah habis kelas, call saya, okay?” Maria beriak kelat. Kemudian, Adham berlalu pergi dengan ‘Ferrari’nya. Maria ternyata bengang kerana dipaksa bertudung pagi tagi. Belum pernah lagi dia dipaksa berbuat sesuatu secara paksa.
          Dia bengang sekali! Tentu dia akan diketawakan oleh rakan sekelas yang lain. Sudahlah kali lepas dia mengejek seorang gadis bertudung di kampusnya sebagai kekampungan. Sekarang ini, dia pula yang bertudung? Lawak apakah ini?
          Senyap-senyap dia menyelusup ke tandas dan membuka semula tudungnya. ‘Huh! Kenapa kita nak hipokrit dalam agama kan? Biarlah kita jadi diri sendiri dulu, kan?’ monolog sendiri.
            Sebelum Adham datang menjemputnya, Maria menyarungkan kembli tudung ke kepalanya supaya tidak mendengar bebelan Adham. Alangkah baiknya kalau Adham bereaksi seperti jejaka-jejaka di kampusnya sahaja? Wajahnya memang handsome, tetapi pemikirannya tersangat matang untuk Maria sendiri fahami. Perasaannya yang pasti sudah sedikit sebanyak terbuka untuk memahami lelaki itu, tetapi di masih belum dapat memahami pemikiran Adham. Hatinya seakan sukar disentuh oleh sesiapa pun.
          Baru sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam perut kereta, terus sahaja Adham menyapanya.
          “Aik, bukan ke pagi tadi brooch tu dekat sebelah kanan? Kenapa dekat sebelah kiri pulak? Brooch, brooch! Peliklah awak ni. Pagi, elok je duduk baik- baik. Kenapa nak berubah pulak? Kalau selalu sangat berubah, orang pun keliru awak ni di pihak mana satu. Takut hipokrit ya? Kalau hipokrit tapi dekat tempat betul, tak apalah! Tapi kalau ikut hati sendiri tapi tak ada jaminan syurga, buat apa kita nak jadi diri sendiri? Lebih baik jadi hipokrit, kan Maria?”senyum!
          Maria terpempan seketika. Kenapa senang sekali fikirannya dibaca oleh suaminya? Kenapa? Dan kenapa ketika saat ini, tiada langsung alasan- alasan dapat diutarakannya sedangkan dia dahulunya sangat handal dalam berdebat?   
          ***
          “Adham, kamu dengan Maria ni dah setahun kahwin dah ni. Ma sukan betul tengok Adham jaga Maria. Dulu, pantang betul dia kalau Ma tegur pasal solat, pakai tudung semua. Baik je Adham didik dia! Ma bahagia sangat tengok kamu berdua ni. Tapi itulah! Perkataan bahagia ni biasanya orang kaitkan dengan mak, ayah dengan ‘anak’. Bila lagi, Adham?” gesa ibu Maria secara berhemah. Ibu Adham pula menggunakan cara yang sedikit dahsyat.
          “Mak ni bukannya muda lagi macam kamu dengan Maria tu ha. Malaikat Izrail dah datang jenguk-jenguk dah ni. Nih! Bila lagi nak beranak-pinak korang berdua ni? Bila masing-masing dah berumur, baru nak pikir pasal anak ke?”
          Dan malam itu, Adham benar-benar melaksanakan tanggungjawabnya.
          “Maafkan saya. Mak dengan Ma yang gesa kita dapatkan cucu untuk diorang,”
          Hasilnya, Maria benar-benar membawa sebuah nyawa dalam rahimnya. Tapi tanggungjawabnya sebagai seorang penuntut masih lagi dilaksanakan. Setiap hari dia dihantar oleh suaminya. Tudung sudah menjadi suatu kemestian baginya. Solatnya juga sudah menjadi semakin sempurna. Itulah tanggungjawab dan didikan yang diberikan oleh Adham.
