Pages

Saturday, May 30, 2015

Blind

(Epilog)
 
    "Kat sini, abang tak boleh masuk pun dalam kawasan sekolah," yang si adik memberi amaran.
    "Tak boleh dekat pun dengan kami berdua." si kakak menambah.
    "Kami tak nak balik dengan kereta Ayahanda," tangan si adik dah bersilang.
    "Kalau tak, kami balik jalan kaki je," Abang Badsyah di kerusi driver dah tunjuk muka bosan.
    "Kat sini, kita orang lain tau dik. Jangan panggil akak Kak Engku lagi. Panggil akak Kak Belle. Akak panggil adik Is. Jangan sampai siapa-siapa pun tahu kita siapa." jari kelingking bertemu jari kelingking. Masing-masing tersenyum lebar. Sekolah Menengah Sri Aman di depan mata. Sekolah harian biasa! Jauh berbeza daripada sekolah-sekolah mereka terdahulu. Kaki mereka seiringan masuk melalui pintu pagar utama sekolah itu.

***

Monday, May 13, 2013

CRUSH

            “…sebab tulah aku suka dia sangat-sangat. Tapi dia dah ada girlfriend la. Tapi mamat yang sape tuh, yang masuk kelab Bahasa Melayu tu tapi tak pernah datang meeting tu, yang poyo sikit tu, sape, Alam, Amin, ke Amir…” Sara berhenti sekejap. Mata aku masih dekat buku di tangan, tengok balik apa yang Cikgu Maimon cakap pagi tadi.
         “Amar,” Lia yang tolong membetulkan. Aku langsung tak dengar apa minah tu cakap. Kadang-kadang tak penting pun dia membebel ni, cuma tahu nak bercakap je si Sara ni. Semua lelaki dekat sekolah ni dia minat agaknya.
        “Yes, him! Dia tu pun okay jugak kot. Semalam aku nampak dia bawak motor pergi sekolah. Cool! Kalau nasib baik mungkin aku boleh tumpang dia balik kadang-kadang. Seronok jugak kot!” Siapa? Motor? Amir? Aku berhenti sekejap, mata dah tak terarah dekat buku Jane Austen tu.
      “Siapa mamat Amir ni tadi? Dia bawak motor? Bukan sekolah dah buat rule yang tak boleh bawak motor masuk sekolah ke? Kau nampak dia dekat dalam kawasan sekolah kan? Berani mamat tu,”
      “Amar! Yes! Dia berani! Tu dia depan kau tu!” mata Sara dengan Lia dah spesifik ke depan. Aku pun sama memandang. Lelaki tu gelek motor dia ke tempat parking motor sekolah. Sekolah baru buat rule semalam pelajar kena park motor luar kawasan sekolah. Dan mamat tu, which aku tak pernah nampak langsung dalam sekolah ni, dan aku memang tak pernah kenal orang, tetiba dengan selamba melanggar rule sekolah. Dan aku pengawas! Kena jaga parking motor lagi!
     

Thursday, January 3, 2013

Antara Kita


BAB 1


“Mak, Rin nak pergi rumah Jane tau. Apa-apa hal mak call nombor rumah Jane, ya! Semalam Rin janji nak datang rumah dia, tapi kan Rin tak dapat pergi sebab Abang Akmal datang rumah kita kan? So hari ni Rin nak back up balik hari semalam. Kalau tak, Jane merajuk tak nak makan lagi macam hari tu. Sorry, mak!” tangan yang aku hulur bersambut. Biasanya, memang begitulah rutinnya. Selalu kena merendek setiap petang. Some kind of a-must-thing that I need to do.
“Tak apalah Rin. Nanti kirim salam mak pada Jane ya. Lagi satu, bawak jemput-jemput pisang kat dapur tu, bagi pada Jane.” Rin sengih kambing sekejap.
“Yalah, mak! Rin tahu lah,” selangkah sahaja keluar dari pagar rumah, aku berjalan sehingga ke hujung persimpangan dan kelihatanlah rumah Jane yang paling besar di kawasan perumahan itu, yang paling tersergam indah. Siapa tidak kenal ayah Jane, seorang businessman yang agak berjaya di kawasan itu. Kalau hendak minta derma untuk rumah anak-anak yatim, biasanya ke situlah destinasi utama sebelum ke rumah-rumah lain. Walaubagaimanapun, ibu dan ayah Jane jarang berada di rumah. Jadi, Jane selalu kesunyian berseorangan di rumah bersama orang gajinya, Cantik (jangan terkejut..itu memang nama dia). Sebab itulah aku selalu berkunjung ke rumah mereka hampir setiap hari untuk menemani hari-hari sepi Jane dan mengisi kekosongan hati Jane. Maaflah ayat terlebih skematik hari ini. Dan sebab itu jugalah Jane sangat rapat dengan aku semacam tiada rahsia langsung antara kami. Jane selalu menganggap aku sebagai BFFnya dan tiada siapa lagi yang boleh menandingi aku. Uhuk uhuk!
“Malu tau aku dia malukan aku depan semua orang! Dia ingat dia tu siapa? Some kind of God-like? Aku serius ni Rin! Kalau lain kali aku nampak dia lagi, tengoklah apa yang aku buat!” Jane dah meraung macam orang mati laki dah. Yang aku terkaku tak tahu pangkal cerita tiba-tiba nak dengar ayat-ayat cinta pulah? Dush!

