Pages

Tuesday, June 7, 2011

Ruby


SANA
     “Saya sangat berharap kalau awak tak akan ulangi kesilapan awak lagi.Dan saya harap, ini akan menjadi kali terakhir awak terlibat dalam kegiatan seperti ni.” kata pengetua seolah-olah tiada lagi peluang terakhir untuknya.
    “Tapi cikgu, saya memang tak bersalah. Semua ni memang dah dirancang. Takkan cikgu percaya saya yang buat semua ni?” Sana cuba menjelaskan.
    “Percaya atau tak dah tak ada guna, Hasana! Awak orang yang cikgu sangat percaya. Macam mana benda macam ni boleh timbul kalau awak tak buat, Hasana? Dan, cikgu cuba bagi peluang dekat awak supaya awak berubah dengan cara ni. Cikgu harap sangat supaya kejadian macam ni tak akan berlaku lagi,” pengetua meneruskan kerjanya sebentar tadi.
    “Saya tak buat, cikgu! Saya tak buat! Takkan saya nak terima hukuman untuk apa yang saya tak buat, cikgu? Tolonglah saya, cikgu! Tolonglah saya! Macam mana dengan mak saya kalau saya kena masuk sekolah teruk tu? Cikgu, tolonglah saya, cikgu!” Hasana cuba merayu. Air matanya tidak dapat tertahan lagi daripada mengalir secara derasnya.
        “Hasana! Awak tahu tak Cikgu tengah cuba selamatkan awak, Hasana? Awak tahu tak betapa ruginya kalau awak tak pergi ke sekolah tu, Hasana? Awak akan didakwa oleh mak dan ayah budak yang awak buli tu. Awak sanggup?Awak tahu siapa diorang tu? Timbalan menteri pendidikan dan pegawai kementerian pelancongan.Dan siapa mak awak, Sana? Cikgu biasa yang gaji tak akan melebihi 4 angka setiap bulan, Sana! Awak faham tak apa yang saya cuba sampaikan dekat sini, Sana? Kalau awak tak pergi, awak tak mungkin ada peluang untuk belajar dekat sekolah, walau nama apapun sekolah tu. Awak faham kan maksud Cikgu? Sebab itulah awak kena pergi ke sekolah tu sebab Cikgu sedang cuba sebaik mungkin supaya awak dapat bersekolah lagi. Awak faham kan?” pengetua pun bagaikan tidak dapat menahan dirinya daripada amarah. Sana tahu maksudnya. Dia sangat jelas akan pengetua. Hubungan mereka sangat baik kerana pengetua itu adalah kawan baik ibunya sendiri.Sana tahu yang pengetua juga tahu tentang dirinya yang difitnah.Tapi mereka berdua tidak dapat berbuat apa-apa. Sana yang lemah! Pengetua juga lemah! Mereka sama-sama lemah! Lemah! Lemah oleh dunia yang dikuasai orang-orang yang hasad.
      “Maafkan Cikgu, Hasana! Tapi saya dah cuba apa yang termampu saya cuba. Saya boleh cuba sembunyikan hal ni daripada mak awak tapi ingat, janji pada saya yang awak akan bersekolah dekat sana dan cuba buktikan yang awak boleh berjaya juga di sana. Terlalu bahaya kalau awak terus berada di sini.Ramai orang yang tak dapat menerima kewujudan awak. Maafkan saya, Sana!” pengetua tidak dapat menghadapi Sana lagi.
Dan sekembalinya ke kelas, Areena sudah sedia menantinya.
        “I’ll go!” ucap Sana senafas. 

TIARA
        Tangan dia yang kecil tak bermakna apa-apa.Tangan itulah yang sedang memegang kayu hoki dan mengugut untuk memukul budak lelaki itu dengan kayu hoki yang dipegangnya.
        “Kau ingat sebab bapak kau VIP, kau ada kuasa dekat sekolah ni? Kau ingat senang-senang kau boleh beli semua benda ke? Dengar sini, ya! Aku sangat-sangat tak suka kau layan kawan aku macam yang kau buat. Sebab kau dah buat apa yang kau tak patut buat, I want you to take the responsibility. If you’re not, I’m going to report it to your father. Kalau tak pun, kayu hoki ni akan tepat-tepat kena kepala kau, biar langsung tak berfungsi apa lagi lepas ni. Kau faham?”
         Budak lelaki itu tak mampu berkata apa lagi. Bibirnya sudah dibasahi darah merah pekat. Semuanya hasil daripada tumbukan padu Tiara sebelum itu.Tapi dia yang sedang dalam kesakitan masih lagi mampu tersenyum.
        “Agak-agak kalau aku tak nak, apa kau nak buat?” dalam keadaan yang agak susah dituturkan. Tiara sangat berang. Wajahnya terus berubah, semakin garang.
        “Hey, budak! Kau sedar tak apa yang kau cakap ni? Kau nak mati ke?” genggaman Tiara ke kolar baju lelaki itu semakin kemas, seolah-olah hanya menunggu masa untuk kayu hoki itu mencapai sasarannya di kepala lelaki itu.
        “Sayanglah! Muka cantik macam kau ni, tak sempat nak rasa jadi girlfriend aku. Sayang!” dan kayu hoki itu terus sahaja melekat ke kepala budak lelaki itu kerana kemarahannya yang meledak. Tanpa disedarinya, sepasang mata guru sekolah itu sedang memerhatinya dengan penuh khusyuk.
        “Tiaraaaa!”

MARIA
       Kali pertama guru muda itu ingin memulakan tugasannya. Bak kata orang, mengajar ini bukanlah mudah. Kesabaran diperlukan! Ketabahan, ke’sempoi’an dan pengalaman yang banyak! Dan yang paling penting, gaya harus diutamakan! Diperbetul skirt labuh yang dipakainya. Kot hitam yang dipakainya juga diperbetul beberapa kali. OK! Everything’s going to be perfect! The coat! The skirt! The scarf right on the head! Perfect! And now, I'm going to 4A! Yes, Deanna! Be cool and rilex. They are kids anyway!
        Diambilnya buku Grammar dan Sample Essays. Kapur! Eraser! And what’s more, ya? Yes, the paper sheets for any emergency case. Kakinya melangkah dengan penuh bergaya, seakan supermodel New Jersey. Terserempak dengan guru sejarah,
        “Semoga berjaya!” sambil memberikan senyuman yang paling manis padanya.
        Terserempak dengan guru Bahasa Melayu,
        “Hati-hati, ya!” senyum lagi.
         Guru PJK,
        “Cekalkan hati, ya!” senyum juga!
Dan sesampainya sahaja dia di sana, semua orang tiada di kelas. Guru muda itu masuk dan meletakkan bukunya di atas meja.
Tiba-tiba, pintu kelas itu tertutup dengan sendiri. Pintu belakang juga! Deanna cuba untuk membuka pintu itu sedaya mungkin, tapi ternyata tidak mampu. Dan selepas itu, dia terdengar namanya dipanggil secara perlahan.
Dia memandang ke belakang, dan tiba-tiba kabus tebal mengaburi matanya. Deanna terkesima. Suatu lembaga yang agak menyeramkan sedang menghampirinya sambil merangkak dengan wajah yang kosong tanpa hidung, mata, bibir dan segalanya.Rambutnya yang panjang menutupi lagi sebahagian wajahnya.Semakin laju lembaga itu mendekatinya. Seakan-akan Ju-On!
        “Tolong aku, Deanna! Tolong aku! Mereka nak bunuh aku! Tolong aku, Deanna! Tolong!” suara yang sangat mengerikan! Dan Deanna tidak mampu lagi bertahan. Dia memang lemah semangat! Sejak dari dulu lagi. Dan akhirnya dia pengsan!
        Dan budak-budak kelas 4A pun bergembira. Seorang lagi guru tumpas di tangan mereka.Maria pula memadamkan make-up tebal di wajahnya. Wig yang panjang miliknya dicabut. Mereka tergelak sakan. Sangat gembira dengan lakonan mantap Maria sebagai ‘hantu’ di kelas mereka. Bukan sekali Maria berbuat sebegini. Malah banyak kali. Sangat banyak!
        “And the best actress award goes to…”
        “Marina! I need to see you in my office right now! And the rest of you, bring Miss Deanna to her room!” Madam Principal dengan wajah garangnya lagi. Tapi sungguh tak terkesan di hati Marina kerana Madam Principal itu adalah ibunya sendiri.
        “I couldn’t do it more than this. You such a spoilt kid, you know?”
        “I am!” endah tak endah jawabnya.
        “And you know what, dear!  I really need you to go to the other school.”
        “Oh, yeah! It’s better for me not to see you again!” dan satu tamparan hinggap di pipi mulusnya.
        “That’s so enough! I’m your mother, Marina!” kemarahan ibunya meledak.
        “Have you ever be one? And if there is, how about be a good mother? Have you?” Dan Marina melangkah keluar sambil Madam Principal mengeluh menyesali anak gadisnya.

QAYS
“Qays, papa tak mahu terima apa-apa kes hari ni atas nama kamu. Kalau ada kes juga, papa takkan bagi duit saku minggu ni. Faham?” Qays memandang papanya sekali pandang. Muak! Dan perempuan di sisi ayahnya langsung tidak dipandang. Menyampah! Laju sahaja kakinya melangkah keluar dari BMW hitam berkilat itu.
“Sayang, you jaga dia baik-baik okay sepanjang dekat sekolah ni. Kalau ada apa-apa kes lagi, laporkan pada I as soon as possible.Jangan segan silu nak panggil dia anak you. Anak I, anak you juga. Nanti I hantar orang tolong tengok-tengokkan.” Wanita muda itu tersenyum sebelum menghadiahkan sebuah ciuman di pipi papa Qays.
“I tahu. Nanti tengahari ni you balik ya. I nak masak sebab I kerja setengah hari je hari ni. Okay?” wanita muda itu kemudiannya keluar dari kereta mewah itu sambil membimbit ‘designer bag’ hadiah dari papa Qays 2 hari yang lepas. Gaya jalannya persis seorang model. Dengan kebaya ketatnya, dengan tudung Syrianya, dengan ‘heel’nya yang 8 inci, dan yang paling ketara adalah barang-barang kemasnya yang berbelas karat. Dan, langkahnya terhenti dengan kemunculan Qays di hadapannya.
“Makcik! Kau ingat aku akan panggil kau mak tiri? Never! Nak panggil kau cikgu pun aku rasa tak layak.” Qays segera pergi apabila mengucapkan ayat-ayat keramat itu.
Tengahari itu, dia tertangkap lagi apabila cuba mencalarkan kereta Cikgu Rusaini. Cikgu itu terlalu melampau apabila cuba mengejeknya dengan gelaran anak Cikgu Maya. Dia benci! Benci dengan semua orang yang bernama hipokrit! Dan hipokrit terbesar adalah insan-insan yang bergelar guru. Manis wajah mereka  hanya di muka sahaja, bukan yang terzahir dari hati. Masing-masing cuba menghukum dia dengan hukuman yang paling besar jika mungkin, bukan cuba mencari penyelesaian terbaik ataupun mencari punca kenakalannya. Qays sudah lama hilang hormat pada seorang guru. Semua guru!