          Namun kebelakangan ini, Maria dan Adham sudah semakin jarang sekali untuk bersua muka. Setelah menghantar Maria ke kuliahnya, langsung saja dia ke pejabatnya dan mendedikasikan dirinya pada kerja sehinggalah tiba saatnya yang perlu untuk dia menjemput Maria. Kadang-kadang, dia terlalu sibuk sehingga dia perlu menghantar budak pejabatnya untuk menjemput Maria dan menghantar Maria pulang ke rumah.
          Luarannya mungkin kelihatan agak tenang, tapi hati Maria sebenarnya sangat terseksa. Dirinya sudah sangat mencintai suaminya, tapi hatinya tersangat perit untuk menerima kenyataan yang suaminya tidak tulus dalam mengahwininya. Dia tahu semuanya tidak lama dahulu ketika dia secara tidak sengajanya terlihat gambar Adham dan seorang gadis ketika sedang mengemas kamar mereka. Sungguh gambar itu terletak kemas di dalam dompet suaminya. Hatinya hancur luluh! Perit sekali! Adham memeluk rapat gadis manis bertudung itu. Dan senyumn mereka sangat tulus. Adham tidak pernah senyum kepadanya seperti itu. Semakin bertambah kesedihannya! Kenapa tidak pernah sekali pun Adham memberitahunya tentang kewujudan gadis itu? Mungkin perkahwinan yang bukan kehendak mereka pada mulanya ini tak akan berlaku jika Adham berterus-terang. Kolam airmata Maria bergenang lagi.
 ***
          Sudah dua jam ‘operation’ berakhir. Mata Maria masih belum dapat dibuka seluasnya. Dia masih belum mampu lagi untuk menghadapi hai-hari yang akan mendatang. Dia belum pasti lagi dengan apa yang akan menjadi tujuannya selepas ini. Dia masih belum bersedia. Adakah Adham akan masih setia di sisinya? Mugkinkah? Bersediakah Adham untuk menerimanya lagi?
          ‘Anakku sayang! Ibu belum tentu lagi akan menjadi ibu yang terbaik untukmu dan ibu tak punya keberanian itu. Mungkin ibu akan menemanimu atau mungkin tidak. Ibu tak pasti, anakku! Ibu takut andainya hati ayahmu masih belum mampu menerima ibu. Maafkan ibu! Ibu tak mampu menerima situasi ini, sayangku.’
          ‘Ibu sangat sayangkan ayahmu tapi ayahmu tidak, anakku! Ibu pasti akan berundur dari hidup mereka. Biarlah ayahmu mendapat kebahagiannya sendiri. Ibu tak akan menghalang cinta suci mereka lagi. Pasti ayhmu banyak merana dengan perkahwinan kami. Maafkan ibu, sayangku! Ibu tak berniat untuk membuatkan ayahmu menderita. Maafkan ibu! Ibu akn pergi dari hidup mereka. Ibu pasti akan pergi. Tapi sebelum itu, biarlah ibu bertemumu buat kali pertama dan terakhir, anakku. Dan selepas itu, berbahagialah kau bersama ayahmu. Janji pada ibu, anakku!’ air matanya mengalir tak henti-henti, selaras dengan luahan hatinya. Dalam pada masa itu, ada suatu objek yang kasar menyentuh wajahnya dan mengelap tangisannya yang berjujuran daripada kolam matanya tadi. Perlahan-lahan matanya dibuka. Adham!
          “Hey, kenapa sayang menangis ni? Sedih ya abang tak ada tadi? Abang tengok baby kejap tadi. Comel baby kita, sayang! Mata dia seiras sangat dengan mata Maria, tapi hidung dia mancung macam abang,” senyuman yang tak henti. Tangannya masih lagi mengusap-usap pipi Maria. Tangan kanannya pula menggenggam erat tangan kanan Maria.
          “Abang, Maria nak tengok baby. Bawa Maria tengok baby, bang! Tolong Maria, bang!” suaranya sedih sekali, seakan merayu.
          “Boleh, sayang. Tapi nanti sekejap lagi ya abang bawa masuk baby dalam bilik sayang. Baby baru mandi tadi. Lagipun, takkan abang nak bawa sayang keluar dalam keadaan macam ni. Sayang kan sakit lagi ni,” dahi Adham sedikit berkerut. Kenapa dengan Maria? Seperti baru sahaja kehilangan bayi.