Monday, September 10, 2012

Mini novel - Sengalnya cinta

BAB 1
   "Yang kau ni kenapa? Dah tak ada jantan lain lagi ke dalam dunia yang kau nak follow aku sepanjang masa?" ujar Carl Asyraf, bengis. Perempuan seperti Camelia perlu diajar. Berbuih sudah mulutnya memberi amaran supaya tidak mengganggunya lagi. Sejak ramai yang tahu dia masih lagi single, ramai yang mencuba menarik perhatiannya padahal tiada satu pun gadis yang dapat menarik minatnya.
    "Isy, perempuan semua sama je menyusahkan aku tak habis-habis.." dengus Carl sambil berlalu pergi ke suatu tempat yang tiada gangguan ramai.
   "Excuse me..." satu suara gadis menyapanya daripada belakang saat dia benar-benar memerlukan ketenangan diri. 
   Carl semakin sebal. Baru tadi Camelia sudah dihalaunya daripada hidupnya, sudah ada yang hendak mengacau hidupnya lagi. Serasa hendak menjerit sahaja biar satu level library tu dengar amarahnya.
   "Kau nak apa, perempuan? Nak kacau hidup aku lagi? Agaknya apa yang aku kena cakap biar korang semua faham hah? I need my space, okay!" dia berpaling ke belakang untuk berhadapan perempuan yang baru sahaja menegurnya tadi. Terpana dia seketika. Adakah dia...
    Bidadari! Itulah yang pertama terdetik di hati Carl Asyraf. Perempuan itu sudah bersilang tangan dan menunjukkan wajahnya yang agak annoyed
   "Hah? Aku ke kacau kau? Excuse me? Bukan ke sekarang ni kau yang tengah halang jalan aku? Kau ingat satu 'row' ni ayahanda kau punya jalan? Buku-buku kat sini pun kau punya ayah ke yang derma? Hey, aku tak ada masa lah nak layan jantan bermasalah macam kau ni! Kau ingat kau artis? Kalau artis sekalipun, tak ada masa lah aku nak ganggu hidup kau!" semacam das-das tembakan menusuk terus ke dasar hati Carl. Karakter perempuan itu sangat berlainan dengan luarannya. Tapi dia pasti semestinya perempuan itu tidaklah tergedik-gedik seperti perempuan-perempuan lain seperti Camelia. Perempuan itu manis bertudung, walaupun pada dasarnya karakternya sedikit kasar. Tapi semua itu lah yang menarik bagi Carl sendiri.
   "Sorry, I thought you are someone else," ucap Carl, agak bersalah.
   "Huh, memang dasar lelaki kan? Kalau dah nak marah, semua orang kena! Lepas tu, baru nak 'sorry'. Kirim salam sorry kau kat opah je lah kat kampung." perempuan itu terus berlalu pergi sambil mulut terus-terusan membebel.
    Carl pandang gadis itu berlalu pergi. 'Yup, I definitely am interested in you!'


Saturday, July 28, 2012

Kisah Kita


Bunyi alunan muzik itu terlalu bingit kedengaran. Tapi buat mereka, itu bukanlah sesuatu yang bingit, tapi itu adalah seni buat mereka. Cukup mereka berempat di situ. Didie, Shah, Danny dan Edd sekali. Didie si gitaris itu anak engineer. Shah pemukul dram itu anak pilot. Danny, ayahnya seorang usahawan yang tergolong dalam seratus orang terkaya di malaysia. Manakala Edd si vokalis itu pula adalah anak seorang komposer muzik terkenal di peringkat antarabangsa. Masing-masing dalam kalangan mereka adalah anak orang kaya. Dan, hidup mereka seharian sangatlah bahagia. Mereka berempat pun memang sudah sangat rapat daripada tingkatan 1 lagi kerana masing-masing berada dalam kelas yang sama dan mempunyai minat yang sama dalam bidang seni muzik. Cuma sesiapa sahaja yang memandang ke arah mereka pasti akan lebih tertarik kepada yang satu antara mereka. Edd atau nama penuhnya Tengku Eddrull Haizmey, anak kelahiran jati wilayah persekutuan KL. Ayahnya seorang komposer muzik kelahiran London dan ibunya pula adalah kerabat tengku. Dia pula sudah melibatkan diri dalam bidang muzik sejak dari kecil lagi.