Sambil berjalan keluar dari pekarangan sekolah, Qays cuba mengeluarkan mp3nya dari poket seluar sebelum seorang budak lelaki junior memanggilnya daripada belakang.
“Abang Qays, kan? Ni ha, abang-abang yang sana tu suruh saya bagi ni pada abang.” Surat! Dibacanya secara endah tak endah!
‘Woi, anak yatim! Kesian mak dah masuk kubur, kan? Kalau dia hidup lagi, mesti dia sakit jantung dapat bini muda cikgu sekolah kau, kan?’ kertas putih itu direnyukkan dan beg sekolahnya dicampak tepi. Sepantas kilat, dia menghampiri ketiga-tiga taico sekolah itu. Dan tentulah sepasang mata milik ibu tirinya menjadi saksi.
“Hello, sayang! Anak you problem lagi. Tak cukup calarkan kereta kawan I, dia belasah kawan-kawan sekolah dia sekarang ni. You datanglah tengok! I tak sanggup nak tengok lagi. Puas dah I cuba nak berbaik dengan dia. You ajalah layan  dia!” talian diputuskan.



AIZAT & SYED
        Dia budak yang cerdik! Cerdas! Bijak! Rajin! Namun malangnya, peribadinya sentiasa menjadi perhatian orang-orang yang cuba mengambil kesempatan daripadanya.
        “Kerja sekolah ni, kami harap kau dapat siapkan esok. Kalau tak siap jugak, nahaslah kau! Dan kalau cikgu dapat kenal dalam buku kami ni adalah tulisan kau, kami akan pastikan kau tak selamat lagi dekat sekolah ni. Faham tak?” budak itu menganggukkan kepalanya sehingga hampir 90 degree.
        Tanpa disedari mereka, sepasang mata yang sangat dingin sedang memandang tajam ke arah mereka. Perasaannya bergolak! Sepantas mungkin dia mendekati mereka dan tumbukan padunya menjadi senjatanya yang tersangat kebal. Tiada sesiapa pun di antara mereka berlima yang boleh menandingi kekuatan tangannya seorang. Dan akhirnya selesai! Bak lipas kudung, mereka membawa pergi buku sekolah mereka dalam keadaan cedera teruk.
        “Kau tak apa-apa ke, Aizat? Kan aku dah cakap dah, budak-budak macam ni menyusahkan je. Yang kau dok sibuk-sibuk nak dekat dengan dia orang buat apa?” sambil mengesat peluh di dahi.
        “Sorry, Syed! Aku bukan apa, aku bosan tak nampak kau bertumbuk lagi sejak kita masuk sekolah baru ni.” Sambil mendekati Syed. Tangannya laju sahaja mengelap darah setitik di bibir Syed.
        “Sakit ke? Tak sangka lepas satu tangan kena mulut kau pulak. Haiya!” keluh Aizat dalam senyum. Mereka berjalan seiringan.
        “Sekolah yang ke berapa ni hah? Lepas Presint Jaya kali tu, ni sekolah kita yang ke-14. Pedalaman mana kita nak masuk pulak ni ya?” mereka tergelak lagi sendiri. Mereka memang sudah lama bersama, sejak daripada zaman tadika lagi. Pada zaman itulah Syed mula menjadi penyelamat Aizat dan mereka mula bersahabat baik. Malangnya, perangai mereka semakin lama semakin nakal dan inilah yang merisaukan pihak ibubapa mereka. Pernah sekali mereka ingin dipisahkan tetapi dek kerana satu ugutan sahaja daripada Syed, segala rancangan mereka terbantut. Dan mereka hanya membiarkan.
***

        Aizat memandang Syed. Syed memandangnya semula tak berkelip. The new kid is really something! Senang-senang sahaja pelajar seramai sebelas orang itu tumpas di tangannya. Baru sahaja seminggu mereka di sana. Dan, belum sempat pun lagi mereka hendak mencetuskan kes baru, sudah ada yang mendahului mereka.
        “Syed, budak tu kelas kita, kan? Yang selalu duduk belakang tu kan? Yang asyik dengan MP4 dia 24 jam, kan? Kau rasa apasal dia belasah budak ramai-ramai tu?” Aizat tak puas hati. Memang diakui budak baru itu memang hebat berlawan. Tapi, dia sendiri tak tahu yang mana lebih hebat, budak itu ataupun Syed.
        “Syed, kau nak try tak? Macam biasa, aku jadi umpan, lepas tu kau masuk lah macam selalu. Nak?” Syed mendengus perlahan. Mata Aizat masih tak lepas daripada memandang kelibat budak baru tu yang baru sahaja hendak berlalu daripada tempat kejadian.
        “Suka hati lah,” Mata Syed masih tak lari daripada buku yang dibaca. Silat! Petang nanti ada ujian untuk ke peringkat akhir. Dia malas hendak berlama-lama di kelas silat tu. Tak ada sesiapa pun yang boleh dijadikan kawan. Orang yang macam Aizat tak ada kat sana. Semua lebih kepada ego sendiri, hendak menang selalu. Dia malas hendak bergaul dengan orang-orang yang macam ni, yang rasa dunia ni akan dikuasai oleh orang-orang yang lebih kuat. Dia tak suka! Kalau bukan sebab ayahnya yang memaksa, tak akan dia hendak masuk ke kelas silat tu.
        “Ok, nanti aku plan,” Aizat dah tersenyum, tak sabar hendak menantikan hari di mana Syed dan budak baru itu akan bertempur. Imaginasinya sudah di luar kawalan.
        “Kau tak nak balik kelas ke? Rehat dah habis ni,” Syed jugalah yang membawa balik Aizat kea lam reality. Dia tahu sahabat karibnya itu sedang berkhayal. Aizat tersedar dan sengih kemudiannya. Perlahan bahunya ditepuk perlahan oleh Syed.
        “Jom!”
                ***  
        Qays baru sahaja berada di sekolah baru ini. Baru sahaja beberapa hari. Belum pun lagi dia menunjukkan taringnya di sekolah itu. Tapi dia geram apabila gangsters sekolah itu sudah pandai mencarinya untuk bergaduh. Mulanya dia langsung tidak mahu terlibat dengan mereka, tetapi apabila mereka mula menyebut perkara-perkara yang tidak baik tentang ibunya, dia menjadi berang. Bagi Qays, buatlaha apa sahaja kepadanya tapi mereka tak ada hak langsung untuk berkata perkara yang tidak baik tentang ibunya. Dan ibunya hanya satu! Ibunya yang sudah meninggal dunia 10 tahun dahulu. Itulah ibunya satu-satunya. Bukan perempuan yang berada di rumah yang selalu menemani ayahnya. Itu bukan ibunya! Tidak sama sekali!
        Masuk sahaja ke dalam kelas, seperti biasa dia berjalan terus ke kerusinya di bahagian paling belakang dan walkman mula disumbat ke dalam telinga. Peluh bertumbuk dengan budak-budak tadi masih belum hilang. Dia pun hairan kenapa dia peduli dengan budak-budak tadi. Padahal dia sangat tidak suka untuk mengeluarkan peluhnya untuk perkara-perkara yang tak perlu. Dia sudah bertekad sebenarnya untuk tak membazir tenaganya untuk hal remeh-temeh.
        Tamat sahaja waktu sekolah hari itu, seperti biasa dia berjalan untuk ke KTM. Dia malas hendak menunggu driver papanya. Lagipun, dia rasa dia tak perlu mengharapkan Pak Cik Daud untuk balik ke rumah yang hanya beberapa minit daripada sekolahnya. Dalam perjalanan ke KTM, seorang pelajar sekolah duduk di sebelahnya di dalam KTM. Pelajar sekolahnya juga memandangkan daripada lencana sekolahnya. Itu Qays pasti.
        “Kau Qays kan? Kau busy tak lepas ni? Aku ada hal nak bincang dengan kau. Boleh?” Qays melurutkan walkmannya ke leher. Dahi berkerut.
        “Sorry, kau cakap apa tadi?” Aizat senyum sinis.
       “Aku Aizat, budak kelas kau. Mesti kau tak perasan kan?” kening Qays terangkat seketika. Betul! Dia tak kenal siapa Aizat. Dia tak pernah kisah budak-budak kelasnya. Lagipun, dia baru sahaja seminggu di situ.
        “Aku tak kenal. Kau nak apa ni?” berlagak!
        “Erm, kau ada hal ke lepas ni? Aku nak kau jumpa kawan aku. Dia betul-betul nak jumpa kau. Boleh?” nada Aizat sangat normal. Seolah-olah mereka sudah berkawan lama. Sekali lagi kening Qays double jerk.
        “Sorry, aku busy,” kemudian, walkman sekali lagi dipasang ke telinga. Aizat tak dihiraukan. Aizat mengeluh perlahan. Gagal! Tapi masih ada Plan B.
                ***
        “Assalamualaikum, nama saya Nur Hasana. Call me Sana! Seperti yang kamu semua nampak, saya pelajar baru di sekolah ni dan saya harap tunjuk ajar daripada kamu semua, untuk bantu saya survive dekat sekolah ni.” Senyum! Cikgu Halim selaku guru kelas mereka hanya mampu tersenyum. Rekod sekolah Sana sebelum ini sangat baik, kecuali yang satu itu. Tak seperti yang lain-lainnya, seperti Qays, Syed dan Aizat. Malah, Sana merupakan pemegang rekod terbaik akademik sekolah setiap tahun. Dan sewaktu PMR dahulu, Sana juga merupakan pelajar terbaik negeri. Dia tersenyum. Sekurang-kurangnya, ada juga yang akan mengharumkan nama kelas ini nanti.
        “Baiklah, ada apa-apa soalan kepada Hasana? Kalau ada, sila ajukan soalan,” laju sahaja tangan budak lelaki yang berada di tengah diangkat. Cikgu Halim dah tersenyum bosan.
        “Saya nak tanya, status awak single ke in a relationship?” sambil muka tersipu-sipu malu. Dahi Sana berkerut, begitu juga dengan yang lainnya.
        “Err, taken,” selamba! Ye lah! Dia adalah milik ibu bapanya, bukan milik sesiapa. Cikgu Halim tersengih.
       “OK! Itu jawapan yang saya nak dengar walaupun seperti yang kita tahu, pelajar sekolah tak digalakkan bercinta. Tapi, saya sarankan janganlah bercinta dengan Jimmy,” Hazimi atau Jimmy, yang bertanya soalan tadi mula memuncungkan mulutnya.
        “OK! Ada soalan lain?” tanya Cikgu Halim lagi.
        “Bila agaknya kita boleh mulakan sesi pengajaran kita?” suara budak yang paling belakang mula menjadi tumpuan. Matanya langsung tak pandang Sana atau Cikgu Halim, atau pelajar-pelajar yang lain. Matanya telus ke dalam buku di atas mejanya.