          “Tolonglah Maria, bang! Maria akan jumpa dia sekali saja, lepas tu Maria tak akan kacau lagi. Maria janji, bang!” menangis teresak-esak. Adham semakin pelik.
          “Hey, baby kita selamat, Maria. Kenapa pula Maria nak tinggalkan dia? Kita berdua akan jaga dia. Okey, sayang?” Adham memeluk Maria seeratnya. Seakan tidak akan dilepaskan lagi.
          “Tak! Maria tak akan kacau hidup abang lagi. Maria tak kan! Abang kahwinlah dengan kekasih abang. Abang jangan menderita lagi sebab perkahwinan kita ni. Tolonglah, bang! Bawa Maria jumpa baby. Sekejap je,” airmata tak berhenti mengalir.
          “Siapa kekasih abang? Maria seorang kekasih hati abang. Jangan macam ni, Maria. Jangan tinggalkan abang!” setitik demi setitik airmata Adham mula luruh.
          “Maria nampak gambar abang dengan ‘dia’ dalam dompet abang. Maria tahu abang sayang pada dia. Abang pergilah pada dia. Jangan risaukan Maria. Maria akan jaga diri Maria lepas ni, tapi abang tolonglah bahagia dengan ‘dia’,” sekali lagi airmatanya jatuh. Dia tidak mampu lagi untuk menatap wajah Adham. Tangan Adham yang kemas menggenggam tangannya tadi dilepaskan dan perlahan-lahan kakinya melangkah ingin keluar dari bilik itu.
          “Maria! Abang sayangkan Maria. Hany memang pernah jadi kekasih hati abang, tapi abang sayangkan Maria lebih lagi. Dia pernah menjadi orang yang paling penting dalam hidup abang, tapi Maria adalah hidup abang sekarang. Rela ke Maria tengok abang hidup terumbang-ambing kalau Maria tak ada dalam hidup abang nanti?” kakinya berhenti menapak. Terkaku! Dan perlahan-lahan Adham menarik bahu Maria untuk menghadapnya.
          “Abang sayangkan Maria! Sayang sangat-sangat! Abang tak mampu hidup tanpa Maria. Cukuplah Hany saja yang tinggalkan abang. Janganlah Maria pun tinggalkan abang. Tolong ya, sayang?” setelah itu, pelukan yang sangat erat diberikan oleh Adham. Tidak mampu lagi dia melepaskan pelukan itu. Tidak sanggup lagi dia mendenga tangisan Maria yang sangat memilukan hati.
          “Abang sayang sangat pada Maria!” sebuah kucupan di dahi Maria.
          “Abang tak mampu hidup tanpa Maria,” kucupan di hidung Maria.
          “Abang cintakan Maria seorang, dan abang tak sanggup bahagikan kasih abang ni pada orang lain lagi.” Dan bibir bertemu bibir. Lama!
           ***
           “Alamak, terlupa nak ambil cawan. Sekejap ya!” pantas sahaja Maria bangun dari kerusinya
          “Sudahlah tu, sayang! Duduk dulu. Dari tadi Maria mundar-mandir keluar dapur. Awak duduk dulu, biar abang ambilkan cawan,” Hani yang di pegangannya diletakkan di kerusi khasnya.
          “Tak nak! Maria tak nak kalah dengan Hany,”
          “Huh? Maria merepek apa ni? Hani? Kan dia kecik lagi tu, nak bergaduh dengan dia buat apa?” kening Adham dikerutkan.
          “Abang ni! Hani kita buat apa? Hany abang tu lah,” pantas sahaja dia ke dapur.       
          “La, Maria pikir lagi ke pasal Hany? Itukan cerita lama dah,” kening Adham berkerut, bosan.
          “Yelah, tahu lah! Tapi kan bang, kalau difikir-fikir lah kan, Maria bersyukur sebab ada Kak Hany tu. Bukan Maria tak tahu abang dulu kat uni abang nakal macam mana. Nasib baik ada Kak Hany yang tolong jinakkan abang kan? Kalau tak, bayangkanlah kalau abang jumpa Maria dulu. Nakal plus nakal, jadinya ‘unexpected explosion’ lah kot!” Maria senyum!