Friday, July 8, 2011

RUBY 2

“I curse you guys jadi jahat sampai bila-bila! Arghh…!” guru muda itu berlari keluar daripada kelas 4 Bestari. Kasut tumitnya yang sudah patah sebelah menyukarkan lariannya. Terus sahaja kasut itu ditanggalkan dan dibaling ke tepi. Kemudian, dia menyapu sebahagian mukanya yang terkena pemadam blackboard. Putih bak opera jadinya! Rambutnya yang sebelum ini berwarna perang karat kini dicat dengan warna merah terang. Semuanya adalah hasil kerja jahat pelajar 4 Bestari. Habis guru muda yang seksi itu dikerjakan! Bukan cikgu itu sahaja, malah ramai lagi cikgu lain yang menjadi mangsa khianat mereka. Tapi mereka tak serik-serik juga meskipun pernah dihukum oleh pengetua sekolah. Malah kenakalan mereka semakin menjadi-jadi.
          “Caiyalah! Sep!” Maria dan Tiara ber’high five’. Syed dan Aizat berdiri di tepi meja Maria, bergelak ketawa sesame mereka. Qays pula hanya duduk bersandar di kerusinya. Wajahnya langsung tak beriak. Meskipun dia yang merancang supaya guru Bahasa Inggeris itu dikenakan, tapi tiada langsung riak gembira dari wajahnya. Sana bangun dari tempat duduknya, ingin ke tandas.
          “Nak pergi mana?” tanya Maria. Tiara turut ingin tahu, melalui riaknya.
          “Toilet,” bersahaja.
         “Nak kitaorang teman tak?” Tiara pula bertanya. Nadanya tegas seperti biasanya. Tapi Sana tahu Tiara memang seperti itu. Suaranya ganas, tapi hatinya baik.
          “No need! Sat je pun, nak call mak aku jap.” Alasan! Padahal dia ingin bersendiri. Sungguh! Dia sangat merasa tidak tenang apabila satu kelas itu bersetuju ingin mengenakan cikgu itu dengan teruk sekali. Entahlah mengapa mereka seakan-akan membenci insan-insan yang bergelar guru. Tapi Sana bukan mereka. Sana bukan seperti mereka. Ibu Sana juga seorang guru. Adakah mereka akan membenci ibunya juga kerana ibu Sana seorang guru?
          Dalam perjalannya ke tandas, Sana dapat melihat pengetua menggeleng-gelengkan kepalanya sambil mendengar keluhan dan rintihan cikgu yang kasihan itu. Sana juga kasihan!
           ***
          

Monday, July 4, 2011

Hany…

          “Maafkan kami, Encik! Kami sudah berusaha sebaik mungkin untuk selamatkan isteri Encik tapi maaf, Allah dah tetapkan semuanya. Banyak-banyakkan berdoa untuk pemergian dia,” Adham meraup wajahnya selang beberapa kali sebelum melangkah perlahan ke ruang ICU. Tiada riak yang dapat digambarkan daripada wajahnya. Namun, hatinya perit sekali untuk menerima kenyataan ini. Perit! Pedih! Dan yang paling dikesalinya, bahagia yang dikecapi sekejap cuma. Sekejap sekali!
          Sudah 2 tahun peristiwa itu berlaku, tetapi Adham masih tidah mampu menerima kehadiran orang lain untuk menggantikan isterinya. Tidak mampu!
          “Ham betul-betul tak nak kahwin lagi ke ni? Ham tak kesian pada mak ke? Ham sanggup tengok mak mati dulu ke sebelum tengok mak main-main dengan cucu mak sendiri? Ham, yang dah pergi tu biarlah pergi. Kita yang hidup ni kenalah teruskan hidup,” Adham yang sedang menjamu sarapannya berlagak seperti biasa. Ibunya sudah beberapa kali menyuruhnya untuk berkahwin semula.
          “Biarlah dulu, mak! Tanah Hany tu merah lagi, mak! Lagipun, Ham nak kerja dulu, kumpul duit banyak-banyak dulu,” jawapan itu yang sering diberinya.
          “Merah lagi apanya, Ham? Dah 2 tahun dah ni. Mak dah tak sabar dah ni. Sebelum mak mati, mak nak jugak main-main dengan cucu mak sendiri,” riak sedih dipamerkan pada Adham.
          “Ikut maklah! Ham ikut pilihan mak je,”
                    ***