        “Erm, that’s right! Saya rasa kita tak perlu bazir masa atas saya saje. Lagipun, kita semua ada banyak lagi masa untuk berkenalan. Jadi, saya rasa itu sahajalah semuanya pasal saya,” Sana tersenyum kelat. Dia agak terkejut dengan soalan budak lelaki paling belakang tadi.
        “OK lah! Jadi, awak boleh duduk dekat sebelah Qays dekat belakang sekali tu, kalau awak tak kisah. Dan, jangan risau pun! Tempat duduk semua orang akan berubah nanti mengikut gred. Yang gred rendah akan duduk paling depan, dekat dengan saya dan gred yang paling tinggi akan duduk belakang, untuk setiap peperiksaan. Jadi, awak tak perlu risau, saya rasa awak akan tetap duduk di belakang, tapi mungkin sebelah awak akan berubah,” sedikit sebanyak kata-katanya ditujukan kepada Qays. Pencapaian akademik Qays tidaklah sebaik mana rasanya. Budak itu kelihatannya bermasalah sahaja, pasti dia bukanlah dari kalangan mereka yang berjaya.
        “Jadi, hari ni kita akan belajar pasal…” setiap bait kata-kata Cikgu Halim tak masuk langsung ke dalam otak fikirannya memandangkan dia sedang duduk bersebelahan dengan orang yang mengerikan. Wajahnya yang sedikit good-looking langsung tak menunjukkan sedikit pun ramah, walau sedikit pun. Walaupun hendak menjeling pun Sana sudah takut. Apatah lagi untuk memandang Qays terus ke matanya.
        “Kringgggg!!!” mata pelajaran terakhir sudah berlalu. Aizat berjalan laju ke tempat duduk Sana dan Qays.
        “Hi, Sana! Aku Aizat, baru jugak dekat sekolah ni, sejak sebulan lepas. Yang dekat pintu depan tu, yang gagah tu, kawan aku. Nama dia Syed. By the way, kau sekolah mana sebelum ni?” Aizat tak segan-silu langsung bertanya. Dia kan Aizat! Dia boleh ramah dengan sesiapa sahaja, tapi tidak untuk saja-saja. Itu dia pasti!
        “Hi back! Aku dekat SMK Presint Jaya. Tahu ke sekolah tu?” Sana pun ramah menjawab. Dia tak mahu ada ruang kosong antara dia dan Qays sebenarnya. Sambil-sambil mengemas barang-barang ke dalam begnya, matanya menjeling ke arah Qays yang sedang memasukkan bukunya ke dalam beg galasnya.
        “Oh, sekolah tu ke? Aku dengan Syed pun dulu dekat sekolah tu. Tapi, kita orang masuk dalam seminggu dua minggu je la kot. Biasalah! Budak lelaki kan? Lagipun, sekolah tu tak sesuai dengan kita orang,” Aizat ramah berbalas jawab dengan Sana. Qays sudah siap berkemas dan mula bangun daripada kerusinya.
        “Qays, aku nak jumpa kau lepas ni,” Tegang! Sana sudah rasa kecut perut. Apa yang berlaku antara mereka ni? Cepat-cepat Sana bangun daripada kerusi dan berjalan keluar daripada kelas itu. Baru dia perasan yang hanya dia, Aizat dan Qays serta Syed yang di hadapan pintu sahaja yang tinggal di kelas itu. Minta-mintalah dijauhkan segala malapetaka.
        “Bye, Sana!” Aizat ramah tersenyum padanya.
       “Sorrylah, member! Aku ada date dengan dia kejap lagi. Sorrylah, busy sikit! Lagipun, dia cakap ada banyak masa lagi untuk kami berkenalan. Aku rasa ini masanya kot. Aku tak ada masa untuk melepak. Sorry, geng!” Erk?! Aizat terkedu! Sana yang baru sahaja melintasi Qays pun terkedu! Syed masih dengan muka tak kisahnya. Buku silat di tangan dipandang bagai nak tembus.
        Cepat sahaja Qays barjalan ingin menyaingi Sana. Beg sandang Sana dipegang, tanda tak mahu lepas. Dan baik sahaja kaki Syed menghalang laluan mereka untuk keluar daripada kelas. Jadi Sana dan Qays terperangkap di kelas itu. Kalau boleh, memang Sana boleh lepas tetapi memandangkan begnya dipegang kuat oleh Qays, dia turut sama terhenti.
       “Dengarlah cakap dia dulu, kawan. Aku rasa bukannya kami berniat jahat pun,” bila Syed mula bersuara. Sana bagai nak pucat dah wajahnya.
        “People, kot ya pun nak berdiskusi, boleh lepaskan aku tak? Aku datang sekolah ni bukan untuk menjadi saksi “discussion” korang, aku datang nak belajar,” suara Sana dah tersekat-sekat sebenarnya. Takut!
       “OK! Kau nak cakap apa? Aku bagi masa limit 5 minit je sebab macam yang korang tahu tadi, aku ada date dengan minah ni, jadi make it short, OK?” macam cool je suaranya, tapi dalaman tak dapat nak ditafsirkan. Tangan yang memegang beg Sana sudah semakin maju ke lengan Sana apabila dia berpaling menghadap Aizat. Bagaikan renjatan elektrik Sana rasakan saat itu! Baru kali ini ada lelaki yang berani menyentuhnya walaupun secara berlapik. Sana jadi kaku seketika.
        “Aku nak kita jadi geng,” Aizat senyum!
        “Ehh?!” Qays terkedu sekejap. Sana lagilah! Dia ingatkan malapetaka apalah yang akan berlaku jika dia masih di situ. Tak sangka Aizat datang untuk berkawan dengan Qays. Kening terangkat! So, I was worried for nothing? Really?
       “Nope! Bukan apa! hari tu, aku ada  nampak kau gaduh dengan budak-budak senior yang useless tu. And kau memang really cool! Sumpah beb! Aku tak pernah nampak orang yang cool macam kau! Hebat siot!” Aizat dengan muka yang penuh 'excited'nya tu. Syed masih tak berubah riak!
      “Maksud aku, selain daripada Syed Lah, dia pun hebat jugak silat! Sekali dia bukak, jangan harap la orang tu nak selamat,” Qays tak tahu nak beriak apa. Dia ingatkan Aizat dan Qays datang hendak membalas dendam padanya tentang senior mereka tu.
      “Hurm, geng? Tak pernah pulak aku terfikir sebelum ni, tapi kenapa kau nak geng dengan aku?” muka masih tak beriak. Emotionless!
      “Yelah, kita kan satu kelas. Lepas tu, kau baru masuk sini, samalah juga dengan kita orang. Lagi, kau selalu seorang-seorang, tak best ar beb! Kalau ramai-ramai, best lah juga enjoy sama-sama. Hidup ni tak best lah tak ada kawan, bro!” Hurm, kawan? Qays tak pernah terfikir sebelum ni. Dia lebih rela bersendiri sebelum ini sebab dia tahu orang nak berkawan dengannya sebab papanya. Sebab dia anak orang kayalah kononnya! Tapi dekat sini, tak siapa lagi yang tahu dia adalah anak kepada orang kaya.
      “OK! Deal!” perrtama kali dia senyum sepanjang dia masuk ke sekolah itu. Atau mungkin sejak daripada beberapa tahun dahulu apabila dia masih lagi rasa seronok sebelum kemunculan perempuan palesit dalam hidup papanya.
    “Ehem! Ehem! Tahulah nak bergeng-geng, berkawan, berkenalan, tapi rasanya aku ni tak ada kaitan kot dengan korang. So, excuse moi?” Sana mencelah. Sambil lengan yang sibuk mengepit lengannya ditarik keluar dan dilepaskan daripada terus berlingkar di lengannya.
     “Jap! Aku belum habis lagi! Aku boleh jadi member korang kalau perempuan ni ikut sekali,” perempuan ni? Ni cakap pasal apa ni? Suka-suki hati panggil orang ‘perempuan ni’ kenapa? Mandat besar sangat ke? Aizat dengan Syed dah pandang ke Sana, mengharap jawapan. Mereka pun agak tak pasti dengan jawapan Qays tadi.
       “Kenapa?” Sana bertanya, agak tak sedar lagi dengan situasi yang berlaku.
      “Kau nak join kitorang tak?” Aizat yang rajin mengulang. Sana berfikir sejenak. Apa tadi? Nak join diorang? Join.....diorang? Huh? Mata Sana dah membulat!
     “Gila ke apa? Nak aku join geng korang? Ingat aku sama ‘gender’ dengan korang ke?” laju je tangan Qays ditempis bila tangan itu kelihatannya mahu terus memegang lengannya. Dan, laju je kakinya nak melangkah keluar sebelum begnya sekali lagi ditarik Qays.
       “Betul ke ‘awak’ tak nak join kitorang? Sekarang ni, geng bukan refer to gangster je tau, geng tu adalah group or kumpulan. Betul ke ‘awak’ tak nak join “kita”? Kalau awak tak nak join, saya akan pastikan hidup ‘awak’ lepas ni kacau-bilau,” senyum yang sangat plastik yang Sana pernah lihat dalam hidupnya. Wah! Peras ugut ni! Sana pandang Aizat tak percaya.
        “Err, kalau aku masuk, aku nak kena bayar duit perlindungan ke?” dan Qays benar-benar ketawa dengan soalan Sana kali itu. Belum pernah lagi dia dilihat ketawa semacam itu sepanjang dia bersekolah di sekolah itu. Sungguh buruk rupanya melalui pandangan mata Aizat, Syed dan Sana!
     Dan hari itu, termeterailah perjanjian antara Qays, Sana, Aizat dan Syed walaupun tak pernah wujud dalam pemikiran Sana untuk terlibat dengan mana-mana gangster sekolah.
      Malam itu, Sana sudah terbayang dirinya berada di sisi Qays, Aizat, dan Syed berjalan ke sekolah sambil pelajar-pelajar yang lain tunduk hormat pada mereka. Sampai begitu sekali penangan mereka! Sungguh di luar alam! Yang paling penting, tidurnya malam itu langsung tidak lena.
                ***
      “Qays, kita orang nak pergi kantin time rehat ni. Kau nak pergi sekali?” tanya Aizat, seakan mereka sudah lama berkawan. Tapi itulah Aizat! Dia boleh rapat dengan sesiapa sahaja yang dia suka. Lebih baik kalau dikatakan dia boleh menjadi sesiapa sahaja yang dia mahu. Dia adalah Aizat!
Dia pernah menjadi mangsa buli hanya kerana ingin melihat Syed mempertaruhkan bakat silatnya kepada pembuli-pembuli tersebut. 
         Pernah juga dia menjadi pelajar yang disayangi guru-guru di sekolah lamanya, tapi sesungguhnya itu perkara yang paling memenatkan yang pernah dia hadapi.
Tapi, satu kes membuatkan dia sedikit membenci insan-insan yang bernama guru. Syed dihukum benar-benar di hadapannya kerana suatu kes fitnah. Dan sungguhlah! Mereka tidak pernah mahu mencari bukti atau sebab musabah dan terus menghukum Syed tanpa usul-periksa. Dia benci apabila Syed yang selalu membelanya tidak dapat membela dirinya sendiri. Dan lebih membencikan lagi adalah apabila dia tak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan sahabat karibnya itu.
        “Woi, kau termenung apa? Dengar tak aku cakap apa tadi?” Qays langsung membawa Aizat kembali ke alam realiti.
         “Ops, sorry! Apa?” Aizat terkejut sedikit nampaknya. Qays tersengih sinis.
         “Aku ikut kalau minah ni ikut.” Sekali lagi Sana dikaitkan dengan mereka.
         “Ops, sorry! Aku tak dapat join, hari ni aku nak pergi library.” Sana jawab tanpa langsung memandang mereka bertiga. Dia cepat je bangun daripada kerusi, memandangkan sekejap lagi loceng rehat akan berbunyi. Dia dah rancang dari semalam lagi yang dia tak akan langsung melibatkan dirinya dengan mereka itu. Dia sungguh menyesal! Dia tak mahu terikat dengan mereka bertiga. Dia tak nak! Sungguh dia serik!
         “Sana!” sungguh! Dia buat-buat tak dengar je bila namanya meniti di bibir Qays. Langkahnya cepat je ke perpustakaan. Hari ni dia nak pinjam buku daripada library. Apa-apa sahaja! Asalkan dia tak perlu dilihat bersama-sama dengan budak-budak lelaki itu.
         Sampai-sampai sahaja ke library, dia terus ke sudut storybook English. Dia sukakan subjek English dan dia rasa dia perlu untuk meningkatkan tahap pemahaman dia tentang bahasa kedua ini. Lama dia di ruangan itu untuk memilih buku.
        “Qays! Korang pun ada dekat sini ke? Korang nak apa daripada aku? Aku tak nak join la group korang tu. Aku tak nak!” dia rasa macam kalau boleh dia melutut, nak je dia melutut kepada mereka supaya mereka faham bahawa dia benar-benar tak mahu terlibat dengan mereka.
        “Kenapa kau tak nak? Semalam kau kata OK,” Aizat bertanya.
        “Kau tahu kenapa aku pindah sekolah ni? Kau tahu kenapa? Kalau kau tak tahu, aku rasa kau tak akan pernah faham. Dan aku rasa mungkin korang tak perlu kacau aku lagi. Aku bukan barang mainan ataupun anak patung, aku pun ada hati,” mungkin yang pertama kalinya mereka lihat Sana seserius ini.
         Sana membawa buku-buku yang di tangannya ke librarian di depn kaunter. Selepas menguruskan urusan pinjaman buku, laju je kakinya melangkah keluar tanpa memandang ke arah mereka bertiga.
         Dia sudah bertekad! Dia tak akan menjadi seperti dirinya yang dulu. Dia tak akan membiarkan orang lain mengambil kesempatan atas dirinya lagi. Tak akan!
        ***
         Sana ke sekolah seperti biasa hari-hari yang seterusnya. Dia tidak pernah cuba untuk bercakap dengan mereka bertiga. Dia cuba sebaik mungkin! Aizat juga tidak lagi menegurnya walaupun kadang-kadang dia pergi ke tempat Qays untuk berbual-bual tentang sesuatu. Namun yang paling pasti, Sana tak akan pernah untuk memandang ke arah Qays. Untuk menjeling juga pun dia tidak berani.
        Rehat itu, dia bercadang untuk membaca sahaja di pondok bacaan. Tempat itu biasanya tak selalu dikunjungi orang lain. Mungkin ada seorang dua, tapi pondok itu jarang sekali dikunjungi ramai. Usaha pengetua sia-sia sahaja untuk menanam sikap rajin membaca dalam kalangan pelajar-pelajarnya kerana mereka langsung tidak ada usaha untuk membaca. Kerana itu jugalah mungkin punca utama gred sekolah ini sangat teruk.
        Sana mengambil tempat. Nasib baik tak ada langsung orang di situ. Lebih senanglah lagi untuk membaca jika tak ada gangguan. Peace and tranquility! These are what I need now! Or not..
        “Hey, siapa nama awak? Asal saya tak pernah nampak awak dekat sini? Student baru  ke? Nama siapa?” sambil mengambil tempat benar-benar di sebelah Sana. Yang seorang lagi duduk sebelah kirinya semacam cuba menahannya di situ.
         “I’m sorry, but I need to read now. Could you just please go play somewhere else? I need peace here,” sambil mata pandang semula ke muka buku. Tapi, fikirannya langsung tak dapat fokus. Scary!
         “Kalau kita kata kita nak baca buku juga, macam mana? But we got no book. So, boleh tak kita share buku awak ni? Kita tak kisah, mungkin kepandaian awak boleh jatuh kat kita ke, mungkin?” lelaki yang di sebelah kirinya cuba mengganggu pula. Sana agak tak tahan. Dia ingin keluar daripada situ, tapi kedua-dua lututnya sudah terkepit oleh lutut budak-budak tadi. What the..
         “Hey, Sana! Kau buat apa dekat sini? And, siapa budak-budak ni? Kau kenal ke?” Aizat duduk berhadapan Sana, sambil menunjuk ke arah dua lelaki di sebelahnya. Sana tak tahu nak cakap macam mana, tapi hatinya saat itu sangat lega. Lagi-lagi apabila dia melihat kelibat Qays dan Syed di tepi pondok itu.
         “Kau! Kenapa kau ada dekat sini? Kau nak apa?” salah seorang pelajar lelaki itu sedikit berteriak ke arah Qays sambil bangun daripada kerusi yang di sebelah Sana. Qays tersenyum, sinis.
         “Aku tak kisah kalau orang yang korang kacau tu orang lain. Tapi, kalau kacau orang yang ‘taken’, itu aku memang tak dapat berdiam diri.” Tak tahu apa yang mengerikan tentang Qays, tetapi pelajar-pelajar tadi langsung pergi dari situ. Sana sangat-sangat lega saat itu. Rupa kedua-dua lelaki tadi memang sangat mengerikan sebenarnya. Nasib baik ada mereka bertiga!
         “Thank you!” mereka yang baru sahaja nak berlalu terhenti langkah. Pandai pula nak berterima kasih!
         “No big deal! Kita orang pun tak nak menyusahkan kau! Sorrylah sebab menyusahkan kau sebelum ni, tapi kita orang ingat dengan kau join group kita orang ni, kita semua dapat berkawan dengan lebih rapat lagi. Sebab budak-budak sekolah ni yang lain bukannya boleh sangat nak dijadikan kawan. Tapi tak apalah! Dah kau yang decide tak nak berkawan dengan kita orang, nak buat macam mana lagi kan?” Aizat kembali berpaling ke Syed dan Qays.
         Sana semakin rasa bersalah. Dia benar-benar tak mahu perkara yang lama kembali berulang. Kerana menyambut salam perkenalan lelaki yang menjadi kegilaan orang lain, dia pula yang diperangkap menjadi pembuli pula. Dia benar-benar tak mahu!
        “Korang! Aku bukan tak nak berkawan dengan korang, tapi aku perlukan masa untuk berfikir. Sumpah! Kalau korang tahu sebab apa aku masuk sekolah teruk ni, mesti korang tak akan ajak aku join group korang. Aku rasa..”
        “Kenapa? Sebab buli? Atau sebab kena trap? Semua punca ni satu je, kau tahu tak? Kalau cikgu dekat sekolah protect kau, aku tak rasa benda semua ni jadi, kau tahu tak?” Aizat semakin meninggi suaranya. Kening Sana terangkat.
        “Macam mana kau tahu?” Sana kaget. Setahu dia, sesiapa pun tak tahu sebab apa dia ke sini. Rekod sekolahnya sudah dibersihkan oleh bekas guru besarnya. Guru besarnya sudah berjanji!
        “Kenapa? Kau ingat rekod kau betul-betul dah bersih ke? Sana, ingat satu benda je! Jangan sekali-kali percaya pada cikgu, walau macam mana baik pun cikgu tu. Semuanya topeng!” erk? Sana terkedu.
         “Tapi..”
         “Sudahlah, Sana! Sekarang ni kau ambiklah berapa lama masa kau nak, tapi kami bukan akan selama-lamanya akan tunggu kau. Kau fikir banyak-banyak dan bagi keputusan dekat kami before Isnin depan. Kami tak akan halang kau lagi,” mereka pergi.
         “Tapi mak aku cikgu juga. Korang akan benci mak aku juga ke? Tapi mak aku bukan macam yang korang cakap. Mak aku bukan macam tu!” sayangnya mereka tak dengar perkara yang membimbangkan Sana.
        ***
          Sarapan pagi itu, Sana semakin rasa tertekan. Ibunya sedang menyendukkan nasi ke pinggan ayahnya.
         “Mak, ada tak student mak yang rebel? Maksud Sana, yang benci kat cikgu?” ibunya terkebil-kebil. Kenapa tiba-tiba dengan anak mak ni?
         “Kenapa Sana tanya macam ni? Ada apa-apa masalah ke dekat sekolah baru ni? Cikgu tak concern pelajar ke?” sedikit nak kena tekaan ibunya.
         “Erm, sebab dekat sekolah ni, ada orang yang sangat-sangat bencikan cikgu. Itu yang Sana pelik. Apa yang diorang ni fikir? Atau apa yang cikgu diorang buat sampai dorang salahkan seratus peratus pada semua cikgu? Peliklah!” sesuap lagi nasi masuk ke mulutnya.
         “Ayah rasa macam mana?” ayahnya yang tengah minum coffee berpaling ke Sana.
         “Ayah dulu pun lebih kurang macam tu. Maksud ayah, ayah tak rasa cikgu ni menjalankan tugas dengan betul. Diorang sepatutnya membimbing pelajar, tapi banyak yang kita tengok sekarang ni, ramai yang jadikan pelajar-pelajar ni kambing hitam untuk dorang dapat apa yang dorang nak. Tapi ni sebelum ayah kenal dengan mak lah. Lepas jumpa mak, baru ayah nampak bukan semua cikgu macam tu!” alamak! Masuk sejarah pertemuan mereka pulak dah! Sana pun dah hafal sejarah mereka.
          “Ayah dulu taiko sekolah, baru mak tahu tau. Kalau mak tahu dulu, tak inginlah mak nak dengan ayah Sana ni,” muka selamba!
          “Eleh, siapa yang menangis dulu bila saya propose direct ke abah garang awak tu? Mula-mula saya approach, awak cakap tak nak terima saya walau apapun kan? Last-last, cair jugak!” Aduhai! Sana yang menjadi saksi pergaduhan manja mereka hari ni, lagi!
          “Eh, dah lambat lah! Ayah, Sana tunggu dalam kereta ya! Cepat sikit! Nanti pagar dah tutup, habislah Sana nanti!” beg di dalam bilik dicapai dan cepat sahaja kasut sekolah dipakai.
‘Erm, ayah pun macam tu jugak? Macam susah sikit nak percaya dengan ayah yang sekarang ni. Ayah yang sudah di’clorox’ oleh masa atau mungkin juga sebab mak. Ayah sekarang ni sangat berdisiplin, berkerjaya yang sangat baik, dan sangat baik tingkahlaku. Betul ke ayah macam tu? Macam Qays tu?’ 
          “Kenapa ni? Rasa trouble dengan benda tu lagi ke? Ayah rasa, Sana kena try approach orang macam ni. Diorang bukan bermasalah tapi dorang rasa tak ada orang yang tak paham dorang. Jadi, dorang rebel dekat cikgu sedangkan dorang rasa cikgu sepatutnya jadi parents dorang dekat sekolah,” ayah sambung lagi dalam kereta tu.
          “Try tunjukkan dekat diorang yang bukan semua cikgu tak paham students. Mak bukan macam tu kan?” ayah tambah lagi.
          “Tapi ayah, Sana takut Sana pun ikut sama dengan diorang nanti. Sana takut Sana pun sama-sama benci kat cikgu nanti.” Ayah senyum.
          “Ayah percaya anak ayah bukan orang yang senang terpengaruh dengan orang lain. Anak ayah orang yang paling kuat ayah pernah  jumpa. Tentang apa yag berlaku sebelum ni, ada Sana bencikan guru besar sekolah lama Sana tu ke? Tak kan? Sebab dalam dunia ni, semua orang tak perfect. Ayah tak, mak tak, Sana pun tak, samalah juga cikgu-cikgu dekat sekolah sana tu. Tak perfect! Jadi, belajar terima,” sungguh panjang lecture ayah pagi ni.
           “Sana tak paham apa ayah cakap ni,” muka sepuluh sen. Ayah terus ketawa.
           “Tak apa, ambil masa fikir. Tapi ingatlah, decide betul-betul. Jangan rush! And sorry, ayah terbaca satu buku atas meja Sana semalam. Ayah nak tolong tutup, tapi ayah terbaca satu page. Siapa suruh Sana tak tutup lepas menulis, kan?” buku? Atas meja? Huh? Diary!
           “Isy, ayah ni tau! Patutlah dok kata macam-macam kat Sana. Tapi tulah! Sana tak tahu nak decide apa.”
           “Tak apalah! Take your time. Sana bukan budak jahat pun. Sekurang-kurangnya kalau Sana berkawan dengan dorang, Sana boleh influence dorang ke arah lebih baik. InsyaAllah! Okaylah! Dah sampai sekolah dah! Jalan elok-elok! Take care!” tangan bersalaman dengan ayah dan dahinya macam selalu, dicium ayah di dahi.
           “Bye!” tengok kereta ayah berlalu pergi. Kemudian, kaki melangkah masuk ke dalam pintu pagar sekolah.
            Sampai- sampai di kelas sahaja, Qays sudah berada di dalam kelas sambil mendengar mp4nya. Kepalanya di atas meja. Sepatutnya dia sudah bergerak ke dewan, tapi kenapa dia masih dalam kelas? Sana letak beg atas kerusi dan dikeluarkannya dompet dari beg untuk dibawa bersama ke dewan.
            Baru sahaja kakinya hendak melangkah keluar, dia berubah fikiran. Dia berpatah balik menuju ke Qays. Dia duduk di atas kerusinya, badannya dipusing ke arah Qays.
           “Qays,” badannya tak bergerak.
           “Saya nak cakap ni,” saya? Kekok je bunyinya.
           “Saya dah fikir dah, pasal benda tu,” tiada reaksi! Dia dengar tak ni? Sana dah semakin panas. MP4 di telinga Qays dilurutkan ke bawah perlahan-lahan. As expected! Memang mamat ni lena je tidur kat sini!
           “Qays!” semakin meninggi suara Sana, tapi tidaklah terlalu kuat. Nasib tak ada sesiapa dalam kelas tu.
           “Huh? Kenapa?” bangun sambil mata terpisat-pisat. Tidur ke dia tadi?
           “Saya nak berbincang dengan awak pasal proposal awak tu. I mean, pasal join geng awak,” tenang! Qays pun muka tak berubah. Macam itu juga!
           “Eh, kenapa korang dua ada dekat sini? Tak pergi dewan?” Aizat dengan Syed di depan kelas.
           “Hurm, bagus juga ada korang berdua dekat sini. Aku nak bincang pasal tu. Join geng korang tu,” pandangan Sana tepat ke whiteboard. Betul ke apa yang aku buat ni? Betul ke?
           “Aku akan join, dengan syarat, kita tak akan buat perkara bodoh yang akan jejaskan masa depan kita semua. Boleh?” Aizat dan Syed berpandangan sesama sendiri. Jejaskan masa depan? Biar betul budak ni? Qays senyum sinis.
           “Itu je syaratnya? No hal,” Qays yang laju menjawab.
           “Dan, aku nak ada girl lain yang join group kita ni. Boleh?” Senyuman sinis Qays hilang.
        ***
“Alright! Kiranya yang ini guna formula yang ni ke? Puas aku cari solution guna yang kedua ni. Thanks, Sana!” Aizat dengan Add Maths Paper 2. Syed pula sibuk menghafal Tangan Kiri Flamming. Qays, seperti biasanya dengan mp4 di tangan, sedang sibuk melakukan latihan di buku Add Maths. Apabila dia tak dapat menjawab soalan tersebut, buku itu dihalakan sahaja ke hadapan Sana dan Sana yang akan membetulkan salahnya, tanpa perlu berkata apa. Seperti biasanya! Amalan ini sudah menjadi kemestian kepada mereka berempat apabila tibanya masa rehat.
Tapi, andai kata mereka lapar, ada sahaja budak yang menjadi mangsa mereka untuk membelikan makanan untuk mereka berbungkus daripada kantin. Tapi, mereka tetap akan diupah. Biasanya, Aizat yang mengeluarkan duit untuk mengupah. Tapi dia tidak pernah kisah! Ayahnya adalah seorang ahli perniagaan berjaya. Duit tidak pernah menjadi masalah baginya. Begitu juga Syed! Ayahnya seorang CEO sebuah syarikat perkapalan. Kadang-kadang, Syed membelanja mereka apa-apa daripada koperasi sekolah. Puas Sana menolak, namun akhirnya dia terpaksa menerima. Dia tak mampu menandingi kedegilan mereka. Tapi, hal Qays masih menjadi tanda tanya. Qays dilihatnya seperti tidak miskin, tapi lelaki itu tidak pernah pula menunjukkan yang dia kaya. Latar belakangnya adalah misteri untuk mereka bertiga.
Di dalam kelas selepas rehat itu, mereka dikejutkan dengan seorang lagi pelajar baru. Perempuan! Free hair! Rambut panjang paras pinggang dan diikat 2 seakan ekor kuda. Seakan budak kecil! Dan, apabila disuruh memperkenalkan dirinya di hadapan kelas, dia langsung tak membuka mulutnya. Sampai Cikgu Helmi pun rasa macam nak marah dah pada Maria, tapi ditahannya sahaja. Akhirnya, Cikgu Helmi yang memperkenalkan nama Maria, dan sekolah lamanya. Itu sahaja! Kemudian, disuruhnya Maria duduk di belakang sekali, bersebelahan Sana tapi tidak bersambung dengannya. Cepat sahaja kakinya berjalan ke tempat duduknya walaupun wajahnya tiada riak apa-apa.
Sana tersenyum! Jika mereka bertiga memerlukan orang yang ‘in the same boat’ dengan masalah mereka, jadi Maria mungkin adalah calon yang sesuai untuk ahli baru geng mereka. Puas sudah dia mencari pelajar perempuan yang lain untuk dijadikan ahli geng mereka, namun semua ditolak kerana perangai mereka. Sana juga pun setuju kalau pelajar perempuan sekolah ini yang lain tidak sesuai untuk berkawan dengan Qays yang begitu. Tapi Maria, mungkin berpotensi. Dia hanya perlu memeriksa rekod terdahulu Sana sebelum berbincang dengannya.
        ***
“Erm, awak Maria kan? Saya Hasana. Saya ada sesuatu yang nak berbincang dengan awak, boleh?” Maria memandang Sana dengan pandangan yang tidak dapat dimengertikan. Tidak berjawab! Sana tahu sejak lama dahulu, Maria sudah lama tidak bercakap dengan orang. Ibunya sendiri juga sudah putus asa untuk membuatkan Maria bercakap. Itu yang paling sedikit yang dia dapat tahu daripada Aizat. Nasib baik ada Aizat yang sedia membantu mencari maklumat tentang Maria.
“Saya tak tahu sebab apa awak tak nak bercakap lagi dengan orang lain, tapi saya tahu sebab apa awak pindah ke sekolah ni. Dan, saya pun mungkin lebih kurang sama dengan awak je. Saya pindah dekat sekolah ni pun bukan atas kehendak saya. Saya,”
“Nak apa?” Maria bersuara, walaupun agak ‘cold’. Bercakap juga!
“Kita orang, I mean, saya, Aizat, Syed, dan Qays nak awak join geng kita, awak nak?” Sana berterus-terang. Maria masih tak berekspresi. Nampak dia seakan berfikir, atau tidak. Sana juga ragu-ragu.
“Group ni bukan semua orang boleh join tau. Saya dah dapatkan banyak calon, tapi semua ‘rejected’. So, saya harap awak boleh join kita sedangkan awak calon yang paling close to perfect.” Sana cuba memprovok.
“Lagi,” Sana cuba memberi alasan-alasan yang lebih baik.
“Okay!” huh?
“Awak nak join? Betul? Kalau gitu, after class kita orang nak jumpa awak, boleh?” keningnya diangkat, tanda setuju. Aik? Sana agak terkejut juga, memandangkan dia sebelum ni agak berfikir panjang sebelum member kata putus. Kenapa senang-senang Maria yang nampak ‘difficult’ tu nak join geng mereka?
Sana kembali ke tempat duduknya. Laju sahaja Aizat ke depan mejanya dan bertanya tentang Maria. Keningnya diangkat, tanda ‘what happen?’
“Dia kata okay! After class kita jumpa dia,” Sana masih berfikir. Adakah dia masih salah memilih orang? Rasanya, dia sudah berfikir dari banyak sudut. Dia berpaling ke arah Qays. Masih lagi dengan mp4nya. Pelik! Tak pernah jauh dari mp4nya, kecuali jika kelas sudah bermula atau di dewan perhimpunan.
‘Harap-harap kali ini adalah berita baik,’ doanya dalam hati.
        ***
“Alright! Kenapa kau rasa kau perlu berada dalam geng kita?” soalan pertama Aizat membuatkan Maria tersengih sinis. Kali pertama juga dia dilihat lain daripada muka tak berekspresi tu.
“Serius ke nak tanya soalan tu? Kalau aku kata aku tak perlu jawab sebab yang sibuk nak aku join geng ni adalah perempuan sebelah kau tu,” Sana berrkerut dahi. ‘Perempuan’ lagi? Yang dia tu apa? bukan perempuan ke? Sana dah menggigit bibir.
“Okay, tell us why you’re in this school,” Aizat rajin bertanya.
“I thought girl next to you know the reason why I’m here,” cold! Qays sendiri pun semakin tak tertahan. Cepat sahaja dia ingin bangun daripada kerusinya, tanda Maria juga adalah ‘rejected’ seperti yang lainnya.
“Whatever reason I’m here, I want to forget that. Why should remember the past since we have lots of days waiting ahead? I never said myself that I want to be in this group, but who said I don’t want? But I have no reason to be in the group. I just do whatever I want,” langkah Qays yang dah lama berhenti tadi memandang Sana. Senyum segaris sebelum dia keluar. Ceh! Ingat apa? CEO syarikat yang buat gaya macam tu? Ingat ni some kind of drama ke apa? Sana berpaling  ke arah Maria dan angguk.
“You are qualified to be in our geng,” senyum sangat manis.
“Yea! Lepas ni, aku ada ramai kawan enjoy! Yea!” Aizat senyum tak lepas. Ingatkan tadi Maria ni menakutkan, tapi ternyata dia OK sahaja.
“But, why your record says that you never speak before? Tak adalah big deal sangat tapi nak lah tahu juga,” Aizat lagi yang rajin bertanya. Maria sengih! Sana pun mula memberi perhatian kepada perbualan mereka.
“Bukan tak bercakap, but I choose to speak dengan sesiapa yang saya nak,” aik? Boleh ke? Sana mula berfikir.
“Oh, keras kepala jugak kau ni,” Aizat ketawa.
“Aizat, dah nak lewat ni. Aku ada kelas,” Syed bersuara. Kelas silat! Sana dah hafal hampir semua jadual harian mereka semua.
“OK geng! Jalan dulu ya!” Aizat berjalan ke arah Syed di depan.
“Bye, Sana! Maria! Esok jumpa lagi ye,” sekejap sahaja mereka hilang dari pandangan mata. Sana berjalan ke arah Maria.
“Thanks God you are accepted. Thank you, Maria!”
“Why?” muka yang dah semakin berubah ekspresinya daripada mula-mula dia di sekolah ini.
“Nope lah! Sebab kalau you tak ada, I would be alone in that group,”
“Oh, yeah! Speaking of that, why you are in that group? I don’t think you are someone of that kind,” yup! Right guess, Maria!
“Erm, not same behaviour, but same in reason,” ye ke? But different motive, still.
“Oh, OK! Thank you, Sana! I expect a lot of fun here. Erm, nak balik tak?”
“Jap lagi, bye bye!” dan sekejap sahaja Maria hilang dari pandangan. Ya Allah, betul ke apa yang aku buat ni?
“Sana, awak buat apa dekat sini? Saya tunggu awak dekat luar tadi dah lama dah. I need to talk bout her,” Qays! Cepat sahaja beg sandang Sana diambil dan dibawa bersamanya.
“Beg saya,”
“Yelah! Tahulah! By the way, nak balik dengan apa hari ni?” Qays bertanya semacam mereka tersangatlah rapat. Beg Sana masih di sebelah bahu kanannya.
“KTM, sebab mak dengan ayah saya tak dapat ambik,”

“Good! Then, we’ll have a lot of time to discuss,” senyum! Sana dah rasa Qays kali ini sudah sangat menakutkan.
“_yeah,” ragu-ragu!
        ***
Sesampai sahaja di rumah, Qays terus ke dapur rumahnya. Perkara yang agak jarang dilakukannya. Dia menemui orang gaji yang sudah  lama berkhidmat di rumah itu.
“Acik masak apa hari ni? Qays laparlah,” wajah yang tersenyum tak hilang lagi daripada mukanya lagi. Acik yang agak terkejut terus sahaja terlepas cawan yang tengah dibasuhnya. Nasib baik tak pecah.
“Qays, Acik tak masak banyak hari ni. Biasanya kan, Qays tak makan. Jadi, Acik masak sikit. Tu pun dah habis tadi, maafkan Acik,” lantai dipandang seakan telus. Takut andai kemarahan Qays meledak. Dia pernah melihat banyak kali Qays mengamuk! Padah kalau Qays sudah mengamuk!
“Eh, tak payahlah minta maaf, Acik! Sekarang ni, Acik masak apa tuh, masak lemak cili api, yang Acik selalu masak tu, Qays nak makan. Sekarang ni, Qays nak mandi. Nanti kalau dah siap masak, panggil Qays dekat atas, OK?” muka yang masih tak hilang serinya daripada senyuman tadi. Tak cukup dengan itu, sekali ‘wink’ diberi kepada Aciknya itu sebelum dia naik ke biliknya di tingkat 3 banglo itu.
Qays masih tak mampu melupakan tentang memori tadi. Di dalam KTM, Sana duduk di sebelahnya. Dan yang lebih menggembirakan hatinya adalah apabila Sana tertidur di bahunya sebentar kerana keletihan. Dia sangat gembira! Belum pernah lagi sesiapa berani menyandarkan kepala kepadanya pun. Wajahnya yang seakan memberi amaran supaya jangan mendekatinya itu tidak membenarkan sesiapapun berbuat begitu kepadanya. Tetapi Sana..
“Sana,” terluah juga nama itu di bibirnya. Belum pernah lagi dia merasakan sekolah itu sesuatu yang menyeronokkan.
        ***
“Nanti petang lepak dekat Pavilion,” Qays tak perlu bersuara banyak. Yang penting, semua akan ikut. Secara tak langsungnya, Qays memang addalah ‘leader’ kepada mereka semua. Itu Sana memang pasti. Mungkin kerana karismanya.
“Orait! Aku dengan Syed ‘on’. Kita pun dah lama tak lepak sama-sama kat luar. Sana? Kau ‘on’ tak?” Aizat yang rajin bertanya selepasnya. Kalau ini adalah organisasi, jawatan yang paling sesuai buat Aizat adalah Naib Pengerusi. Dan jawatan Syed pula adalah Bendahari. Mungkin! Kalau Maria,
“Sana! Awak ikut tak?” Qays bertanya pula. Huh?
“Erm, saya ikut Maria. Kalau dia ikut, saya ikut,” senyum! Dan empat pasang mata tertumpu pada Maria yang sedang baca magazine ‘Cleo’.
“On,” laju je dia menjawab tanpa berpaling pun kepada mereka berempat. Semua senyum bahagia, kecuali Sana. Kenapa dia je yang nampak ‘susah’? Orang lain tak rasa apa pun.
Dan, selepas kelas habis hari itu, mereka berlima sudah bersedia untuk ke Pavilion.
“Salam, mak! Sana hari ni balik lewat sikit, boleh tak mak? Huh? Sana ikut kawan-kawan Sana pergi Pavilion. Tak apa ke? Erm, okay! Sana jaga diri lah! Tak payah risalah! Yup! Before 5pm, Sana balik OK? Orait, thanks mak!” senyum! Yang lain sudah di depan, tapi Qays masih setia di sebelah Sana.
“Mak awak? Erm, perlu ke awak call everytime awak nak buat apa-apa?” huh? Oh, curi-curi dengar ea?
“Erm, perlu! Sebab redha parent, redha Allah juga! Kenapa? Awak tak rapat dengan mak awak ke?” Qays diam.
“Mak saya dah lama tak ada,” perlahan. Yang lain di depan tak dengar apa, masih dengan gelak tawa mereka. Sana tertunduk, serba-salah.
“Sorry, saya tak tahu,”
“It’s alright! Siapa yang tahu? Bukan awak tak tahu tak ada sesiapa pun dalam kelas kita yang berani tegur saya,” erm, betul! Selain daripada dia, Aizat, Syed dan Maria, tak ada sesiapa lagi yang pernah dilihat bersama Qays. Bukanlah sebab Qays itu tidak ada langsung daya penarik. Qays sangat handsome, itu semua tahu. Tapi, mungkin kerana dia selalu dengan mp4nya dan wajahnya yang langsung tak bersenyum, tak ramai yang ingin mendekatinya.
“Awak tak pernah cerita pasal family awak, Qays.” Luah Sana.
“Kenapa? Awak nak tahu pasal saya ke? Jangan risau, awak ada kelayakan untuk jadi sebahagian daripada hidup saya,” erk? Sana terkedu.
“Lawak,” sepatah dia menjawab.
“Nak buat apa kat Pavi?” dia bertanya, cuba nak tukar subjek sebenarnya.
“Nak beli kasut. Dengan nak belanja kawan-kawan saya.” Huh? Nak belanja? Sejak bila Qays belanja kawan-kawan dia? Lagi, dekat Pavilion? Kalau dekat night market pun boleh kira lagi.
“Huh? Awak nak belanja apa kita semua ni?”
“Anything. Hari ni saya yang belanja,” Serius?
“Huh, Qays, awak tak ada buat benda tak elok kan? Kalau awak tak ada duit, jangan paksa diri nak belanja kita semua. Kita orang tak kisah pun,” Sana yang jadi wakil menjawab.
“Siapa cakap saya tak ada duit?” betul juga!
“Tak adalah. Tapi awak cakap tadi awak tak ada mak,”
“Ye, tapi saya ada ayah lagi, and awak curious nak tahu dia kerja apa kan?” Qays yang membuka sendiri maklumat peribadinya.
“Erm,” Sana ragu-ragu.
“He is just normal,” senyum. Sana dah mencebik! Ingatkan nak reveal one of his biggest secret. Ingat apa? Putera raja ke?
“Awak ingat saya nak tau sangat-sangat ke?” Sana bermain tarik tali pula. Qays senyum sahaja. Dia tahu Sana benar-benar ingin tahu mengenai dia.
Di Pavi, perkara pertama yang mereka pilih adalah untuk bermain bowling. Aizat yang ibarat setiausaha kelab yang rajin memilih tempat untuk mereka melepak. Sana, kalaulah tempat itu tak dipanggil tempat bowling, mahu saja dia panggil tempat itu kelab malam. Dia sememangnya jarang melepak tanpa hala tujuan. Inilah kali pertama dia bersiar-siar tanpa tinjauan mak dan ayah.
“Hey, which one looks better on me?” uh! Sana yang sedang mengelamun sememangnya tak sedar yang daripada tadi hanya dia dan Qays sahaja yang berada di kedai kasut. Yang lain sedang berada di tempat bowling tadi. Dia tak sedar yang dia berjalan dengan Qays sahaja sepanjang perjalanan tadi. Dia pun tak sempat berfikir kenapa.
“Yang ni kot, sebab dia cool,” habis hijau colour yang Sana syorkan pada Qays. Qays gelak perlahan.
“Sana, awak tak rasa ke awak obses dengan colour hijau? Awak tengok jam awak hijau, pencil case hijau, beg ada la sikit-sikit hijau, lagi, wristband ni pun colour hijau. Awak tak bosan ke?” Sana mencebik. Cehh!
“Yang awak tu tak obses ke dengan colour hitam putih awak tu? Ingat gothic ke? Your mp4, beg, and apa lagilah, tak ke?” Sana sedikit menjelirkan lidahnya, tanda nakal. Sejak bila dia serapat ini dengan Qays, dia pun tak sedar.
“Huh? Oh, you stalk me a lot, I see,” Qays megusik Sana lagi.
“Look who’s talking,” Sana membidas. Qays tergelak kecil.
“Yes, miss, nak pilih yang mana? Let me recommend you this one, it fits perfectly on your boyfriend,” Qays semakin galak ketawa. Sana pun hendak ketawa, tapi ditahannya. Sejak bilakah Qays menjadi boyfriendnya dia pun tak tahu.
“Oh, sure, you rasa OK tak yang ni, my girlfriend?” Qays semakin kuat mengusik Sana. Sana hanya tersenyum terpaksa. Ceit! Yang salesgirl tadi tak tahu apa. Blur!
“Yang ni OK, miss! But is there any other than this colour? I mean, maybe black or white?” Sana mengubah topik. Malas hendak mengulas lebih lanjut. Dan perempuan tadi berjalan masuk ke bilik stor.
“Erm, Sana, awak nak beli kasut apa-apa tak? Saya belanja,” senyum! Sana berpaling ke lain. Yang nak senyum kat anak dara orang ni kenapa? Nak mengorat ke? Sempat lagi Sana membebel dalam hatinya.
“Erm, tak apalah, encik kaya! Saya tak nak apa-apa hari ni. Awak lambatlah! Kalau semalam, saya nak beli iPad, tapi hari ni dah tak mahu. Jadi, sorrylah! Offer rejected!” Sana sengih!
“Orait! We’ve got this one. Just arrived this morning, but the price is quite expensive. Nak beli ke?” Qays senyum. Kemudian, pandang ke Sana.
“Yup, OK kan this one, my girlfriend?” Sana tengok harga kasut tu. Mata sedikit terbeliak. Kemudian, dia berbisik pada Qays.
“Mahal lah, awak betul ke nak beli kat sini? Beli kat tempat lain, nak?” seboleh mungkin tak mahu salesgirl tu dengar perbualan mereka. Qays senyum lagi.
“Orait, saya ambik yang ini. Lagi, awak nak apa-apa tak?” cepat sahaja Sana menggeleng. Kemudian, Qays keluarkan kad daripada dompetnya. Cepat sahaja urusan mereka selesai.
“Erm, awak pergi dekat dia orang sekejap. Nanti saya follow. Saya nak beli satu benda dulu,” Sana yang mendengar kata terus berjalan keluar dan ke tempat bowling yang mula-mula dia masuk tadi dengan mereka semua.
Maria sedang seronok melemparkan bolanya ke pin-pin bowling yang sepuluh tu. Aizat sedang sibuk bersorak untuk Sana. Syed pula sedang duduk di atas kerusi sambil menghirup ‘Sprite’nya.
“Hi,”
“Uh, where’s your Qays?” Aizat yang sibuk bertanya.
“Lawak! Dia nak beli barang tadi dia cakap. Aku pun tak tahu nak beli apa lagi. By the way, siapa yang score paling tinggi ni? Wah! Aizat! Impressive!” Sana beriak excited!
“Well, aku rasa anyone of you wouldn’t have the guts to beat me. Bowling is my game,” secara bangganya!
“Ye lah, Aizat! Ye lah! Kamu yang paling hebat. Ha, join lah team sekolah wakil bowling! Mesti kau yang paling hebat,” Aizat senyum lebar lagi.
“Well. Aku rasa aku tak adalah sehebat kau. Macam mana kau boleh capture Qays’ heart? Aku dengar sebelum ni, tak pernah ada sesiapa perempuan yang boleh duduk sebelah dia. Kalau ada pun, mesti orang tu akan ditolak habis-habisan. Kau tak tahu,”
“Tak faham,” Sana semakin berpaling ke Aizat.
“Kau mesti pelik kan macam mana orang se’handsome’ Qays tak ada orang confess kan? Sebenarnya, ramai sangat yang dah confess dekat dia awal-awal dulu, tapi dia reject orang tu macam sampah. Kira hebatlah kau dapat buat dia bercakap dengan kau,” Aizat menambah lagi.
“Aizat, kau sure kau cakap pasal Qays tu? Dia bukan macam tu lah, boleh main-main lagi dengan aku tadi, takkanlah,” ye lah! Dengan my girlfriend segala bagai tadi, tak mungkin Qays tu reject orang macam tu sekali. Tak mungkin!
“Sana, aku cakap betul ni,” Aizat berupa serius. Senyuman mesra tadi dah hilang. Tiba-tiba Sana ketawa.
“Eh, rilex lah! Yang serius sangat ni kenapa? Bukannya aku cakap dia cannibal pun,” and here’s come the one, our main actor.
“Cakap pasal apa ni? Cannibal? Siapa?” Qays duduk dengan senangnya.
“You!” Sana rajin berterus-terang.
“Me? What did I do?” muka blank!
“You ‘eat’ my loneliness,”
“Very impressive, Miss Poetry! Let me guess, you’ve lost your heart too, right?”
“You bet,” dan perbualan mereka berdua memang menjadi tontonan kepada Aizat, Syed dan Maria yang baru sahaja selesai bermain satu set permainan.
“Hello! Just go date the two of you, don’t be here!” Maria laju merosakkan suasana. Dan, mereka berdua gelak bagai nak gila. Tapi sebelum balik itu, Sana mendapat suatu bungkusan daripada Qays berbalut sangat cantik berserta kad kecil yang bertulis ‘thanks,’. Dan dia memang terkejut sangat-sangat apabila di dalam bungkusan itu adalah seutas rantai mutiara hijau. Sangat cantik! Dan sangat mahal!
        ***
“Qays, macam mana awak boleh terror Physics, Qays? Saya rasa macam nak buang buku ni dalam Laut China Selatan je rasa,” Sana meletakkan kepalanya atas buku latihan ‘Physics’nya.
“Ni ha! Cuba compare, betul tak? Just do it like this, see, ikut je formula dia bagi,” Qays memang pandai! Tak kiralah berapa benci Qays kepada Cikgu Faisal tapi dia akan tetap terbaik dalam matapelajaran Physics. Itu Sana memang tak dapat sangkal. Dia pula terbaik Add Maths, jadi buku dia yang akan selalu menjadi rujukan Qays dan yang lain pun. Kalau buku Qays, tak ada orang lain selain Sana yang berani jadikan rujukan. Sana sendiri pun pelik kenapa orang lain begitu penakut.
“Erm, Qays, you know, your present yang hari itu, I thought it would be something inexpensive, but you know, yang tu memang sangat mahal. So, saya tak dapat terima,” diletaknya bungkusan itu di atas meja Qays. Senyuman Qays hilang.
“Saya dah bagi pada awak, saya tak dapat ambil balik, Sana. Awak buatlah apa-apa asalkan jangan bagi pada saya. Buang ke, suka hati awaklah!” terus kembali wajah menakutkan Qays. Wajah yang pernah membuatkan dia takut pada Qays sekejap.
Terus sahaja bungkusan itu dimasukkan semula ke dalam begnya. ‘Macam mana nak buat ni? Nak simpan balik, then pakai dekat rumah? Nanti nak cakap apa kalau mak tanya? Hurm, trouble!’
Dan, selepas itu, lagsung tiada lagi senyuman Qays. Mp4 sekali lagi akan menjadi teman akrabnya, seperti dahulunya. Sana jadi tak tentu hala. Macam mana nak buat ni?
        ***
“Alright, hari ni, saya nak awak partner dengan orang sebelah awak, saya nak awak lukis gambar masing-masing. Sebelum saya keluar, saya nak semua kertas lukisan atas meja saya. Boleh?” cikgu matapelajaran seni pun lah! Carilah lukis pokok ke apa ke, ni nak kena lukis Qays? Dahlah tak baik-baik lagi dari hari tu! Sempat Sana merungut.
Dia mula mengambil lukisan yang dah berada atas meja dan mula buat ‘rough sketch’. Dibuatnya garisan-garisan tanpa melihat langsung ke Qays. Yang Qays lagilah. Langsung tak sentuh kertas lukisan atas meja. Sana apa lagi! Rasa scary dalam diri rasa macam nak bunuh diri je kalau dia bukan orang Islam dah. Nasib baik dia ingat agama lagi!
“Eh, yang kamu berdua ni gaduh ke apa? Cepatlah lukis gambar  masing-masing! Awak ingat saya saja-saja suruh awak main-main ke? Saya sungguh-sungguh ni, awak ingat senang ke saya nak sediakan semua ni? Kalau saya main-main je suruh awak lukis ni, lebih baik saya tak payah masuk kelas awak kan?” garang macam singa!
Qays buat tak endah. Dengan muka yang macam nak makan orang, langsung tak senyum langsung, terus ambil kertas lukisan atas meja, dan melakar entah apa-apa atas kertas itu. Sana tak ambil pusing. Dia curi- curi pandang Qays dari tepi dan melakar secara suka hati. Kalau Qays betul-betul di hadapannya pun, belum tentu lukisannya akan menjadi Qays. Paling-paling pun, baik sedikit sahaja daripada orang lidi. Itu Sana sendiri pun tahu!
Sekejap sahaja rasanya sejam berlalu. Habis sahaja melakar, Sana terus terbalikkan lukisannya biar tak ada sesiapa pun yang akan melihat lukisannya. Selepas itu, setiap lukisan dikutip oleh cikgu singa itu.
“Alright! Mungkin saya tak beritahu awal-awal tapi 3 lukisan yang terbaik akan ditampal di papan putih depan dewan tu ya. OK lah! Assalamualaikum!” dan cepat sahaja cikgu itu hilang daripada pandangan. Kelas mula bising lagi dengan riuh-rendah budak-budak kelas itu. Masing-masing semakin sibuk bercerita mengenai lukisan mereka. Ada yang lari daripada tajuk, bercerita soal gajet masing-masing. Ada juga yang sibuk berkongsi soal kekasih masing-masing. Sana? Dia meletakkan kepala ke atas meja, sambil memandang ke Maria yang sedang berseorangan membaca majalah Cleo. Budak ni memang tak pernah lepas daripada membaca majalah Cleo tu. Entah apa yang ada dalam tu!
Kemudian, Siti yang duduk di depan Sana tiba-tiba bangun.
“Siti, nak pergi mana?” tanya Sana tiba-tiba.
“Toilet, kenapa? Kau nak ikut ke? Jom! Fify tak nak ikut aku,” jawab Siti balik dalam nada kesian. Dia memang agak baik sedikit dengan Sana. Sana sengih!
“Jom! Hehe,” cepat sahaja Sana bangun daripada kerusinya dan mengekor Siti daripada belakang.
Mereka berbual tentang banyak perkara. Tentang cikgu yang garang macam singa tadi, tentang budak kelas mereka yang sudah hampir sebulan tidak hadir ke sekolah, tentang pergaduhan antara Kucai dan Fitri dua hari lepas yang sampai sekarang tak mahu berbaik, dan tentang Qays. Baru Sana tahu yang Siti rupa-rupanya suka pada Qays, tapi tidak pernah mengaku secara berdepan. Hendak bercakap dengan Qays pun dia tak pernah. Tapi apabila bercerita pasal Qays, pipi Siti sedikit kemerah-merahan. Sana tahu Siti suka pada Qays!
“Siti, balik nanti, aku ada benda nak cakap dengan Fify. Nanti kau duduk tempat aku dulu, eh?” sengaja dia hendak Siti dan Qays berbual. Mungkin bunga-bunga cinta akan berputik antara mereka, siapa tahu. Qays bukanlah seorang yang sangat menakutkan, dia cuma perlukan peluang untuk bersosial, mungkin.
“Huh? Urm, tak apa ke? Maksud aku, Qays tak marah ke nanti?” tanya Siti sedikit ‘blushing’. Sana senyum segaris.
“Tak adalah lama mana pun aku cakap dengan Fify. Aku nak beritahu something secret dekat Fify, pasal boyfie dia. That’s why aku nak talk face-to-face dengan dia. Lima minit je, ok? Dalam masa tu, berbual lah sekejap dengan Qays. Dia tu OK je, aku sure yang itu,” Sana dengan yakinnya!
Balik ke kelas, Sana terus duduk di kerusi Siti dan berbual macam biasa dengan Fify. Bukanlah apa-apa sangat! Dia bertanya tentang resipi nak buat ayam masak merah sahaja memandangkan ibu Fify buka restoran berdekatan dengan KLCC. Dia bergelak ketawa dengan Fify tanpa sedikit pun berpaling ke belakang, tempat dia dan Qays.
Sehinggalah Cikgu Helmi masuk ke kelas, barulah dia bangun daripada kerusi Siti dan bertukar dengan Siti untuk meneruskan sesi pembelajaran. Malangnya, Siti langsung tidak menunjukkan riak-riak ceria. Mukanya masam tanpa sedikitpun senyuman. Sana serba-salah! Apa yang berlaku?
“Alright! Sana, saya tahu yang awak cuba elakkan diri daripada saya sekarang, tapi saya rasa awak tak patut suruh Siti bercakap dengan saya. Saya tak suka!” habis kelas Cikgu Helmi hari tu! selepas itu, Qays langsung keluar daripada kelas.
‘Salah ke apa yang aku buat?’ dahi Sana berkerut.
        ***
“Nama aku Tiara! Aku masuk sekolah ni sebab kena buang daripada sekolah dulu. Adalah! Sebab aku belasah sorang budak lelaki ni, anak VVIP.” Interesting! Aizat tersenyum dari belakang.
“Erm, family? Aku tak tahu sangat, aku tinggal dengan nenek aku, cukup-cukup makan je. Mak ayah aku, entah! Dah mati kot,” Wow! Kening Sana sedikit terangkat.
“Cukup, Tiara! Awak dah sangat menakutkan, saya faham, awak boleh duduk sekarang sebelah Maria yang belakang sekali sana tu,” Cikgu Helmi yang menyampuk.
“Alright, guys! Let’s begin our P&P today. Jimmy, berhenti bercakap. Kalau awak nak jelling-menjeling dengan Tiara, jelinglah lepas kelas saya nanti.” Dan pembelajaran diteruskan seperti biasanya. Tapi yang penting, kepala Aizat ligat memikirkan tentang budak baru itu. Kelihatan sangat-sangat sesuai untuk dijadikan ahli geng mereka yang terbaru. Aizat tersenyum penuh makna. Selepas ini, dia hanya perlu membuat sedikit ‘research’ mengenai Tiara dan selepas itu, segalanya akan menjadi lebih mudah.
“Aku tahu kau fikir apa, tapi sekarang ni belajar dulu,” ayat Syed yang seakan berbisik padanya dibalas dengan senyuman sahaja oleh Aizat.
“Syed, aku rasa lepas ni kita ‘complete as one geng’. Cayalah!” senyum lagi. Perlahan kepalanya diluku oleh Syed. Syed senyum segaris. Tak habis-habis!
        ***
“Kau nak apa? Kau nak aku patahkan tulang kau?” Tiara yang geram apabila dirinya diekori oleh seorang budak lelaki. Tangannya habis bersilang, dan muka segarang mungkin. Budak lelaki itu hanya tersenyum.
“Rilex, rilex, chill! Aku nak tanya kau sesuatu je, lepas tu ikut suka hati kau nak jawab apa.” Syed bersandar di dinding bangunan sambil kaki bersilang. Cool! Sana pula baru muncul dengan Maria daripada sebelah blok bersetentang. Qays yang sampai paling lambat! Itupun dengan muka yang seperti biasa. Tak berekspresi!
Tiara senyum sinis. Ni apa ni? Confrontation ke? Lawaknya! Dia senyum lagi. Lebih lebar. Ingat aku takut?
        “Tanyalah apa yang kau nak tanya. 30 saat!” dan jam di tangan dipandang.
        “Kami nak kau join kumpulan kita orang.”
        “Whoaa! Aku? Join group korang? Untuk apa? Aku dapat apa?” baru hari pertama dah macam ni!
        “Tak dapat apa-apa! Cuma mungkin kelainan daripada students yang lain,” jawapan Aizat. Yang lain hanya diam. Sana tak berkutik! Serius dia tak faham kenapa dia berada di situ.
        “Sorry, dude! Aku prefer ber_sendiri!” dan selepas itu, dia terus pergi tanpa perlu meminta izin. Itulah Tiara! Yang lain agak tergamam tapi Qays laju berjalan pergi.
        “Qays, saya nak berbincang dengan awak sekejap. Boleh?” yup, Sana! Kau kena berbincang dengan dia sekarang! Dah lebih seminggu kau dengan dia tak bercakap walaupun korang duduk sebelah dalam kelas.
        “OK!” senada!
        “Maria, sorry. Tak dapat join sekali,”
        “Nope! It’s okay! Selesaikan your things first! I’ll be waiting in our class.” Sure!
        Dan Sana mengikut jejak Qays. Qays berjalan sampailah ke astaka depan padang sekolah. Astaka itu memang jarang dilalui kalau tak ada sesi pendidikan jasmani.
        “Cakaplah!” muka straight pandang ke Sana. Ini yang Sana tak dapat tahan kalau mukanya dipandang bagai nak tembus dah.
        “Sorry, OK? Saya bukan sengaja nak buat awak marah ke apa, tapi saya betul-betul tak faham apa yang awak fikir. Saya tak ‘avoid’ awak, tapi saya nak bagi peluang supaya awak dapat bercakap dengan Siti. Dia suka dekat awak, that’s why saya bagi peluang dekat dia dan awak. Lagi satu, saya rasa awak marahkan saya lagi, that’s why saya tak bercakap dengan awak. Alright! Saya yang salah sekarang ni, saya minta maaf, so fair sekarang. Now, kita berbaik macam dulu, OK? Saya penatlah,” Sana tak percaya yang dia mengeluarkan perkataan-perkataan ini. Qays senyum panjang.
        “Erm, you’re forgiven, tapi saya tak suka awak suka hati suruh orang lain duduk atas kerusi awak. Kalau awak buat lagi, Sana, awak akan nampak saya yang awak tak pernah nampak,” Whoa! Scare tactic!
        “OK! So, friends?” Sana senyum semanis mungkin.
        “Girlfriend,” Hahaha! Sana gelak tiga dekah, tak kurang, tak lebih. Qays senyum lebih lebar dari yang pernah dia senyum.
        “You dream a lot, boy,” Sana dah berjalan laju nak balik ke kelas. Sekejap lagi sahaja rasanya loceng habis rehat akan bordering. Ceh! Berdering!
        “Sana, kenapa cepat sangat awak berjalan. Nak saya tarik balik ke maaf saya?” ceh! Ingat apa? Mandat besar sangat ke nak takutkan orang dengan tarik-balik-maaf dia tu? Sana mengomel dalam hati dengan senyuman tak lekang di bibir.
        Qays? Lagilah! Senyuman tak lekang-lekang daripada bibirnya sampailah dia duduk di atas kerusinya. Yang lain, semua pandang Qays tak faham. Aizat, Syed dan Maria haruslah tahu apa yang berlaku. Dan mereka hanya senyum saja dengan lagak Qays. Mereka tahu punca sebenar senyuman Qays dan sebab apa senyuman itu hilang. Aizat yang terlebih rajin meneka. Dan, dia sangat pasti yang Qays ada hati kepada Sana, hanya belum diluahkan dengan kata-kata.
Dia pun tak tahu kenapa lama sangat Qays mengambil masa untuk mengaku cinta. Dan dia pun pelik kenapa Sana tidak pernaha dapat mengagak kenapa Qays hanya berkelakuan begitu dengannya sahaja. Sana sangat lembab dalam bab cinta! Tapi itulah! Aizat hanya mampu meneka di dalam hati. Hal mereka mungkin hanya mampu  dielesaikan oleh mereka sendiri, bukan orang lain!
        “Dahlah, Aizat! Stop fikir pasal mereka berdua tu! lebih baik fikir macam mana nak suruh budak perempuan tu join group kita. Lepas tu, fikir macam mana nak selesaikan hal Cikgu Firdaus tu,” ye! Aizat dah kembali ke alam reality. Dia memang sangat-sangat geram dengan Cikgu Firdaus. Semalam, cikgu itu dilihat menyebat beberapa orang pelajar lelaki yang lambat datang sekolah. Tak cukup dengan itu, pelajar-pelajar itu disuruh berdiri di tengah dataran sambil menjunjung buku, kononnya supaya mereka berfikir kembali sebab mereka datang ke sekolah.
        Bukan itu yang Aizat geram. Dia geram kerana salah seorang pelajar itu adalah sahabat kelas mereka dan dia lambat datang ke sekolah kerana ibunya yang sakit di hospital. Ahmad perlu ke hospital dahulu untuk melihat keadaan ibunya. Aizat dan Syed serta yang lain-lainnya juga faham akan situasi Ahmad. Tapi cikgu? Mereka tak pernah bertanya, hanya terus menghukum dan menghukum pelajar. Jiwa Aizat menggelegak!
        “Qays, aku nak bincang pasal Cikgu Firdaus.” Perbincangan diteruskan dan kata sepakat sudah diputuskan. Qays tersenyum panjang.
        “OK! Esok kita buat,” Aizat senyum apabila Qays sangat senang menerima pendapatnya. Sana yang di tepi masih tak tahu apa. Guy stuff! Fikirnya.
                ***
~in progress nak sambung~
^__^

No comments:

Post a Comment