          “Maria, kalau lelaki di seluruh dunia ni dapat Maria, mesti tak aka nada masalah dalam berpoligami kan?” Adham sengih, manja.
          “Kenapa tiba-tiba pulak ni?”
          “Sebabnya Maria ni sanggup share kan? Kalau macam nilah kan, abang ada lagi 3 awaiting list untuk jadi gundik abang. Hany dah out dah, of course! Hurm, bahagia, bahagia! Nasib baik abang dapat Maria,” Adham mempamerkan gigi putihnya! Pantas sahaja jari Maria mendarat di bahu Adham.
          “Cubalah nak menggatal ye! Nanti abang dapat 3, hilang pulak yang 1 ni.” Maria senyum, sambil mempamerkan sebaris giginya juga.
          “Eleh, abang cakap sikit je pun, nak ugut-ugut dah! Tak elok tau membuatkan suami Maria takut tau,”
          “Hurmm, takut ke? Makin kuat mengusik adalah.”
          “Hehe, tapi kan sayang, si Hani ni dah umur setahun dah ni. Bila nak dapat yang baru? Penatlah tunggu sayang final year ni.”
          “Erm, abang sayang Maria kan? Maria pun sayang sangat-sangat kata bang. Abang sabar ye! Nanti tepat masanya, adalah rezeki bang kan? Asal abang jangan cari yang lain, sudahlah bang ye!” Maria tersenyum panjang.
          “Isy, kedekut lah sayang ni! Menyampahlah!”
          “Abang, abang tahu kan Maria sayang sangat-sangat pada abang?”
          “Tahu!” selamba.
          “Dan, Maria sangat bersyukur sangat sebab ada abang yang bimbing hidup Maria. I love you!” Adham menutup mulutnya, sambil senyum mengada-ngada.
          “Isy, apalah you ni! You luahkan perasaan time I tak bersedia lah! Tapi, I love you je ke? I love you kiss tak ada?” sengaja. Maria mula bangun dan memberi ciuman ke pipi Adham. Tiba-tiba, kekekan si kecil Hani mengganggu aksi mereka.
          “Mammammammam” sambil terkekek-kekek ketawa melihat mereka.
          “Abang! Apa ni? Abang dah ajar dia perkara tak senonoh la. Tengok tu, dia dah jadi gatal macam abang,” si kecl masih lagi terkekek-kekek.
          “Isy, Hani. Kan daddy dah cakap jangan tunjuk kat mama. Apalah Hani ni,” dan si kecil tergelak lagi. Apa lagi yang lebih membahagiakan mereka berdua daripada senyuman riang si kecil mereka? Dan perlahan-lahan kepala Maria dilentokkan ke bahu Adham dan tangan Adham mula melingkari bahu Maria.
          Mereka bahagia bersama, meskipun mereka belum pernah bersua muka sehinggalah ke hari pekahwinan mereka. Dan awal perkahwinan mereka bukanlah begitu baik, tapi masih utuh lagi perkahwinan mereka. Pernah juga badai melanda perkahwinan mereka, tapi mereka hadapinya dengan ketabahan yang sangat tinggi. Itulah sebenarnya penyebab kepada keutuhan sesuatu rumahtangga, tapi masih ramai yang gagal mempertahankan rumahtangga yang dibina, walaupun pernah bertahun lamanya menyulam kasih bersama.
          Usia bukanlah ukuran! Bukan juga kuantiti yang kita perlukan, tapi kualiti yang kita perlu. Bukanlah tahun bercinta yang sangat lama menjadi ukuran, tetapi tahap kesabaran kita dan perhubungan kita dengan Yang Maha Tinggi yang diukur. Erti apakah usia percintaan yang sangat lama andai usia perkahwinan hanya sementara? Sekurang-kurangnya, itulah yang mengajar Adham dan Maria untuk mempertahankan cinta dan kasih mereka, bukan hanya usia perkahwinan mereka.

Miena.izuera
3.06 am / 1 june 2011    

1 comment: